Percutian Ke Singapore Semakin Hampir

Diam tak diam dah dekat setahun menunggu saat untuk pergi bercuti ke Singapore hujung bulan 6 ni nanti. Tak sabar rasanya nak tengok negara orang disana. Walaupun Kuala Lumpur ngan Singapore taklah sejauh perjalanan aku ke New Zealand tapi negara jiran ni tak pernah aku kunjungi. Apa yang menarik sangat kat Singapura ni ye? aku rasa biasa-biasa je macam Malaysia juga kan? ehh tak boleh la nak cakap macam tu sebab aku tak pernah pergi sana lagi. Yang aku pasti currency kat sana 2 kali ganda dari Malaysia. So nak shopping tu tak kot cuma nak pergi melawat tempat-tempat menarik kat sana je nanti.

Hotel aku dah booking awal-awal tahun lepas, kita orang akan bermalam di Tune Hotels, Johor Bahru sebab aku dapat harga murah kat sana. Percaya tak aku dapat booking harga RM7.02 untuk 2 malam dan 3 bilik.. tapi bilik tak ada aircond lah.. haha.. sengaja je beli hotel murah dan area Johor sebab Johor Bahru ngan Singapore taklah jauh mana pun kan.. Lagi satu beli murah sebab kita orang bukan nak pergi tidur pun tapi pergi nak berjalan sakan haha..

Cuma sekarang ni aku buntu sebab aku tak pernah pun pergi sana dan tak tahu jalan-jalan kat sana. Sebab pergi ni pun main redah je bukan pakai agent mana-mana. Mula-mula ingat nak pergi naik bus tapi memikirkan keselamatan nak bawak mak, adik, kakak, anak buah yang masih baby dan abang ipar jadi niat nak naik bus tu terpaksa dibatalkan. Risaulah nak naik bus takut tengok diorang bawa laju giler. Nak naik keretapi ok jugak.. tapi.. bila sampai sana nanti terbangak-bangak pulak nak cari kereta sewa.. mesti kos nak sewa kereta kat sana mahalkan? jadi lebih baik aku bawa kereta sendiri lagi puas hati. Tapi.. amboi banyaknya tapi.. ye lah tempat orang aku bukannya tahu jalan kat sana.. nak bawa kereta bukan tak boleh tapi takut sesat.. aku pulak tak ada GPS.. kalau ada sesiapa nak pinjamkan boleh tak? haha..

Sekarang ni aku masih mencari dan baca blog-blog kawan-kawan yang dah pernah pergi Singapura antaranya blog :-

Budget Akak Ke Universal Studios Singapore

Bawa Kereta Masuk Singapura

Panduan Untuk Ke Universal Studio Singapore (USS)

Rancang Percutian Ke Singapura Dengan Your Singapore!

Trippin South East Asia: Singapore Part 1.

at least blog diorang ni sebenarnya banyak gak bantu aku untuk pergi ke Singapura nanti. Senang sikit perjalanan bila ada travel guide dari blogger-blogger tersohor ni kan.. Ok tempat-tempat di Singapura yang aku ingin sangat pergi adalah Sentosa Island, Orchard Road, Bugis Street, China Town, Little India, Kampung Arab, Kampung Glam, nak tengok pemandangan malam di Marina Bay, Universal Studio Singapore, Singapore DUCKtours, Singapore merlin park, Jurong Bird Park, Singapore Zoo, Wild Wild Wet, Underwater World Singapore, Peranakan Museum .. amboi banyaknya tempat nak pergi.. tah larat tah tidak la kitaorang ni kan.. haha bukan masalah larat berjalan ke tak tapi larat ke nak bayar semua tu haha.. tak pe tu perancangan awal je pergi tak pergi tu lain cerita.

So kawan-kawan yang dah pergi ke Singapore boleh tak tolong share tempat-tempat menarik lain yang WAJIB aku lawati bila sampai ke Singapore nanti?.. kalau ada tolong share ye.. :) Muah..muah sayang korang..

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.