Happy Tapi Sedih

Happy tapi sedih itulah yang bermain difikiran aku sekarang ni. Tak tau sebenarnya nak cakap macam mana. Sebenarnya aku happy hari ni sebab aku menang vote dalam pertandingan MITBCA 2012 dalam kategori Eco Tourism Blog. Tapi tu menang vote, sebab 20% lagi markah dari juri. So belum tentu lagi aku menang atau kalah. Harap-harap menanglah, kalau tak menang tu maknanya tak ada rezekilah kan.

Itu pekara yang buat aku happy, tapi yang buat aku sedih bila ada yang cakap blog aku ni blog travel ke? Blog yang menceritakan pasal Eco Tourism Malaysia ke? Ermmm ntah rasanya ya rasanya tak. Ya sebab aku banyak tulis pasal percutian aku Sabah dan beberapa negeri di Malaysia. Banyak juga respond pasal percutian di Sabah yang aku dapat lepas tulis blog tu. Tidak pula sebab blog ni tak lah 100% cerita pasal tourism. Tulis pun bila aku pergi bercuti je tu pun tak la banyak tempat. Ye lah kos nak pergi melancong ni banyak gak. Duit hotel lagi duit pengangkutan lagi.

Tapi sebenarnya ia tak lah patah semangat aku untuk tulis blog. Bagus juga bila dapat komen macam tu at least aku boleh jadikan kemenangan tu sebagai platform untuk aku terus aktif tulis pasal tourism terutama di Malaysia pada masa akan datang. Mungkin lepas ni aku akan lebih tumpukan niche pasal travel dan taknak campur-campur macam rojak dalam blog ni. Sebab aku memang minat untuk tulis pasal travel.

ok lah nak bubum.. Saja je tulis blog pagi-pagi buta ni.. Nak tulis pepanjang malas plak sebab update via ipad ni susah nak menaip sambil baring. Apa-apa pun SEMANGAT! Zaid.. Rajin-rajinkan diri kemaskini blog.. Hihi.. Dah berapa hariku tak update blog ni kan.. Dah bersawang jadinya.. Ok la chiiaauu dulu.. Da..da..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com