Perempuan Kau Memang Sial

Pertama sekali aku nak minta maaf sebab aku betul-betul bengang sekarang ni. Bengang dengan perempuan-perempuan sial jalanan kat luar sana. Maaf sekali lagi aku bukan bengang dengan semua perempuan tetapi perempuan yang ada dalam video kat bawah ni. Apa punya manusia yang sanggup mendera seorang bayi? bagi aku perempuan sial ni bukan manusia lagi tapi syaitan durjana yang menghancurkan manusia. Mana perginya naluri seorang wanita yang ada dalam perempuan ni yek? tak rasa kesian ke dengan baby tu sampai sanggup dia pukul dengan bantal, cubit, hentak kepala? bayangkan kalau cubit kat peha sendiri pun boleh terasa sakit ini kan pula pada baby yang masih kecil dan tak tahu apa.

Aku rasa bersalah sangat sebab publish entry ni tapi aku tak nak lah kejadian macam ni terjadi lagi. Aku pun tak tahu apa motif perempuan sial ni buat macam tu kat baby tu.. siapa perempuan ni? yang aku tahu nama dia Ira itu pun atas bacaan aku pada twitter dan Facebook yang orang ramai tulis.

Menurut petikan Bernama di bawah, si Ira ni dah pun dikenakan hukuman penjara selama 18 bulan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. Bagi aku hukuman 18 bulan tu terlalu ringan berbanding dengan penderitaan yang dialami bayi tu. Mungkin sampai ketualah bayi tu akan menderita dan trauma dengan kejadian yang menimpa dia. Lagilah cerita macam ni sudah tersebar makin luas dan menjadi bualan hangat. Tapi nak buat macam mana, mengikut undang-undang Malaysia dia hanya dikenakan hukuman selama 18 bulan. Semoga si sial ni dapat hidayah lah bila dalam penjara tu sebelum dia keluar.

Apa yang membuatkan aku terkilan kat sini adalah kepada si perakam video tu. Kenapa tak cuba selamatkan baby tu dari kena dera? mana pergi sifat kesian atau sifat kemanusiaan diorang ni hah?.. SHIT!! kalau aku lah ada kat tempat kejadian, aku selamatkan dulu budak tu silap-silap kalau mati siapa yang susah?.. yang merakam video pun esok jawablah dalam neraka.

Jangan dek kerana hal peribadi, hal kekasih, hal kerja, hal suami isteri atau apa saja hal yang kita buat sendiri pastu jadikan budak atau baby sebagai tempat lepas geram. Ingatlah syaitan itu akan sentiasa menyesatkan manusia jadi banyak-banyaklah beristifar dan ingatlah pada Tuhan yang maha Esa. Mintalah pertolongan dariNya bukan dari cara mendera budak!

KUALA LUMPUR: Wanita yang mendera bayi perempuannya sendiri dalam klip video yang kini tersebar di media sosial, sedang menjalani hukuman penjara kerana perbuatannya itu.

Menurut laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini, kes itu dilaporkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan terhadap wanita itu dibuat pada hari sama. Wanita itu kini menjalani hukuman penjara 18 bulan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Berikutan penyebaran video penderaan bayi itu, PDRM menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi itu. – BERNAMA

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

12 Responses to Perempuan Kau Memang Sial

  1. KiD says:

    Ya Allah.. Selamatkanlah budak yang tak berdosa itu. aduhhh kejam tul perempuan tu.

  2. mai says:

    sedih sangat , nangis tgk video nie T__T

  3. MUHAMMAD ZIZI HAFIZZIE BIN AHMAD says:

    Biar je la dgn dosa dia.. tk mahu bengang2 , setiap insan ade melakukan dosa.. setiap manusia ade perubahan.. relax suda, bengang pun tk de guna gak, baik doakan untuk dia supaya berubah ke pangkal jalan… 😀

  4. kak ina kl says:

    kecian baby tu..menitis air mata bila anak kecil di buat sebegitu..semuga ibu ini akan sedar dan insaf

  5. Nurul says:

    Memang binatang… Ya allah x snggup nak tgk video tu..

  6. Mohd Zaid says:

    KiD > semoga adik yang didera tu cepat sembuh..

  7. Mohd Zaid says:

    mai > betul tu mai.. mak saya pun tak sanggup nak tengok video tu.. nangis 🙁

  8. Mohd Zaid says:

    MUHAMMAD ZIZI HAFIZZIE BIN AHMAD > saya berharap si ira ni dapat hidayah bila dalam penjara tu. dan berubah perangai menjadi ibu/wanita yang berprikemanusiaan suatu hari nanti.

  9. Mohd Zaid says:

    kak ina kl > betul tu kak ina.. harap dia akan insaf dan sedar atas kesalahan dia itu.

  10. Mohd Zaid says:

    Nurul > memang binatang perempuan tu.. harap dia berubah lepas ni

  11. eka says:

    klu dah tak nak beranak tu bagi la kt org. bak sini biar aku jaga. binatang pun lebih baguih dr hang tau, binatang lebih tau jaga anak depa bodoh nak mampuih

  12. Mohd Zaid says:

    eka > harap perempuan tu dapat pengajaran nanti..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *