Aku Insan Biasa

Sanggup Ke Makan Anak Ular?

dalam Macam-Macam oleh

EEEeeeeee.. Yaaaarrrkkkk… BBbbbbblluuueeekkk… sanggup ke korang nak makan anak ular? eeee aku tak sanggup. Kasilah sejuta ringgit money drop pun aku tak sanggup nak makan. Jangan katakan makan aku ni nak tengok ular pun fobia. Tak tahulah kenapa aku nak pergi blog pasal video orang makan anak ular ni.

Tapi kalau korang nak tahu rumah aku memang banyak anak ular. Sebabnya rumah aku ni belakang rumah hutan belantara. Ada seekor mak ular ni masuk atas bumbung rumah pastu beranak pihak kat rumah aku. Kalau anak dia seekor dua tak pe ni berpuluh-puluh.

Pernah sekali masa aku nak simpan duit dalam bank (berak) dalam rumah. Tiba-tiba anak ular terjatuh dari ceiling. Aku punya menjerit tak hengat sampai anak ular tu pun terkejut. So bila dah nampak depan mata terpaksalah aku panggil rescue 911 tak lain tak bukan mak aku sendiri. Aku ni minta maaf cakap lah memang penakut dengan ular.

Nak bunuh ular pun aku tak mampu. So terpaksa la mak aku yang uruskan ular dalam rumah ni kasi jinak sikit haha..

Ok cukup lah cerita pasal ular dalam rumah.. meh tengok video yang aku jumpa kat Youtube ni. Ada seseorang yang sanggup makan anak ular, dah tu makan dengan gaya berselera tak hengat. Eeeee Blueeeekkk…!!

PS : Kalau korang sanggup ke makan ular kalau aku kasi 1 juta ringgit? haha..

Klik http://youtu.be/XcfXloiyUQM untuk tengok video orang makan ular

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com

6 Comments

  1. ular ? errrrr… mintak lah maaf…

    BY THE WAY.. Welcome to the club…. ha ha ha

    aku tak takut ular cuma geli jer

  2. huhuhu sy takut + geli kalau ngan ular ni…mmg dah try nak pgg tp langsung tak berjaya…sy ni pelik, sy suka sgt2 tgk ular..cuma itula…geli nak pegang dan takut kalau2 dia patuk sy nanti..huhuu

  3. Yana Ahmad > zaid pernah pegang ular sekali kat taman ular.. mula2 takut tapi tengok ular tu macam lemah je.. so ada confident sikit la nak pegang.. haha cuba kalau ular tu tengah aktif dan kelaparan mau dia belit perut zaid ni kot haha

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*

Terbaru dari

Placeholder

Rejab dan Salah Faham.

Sebenarnya tidak terdapat dalil-dalil yang menentukan kelebihan bulan ini. Justeru, dapatlah diringkaskan
Kembali Ke Atas