Ini Malaysia OK

Sampai ke hari ni tak habis-habis cerita pasal BERSIH 3.0. Orang tu tuduh orang ni, orang ni tuduh orang tu.. yang di atas dikatakan bersalah, yang di bawah macam baik sangat. Kata aman tapi tak aman, tumbuk sana tumbuk sini, terbaik kereta, pecahkan cermin. Rosakkan harta benda awam. Langgar orang, bunuh orang.. APA SEMUA NI??? Ini Malaysia OK. Mana pergi sifat 1 Malaysia? Mana pergi Berbudi bahasa, mana pergi sopan santun aman mulia?

Entah lah rasa jijik bila tengok masyarakat yang tak ada akal otak pergi merusuh jalanan. Dah macam tak ada kerja nak dibuatnya. Kalau nak tunjukkan keadilan sekali pun tak usahlah sampai nak merosakkan harta benda dan melibatkan orang lain sampai cedera. Malaysia ni negara aman damai, jangan jadikan isu politik dan hal peribadi sampai negara sendiri musnah dan kembali dijajah oleh orang lain.

 

 

Kembalilah pada Rukun Negara kita iaitu :-

  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan

 

Jangan dek kerana nak menyokong politik sesetengah pihak sampai maruah negara sendiri tergadai. Aku bukan nak sokong sesiapa tapi aku sayangkan negara aku Malaysia yang tercinta. Jadi aku mohon sama-sama kita janganlah bergaduh sesama sendiri dan pupuk semula semangat dan nilai perpaduan yang erat antara semua bangsa dan agama dalam negara Malaysia ni. Sama-sama kita sayang dan menghormati antara satu sama lain.

Lantak pi lah diorang yang nak merusuh ke nak kejar pangkat ke nak jadi PM ke.. tapi kita sebagai rakyat kena ingat. Tanpa perpaduan dan mengekalkan Rukun Negara ni musnahlah masa depan anak-anak kita. Renung-renungkan..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com