Cari Momok Guna iPad

Haha tak ada kerja nak cari kerja. Aku pernah dengar sebelum ni kalau nak tengok hantu gunakan night cam.. Ntah betul ntah tidak la andaian ni. Macam berani je aku ni kan nak tengok hantu haha. Sekali muncul depan mata mau pengsan dibuatnya.

Tadi saya je test software Photo Booth yang ada kat iPad ni. Sebenarnya tak tau sangat fungsi photo booth ni tapi bila belek-belek cam best lah pulak. Dua gambar dibawah ni menggunakan fungsi thermal photo. Nampak macam night vision cam je kan? Boleh nampak momok dalam gambar tu? Haha mana ada momok tu budak gemuk adalah haha..

Rasanya fungsi thermal photo ni boleh kesan tahap suhu badan seseorang kot? Sebab bila aku snap gambar tangan aku gambar jadi kemerah-merahan, mungkin ianya dapat kesan suhu darah tangan kot. Tu andaian je.. Kalau ya pun apa salahnyakan boleh aku jadikan ipad ni untuk mengesan haba momok pulak..

20120424-193736.jpg

20120424-193757.jpg

PS : Tak sabar nak tengok filem Momok Jangan Cari Pasal arahan Mr. M Jamil di pawagam bulan Jun 2012 nanti.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

5 Responses to Cari Momok Guna iPad

  1. Tok Wan says:

    Betul ker ada Momok? Tak pernah jumpa pun taik dia. he he..~

  2. Mohd Zaid says:

    Tok Wan > salam tok wan hihi mana ada momok.. kalau nak tengok momok tengok kat wayang nanti Momok jangan cari pasal hihi..

  3. budakserius says:

    Jom cari hantu zaid.haha,Bro nak tnya.knapa x bngunkan blik selamba.org .ak dlu main joomla.slalu tgk style selamba.org.hehe

  4. Mohd Zaid says:

    budakserius > tu lah.. ingat nak bangunkan balik.. apa kata kita buat sama-sama nak guna joomla.. aku memang suka joomla 🙂

  5. Wow, incredible weblog structure! How long have you been running a blog for?
    you made blogging glance easy. The entire glance of your web site is wonderful, let alone the content!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *