Aku Insan Biasa

Ayam Penyet Dan Pecal Lele

dalam Macam-Macam oleh

Dah faveret kita makan ayam penyet dan pecal lele nak buat macam mana. Haha kalau boleh hari-hari nak makan ayam penyet ni tak tau lah kenapa aku gile happy sangat kalau dapat makan kan.. yey baru tahu rupanya sekitar office aku kat Berjaya Times Square ni ada satu kedai jual ayam penyet. Walaupun tak lah berapa sedap macam kat warung tepi jalan tu tapi at least bolehlah aku lepaskan saat tatkali mengidam. Ada yang cakap ayam penyet dan pecal lele ni berasal dari negara Indonesia, ada pulak cakap resepinya dari Pakistan. Ada pula panggil Nasi Lelapan.. tak kesahlah apa namanya dan dari mana asalnya janji ianya boleh didapati dengan mudah di Malaysia kan..

Sebenarnya masakan ayam penyet dan pecal lele ni simple je. Satu set mesti ada sup, tauhu, tempe, nasi putih, ulam-ulaman dan sambal tumis. Tak lupa ayam yang diperap dan digoreng atau ikan sembilang yang digoreng. Tapi maaf cakap lah aku sebenarnya tak makan pun ikan sembilang. Seumur hidup tak pernah makan.. bukan tak suka tapi memang dari kecik tak pernah makan.. so bila dah besar pun jadi fobia nak makan. So faveret aku sebenarnya adalah Ayam Penyet lah haha..

 

Meh nak kongsi sikit resepi dan cara membuat Pecal Lele. Apa yang penting mesti ada seekor ikan sembilang yang telah disiang dan dibersihkan. Goreng ikan sembilang sehingga masak. Gunakan minyak yang sama untuk menggoreng tauhu dan tempe.. Jangan membazir minyak.. boleh je guna minyak masak ikan tu.. Kemudian sediakan nasi putuh semangkuk.. Nak cantik lagi letak sepotong timun, sehelai daun salad dan kobis. Mudah kan.. sambal dia aku tak tau nak buat.. so kena tanya kak ina KL.. dia mesti tahu..

 

Resepi Ayam Penyet pulak. Sama je macam masak Pecal Lele.. cuma bezanya letak ayam goreng je .. mudah kan?. Haha oklah saje je mengarut malam-malam buta ni.. cuma nak blog nak cakap yang aku sebenarnya suka sangat makan ayam penyet.. kalau ada sesiapa nak belanja aku makan amatlah dialu-alukan.. sure aku tak tolak pelawaan tuh.. :)

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com

11 Comments

  1. ada juga try dekat ayat penyet express times square tu…
    tiba2 dah jadi gemar..
    lebih suka sambal dia..
    lain dan agak pedas ..
    ehehe

  2. Salam bro..sama la kita..penggemar ayam penyet..anyway try ayam penyet Restoran Wong Solo kat belakang hospital Kajang..peehhh..mmg superb sambalnyee..1 lg cawangannya di Bangi..selamat mencuba..sekadar perkongsian info..

  3. Kalo sampai Bangi bila2 nnt roger je aku bro..nnt aku belanja ko ayam penyet restoran wong solo..roger je aku bila sampai bangi nnt ek?..tp kalo wong solo yg terdekat dgn umah bro..bro pegi kat belakang hospital kjg je..highly recomended..pls give write something about it after u try it..hehe..

  4. Bkn saya punye restoran..tp mcm nk wat restoran sendiri sbb selalu mkn kat situ hehe..sedap bangat dong..hari tu g bandung belasah ari2 mkn ayam penyet kat sana..superb ayam penyet kat bandung bro…anyway kalo nk turun bangi bgtau awal2 mana la.tau kot2 bz..leh gak kenal2 dgn tuan tanah blog ni..anyway ur blog very informative…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*

Terbaru dari

Placeholder

Rejab dan Salah Faham.

Sebenarnya tidak terdapat dalil-dalil yang menentukan kelebihan bulan ini. Justeru, dapatlah diringkaskan
Kembali Ke Atas