Orang Kajang Memang Terbaik!

Adab Sopan Ketika Menonton Wayang

dalam Tips oleh

kontaktannonser b2 Hoi.. Bengang pun ada tension pun ada. Hari ni aku maraton tengok wayang cerita Battleship dan Lockout kat panggung. Walaupun kedua-dua cerita tu best tapi hati ni sangat tak senang dan aku rasa macam membazir je tengok wayang tadi. Bukan apa aku bengang dengan sikap masyarakat yang jadikan panggung wayang ni macam pasar dan macam jakun. So kat sini aku ada senaraikan adab-adab sopan ketika menonton wayang. Siap 2-3 keping gambar lagi so lepas ni kalau pergi tengok wayang sila lah bekerjasama sikit. Orang lain pun bayar tiket so bertimbang rasalah sikit ye. Moga-moga dari blog dapat aku share apa yang patut.

donna cerca uomo Casoria  

homme cherche femme a Istres

affairs for married Sebelum masuk panggung, tengok dulu kat skrin yang memaparkan nombor hall sama-ada dah boleh masuk atau belum. Kalau belum boleh masuk dan tak sabar sangat nak masuk (macamlah panggung tak ada nombor seat), korang beraturlah dulu jangan duduk bersepah-sepah kelam kabut tak tentu pasal. Kalau tak nak beratu pun tak apa tapi bila pintu masuk dibuka jalan perlahan-lahan tak perlu nak lari atau kejar. Tak lari de skrin panggung tuh lagipun kan setiap tiket dah ada nombor.

kontaktannonser för pensionärer  

Satu pekara yang ramai ambil tak endah bila ketika berada didalam panggung wayang. Kalau datang ngan girlpreen tu tak payah lah nak bercengkerama atau buat projek dalam panggung! Tak malu ke kalau orang lain atau jiran sebelah tengok? kalau nak buat projek pergilah cari hotel murah bukan di panggung wayang. Sebab panggung wayang adalah tempat orang ramai menonton wayang dalam skrin bukan wayang 4D. Lagi satu bila dah duduk kat dalam panggung silalah duduk diam jangan buat bising. Jangan jadikan panggung wayang tempat pasar orang jual ikan. Bila buat bising orang pun naik tension nanti jadi tak paham pulak jalan cerita yang ditengok tu. Amat penting bila nak cari seat duduk. Tolonglah jangan main duduk je tempat orang. Sebab orang lain pun beli tiket. Macam aku, aku selalu beli online so dapatlah aku booking tempat duduk best. Ni bila sampai dalam panggung orang dah duduk tempat kau mau tak hangin satu badan. Kalau nak duduk tempat lain sekalipun tunggulah cerita dah dimainkan dalam 10-20 minit. Tengok kalau tempat duduk tu masih kosong barulah pindah. Tapi bila tuannya dah datang silalah cari tempat lain. Pastikan handphone sudah dimatikan atau letak dalam silent mood. Pernah sekali tu masa aku tengok wayang ada sorang mamat ni telefon dia berdering (dah la pasang lagu raya time bukan raya), pastu dia boleh buat bodoh je. Aku tak sound mamat tu sebab takut tapi nasib baik member dia sound suh matikan handphone dia. Kalau tak mau sampai habis cerita hp dia berdering.

Aku bukan nak mengata atau mengutuk orang kepala besar ke apa! sebab kepala aku pun besar gak cuma kaki je pendek. Tapi bila dalam panggung kita sama-samalah sedar diri. Kalau kepala tu besar tolonglah bersandar sikit kat kerusi so orang-orang pendek macam aku ni boleh nampak subtitle kat screen tu. Kadang-kadang aku pelik gak, rasanya panggung wayang kat Malaysia ni semua kerusinya empuk-empuk belaka tapi kenapa masih ada orang yang tak suka bersandar kepala kat kerusi?.. malam tadi aku rasa tengok cerita paling spoil sebab dari awal sampailah habis cerita aku tak paham sebutir haram. Aku terus terang cakap, bahasa inggeris aku memang lemah sebab tu aku nak baca subtitle bagi faham. Tapi kalau dah kepala besar duk sebijik depan mata halang pemandangan macam mana nak buat?.. apa celop!

Ok antara adab sopan lain ketika menonton wayang adalah :-

– Hormati orang yang duduk sebelah kita, jangan kacau diorang

– Pakailah wangi-wangi sikit… ada tu bau hapak satu badan ada hati nak duduk sebelah aku

– Jangan bukak kasut dalam panggung. Nanti habis satu panggung bau bangkai ayam

– Jangan batuk dan bersin kuat-kuat.. bukan tak boleh tapi pelan-pelan sikit

– Jangan makan bersepah-sepah.. tapi aku selalu je makan bersepah sebab nanti tukang cuci tak ada kerja pulak

– Jangan letak beg kat tempat sebelah (kerusi kosong) bukan apa takut kena curi atau tertinggal masa balik

– Jangan tendang-tendang belakang kerusi.. nanti orang sakit hati

– Jangan hisap rokok atau buat pembakaran dalam panggung

– Jangan makan durian dalam panggung

– Kalau nak tidur boleh tapi jangan berdengkur kuat sangat… takut menggangu orang sebelah.. (aku selalu buat kalau cerita tu bosan)

– Apa lagi yek?… ntah la yang penting jaga tingkah laku..

 

haha okey tu je la kot .. kalau ada kekurangan sila lah tambah kat komen dibawah ye.. hope next time kalau aku tengok wayang aku pun boleh ikut adab-adab ni.. sama-samalah kita ye.

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com

15 Comments

  1. download blu ray version, beli headphone mantap, beli monitor hd.. tengok sensorang.. feel~~

    tiap kali nak pi panggung, memang kena prepare ngan orang2 yang tak sivik minded.. so bagi aku lagi mudah kalo tengok kat umah, nak kencing pun takpe sebab leh pause..

  2. mmg sakit hati kalau ada yg buat hal mcm tu dalam panggung wayang…lagi sakit hati kalau wayang tu da start..ada je yg baru masuk..mmg spoiled…huhu~

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*

Terbaru dari

Tips Elak Bau Busuk

Tengah hari tadi aku pergi servis kereta kat Proton sebab kereta aku
Kembali Ke Atas