Blog Mohdzaid.com Kini Dilengkapi DNSChanger Detector

Tahukah anda, komputer/server anda mungkin sudah terkena jangkitan DNSChanger?. Aku pun baru je tahu benda ni melalui email yang dihantar oleh CloudFlare kat aku. Untuk pengetahuan Cloudflare telah mengaktifkan fungsi/plugin mengesan DNSChanger Detector dan telahpun diaktifkan pada blog Mohdzaid.com ini. Ini bertujuan membantu korang semua kalau komputer/server korang telah dijangkiti trojan ni dan membantu korang fix masalah ni dengan lebih pantas.

Apakah itu malware DNSChanger?

DNSChanger ialah sejenis trojan yang akan mengubah tetapan Domain Name Server (DNS) mesin yang dijangkiti, dalam usaha untuk mengalihkan trafik ke laman yang berpotensi tidak sah atau tidak dikehendaki. Trojan ini kebiasaannya merupakan fail bersaiz kecil (sekitar 1.5 kilobytes) yang direka untuk menukar nilai kunci pendaftaran ‘nameserver’ kepada alamat IP tersendiri. Alamat IP ini biasanya telah di encrypt didalam fail trojan tersebut. Hasil daripada perubahan ini, komputer mangsa akan menghubungi pelayan DNS yang baru (yang telah diubah tetapan oleh DNSChanger) untuk menafsirkan nama pelayan web kepada IP yang berlainan.

Apakah tujuan laman ini?

Laman sesawang ini adalah bertujuan untuk pengguna menentukan samaada mereka telah dijangkiti oleh DNSChanger dan bagaimana untuk membersihkan mesin yang dijangkiti. Untuk maklumat lanjut mengenai DNSChanger, sila kunjungi http://www.dcwg.org/

Jadi bila korang akses laman blog ni dan tiba-tiba keluar ralat seperti contoh dibawah.

Itu bermakna komputer/server pernah dijangkiti trojan DNSChanger. Jadi korang perlulah ikut step-step yang diberikan untuk fix kan masalah ni. Untuk pengguna di Malaysia, korang juga boleh terus pergi ke laman sesawang ni http://dnschanger.detect.my/ untuk cek.. pastikan korang sentiasa mengemaskini perisian antivirus ya..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Tips and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.