Guna Bomoh


20120424-154812.jpg

Pelik aku tengok dengan sikap segelintir masyarakat yang masih mengamalkan ilmu sihir dengan menggunakan bomoh ekspress untuk menjatuhkan dan membalas dendam yang terpahat dihati. Kenapalah mereka ni masih percaya dan mengamalkan ilmu sihir ya? Pelik memang pelik sebenarnya. Kalau tak puas hati sekali pun boleh berjumpa dengan cara baik dan berbincang dengan cara baik supaya tak timbul masalah salah faham betul tak? Dari gunakan ilmu sihir ni tak pasal-pasal dapat dosa besar dari Allah SWT.

Baru-baru ni aku dapat tahu ada insan yang juga makhluk Allah ni tergamak buat satu pekara bodoh kat keluarga aku. Bukan nak menuduh tapi tembelang yang dia buat sudah terbongkar. Aku masih mengamalkan prinsip tak percaya pada bomoh-bomoh ni sebab siapa lagi kuat? Bomoh atau Allah? Sudah tentu Allah yang maha Esa lagi pemurah dan pengampun.

Jadi walaupun dia buat pekara yang tak baik kat keluarga aku dengan menghantar “benda” yang tak baik tu, aku tetap percaya yang Allah akan sentiasa melindungi hambanya walau apa cara sekalipun. Tak perlulah nak takut dengan benda-benda karut yang datang hinggap kat keluarga kami ni.

Nescaya orang yang buat pekara tak baik ni akan mendapat pengajaran dan insaf sebelum terlambat. Amalkan ilmu sihir dengan niat nak menyakiti orang lain adalah ditegah dalam islam itu sendiri. Dan boleh mengundang syirik serta mendapat dosa besar dari maha esa.

Simpang malaikat 44, berani sangat orang tu nak menjahanamkan keluarga aku ni. Tunggulah azab dan balasan nanti. Sekarang ni Allah tak tunggu kiamat baru nak bagi sebab Allah sentiasa mendengar doa hambanya. Mana tahu esok lusa tuhan bayar cash kat penghantar tuh.

Jadi peringatan kepada semua supaya jangan sesekali mengamalkan ilmu sihir lebih-lebih lagi guna bomoh untuk merosakkan akidah sendiri. Jangan makan tuan sudahlah.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

5 Responses to Guna Bomoh

  1. TianChad says:

    I memang pernah dengar tapi tak ternah tengok. Harap semua selamat ya

  2. myvitrd says:

    bykkn bersbr bro… Aku pun kurang percaya dgn bomoh sbb tuhan lg berkuasa dr bomoh… Jgn kits berbalas2 guna khidmat bomoh.. Sbb nanti kita sama je mcm org yg guna khidmat bomoh ni… Semoga tuhan terus lindungi keluarga zaid… Amin

  3. Mohd Zaid says:

    TianChad > so far semua selamat.. i tak takut pun dengan serangan hantu ke apa 🙂 sebab tuham masih ada 🙂

  4. Mohd Zaid says:

    myvitrd > terima kasih bro atas nasihat.. so far tak de la saya nak balas2 kat orang tu.. biar tuhan je balas perbuatan dia.. 🙂 kita doakan je yang terbaik dan semoga dia cepat insaf

  5. Wonderful post however , I was wanting to know if you could write a litte more on this topic?

    I’d be very thankful if you could elaborate a little bit further.
    Kudos!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *