UniFi Percuma Untuk Bulan April

 

Sejak bila pulak aku pakai UniFi nih? dah la hari tu cakap rumah aku tak boleh pasang UniFi dan hanya 3 Rumah Sahaja Boleh Pasang. Yang peliknya 2 hari lepas mak aku dapat email bil UniFi untuk bulan April. WTF lagi? pihak UniFi tak check ke yang application aku tu kena reject? ini tak boleh jadi ni walaupun total amount RM0.00 tapi email ni buat aku tak senang hati. Manalah tahu bulan depan tiba-tiba dapat bill beratus ringgit siapa nak bayar?..

Semalam aku cuba call helpline UniFi dan dengan selamba diorang cakap kalau bill RM0.00 sila abaikan. Pulak! boleh main abai-abai.. nanti bila sampai Bill beratus ringgit kalau aku abaikan tau pulak suruh bayar. Bila aku suruh diorang check no akaun tu dah register ke belum diorang cakap sistem down tak boleh check. Hari ni aku call lagi pun sama sistem down. Syarikat punya besar takkan la asik sistem down je kejenya.

Terima kasih kepada rakan blog, bro http://shakiddo.com/ yang sudi melihat dan membantu menguruskan kes ni. Tengoklah 2-3 hari lagi dia akan tolong cekkan kes saya ni. hihi sebenarnya aku dah tak sabar nak pakai uniFi ni harap-harap masih sempatlah dapat promosi #SuperSpeedMe tuh.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com