Cuak Sekejap Bila Bangunan Bergoyang Akibat Gempa Bumi Di Aceh

 

Panic sekejap tadi masa kerja kat office (Plaza Berjaya) Kuala Lumpur tiba-tiba kerusi yang aku duduk bergoyang. Mula-mula tak takut sangat tapi lama kelamaan goyang semakin kuat dan rakan-rakan yang lain pun turut merasainya. Lepas 5 minit kejadian kepala terasa amat sakit dan pening mungkin ada efek dari gegaran bangunan tadi. Kami semua bergegas keluar dari bangunan 20 tingkat ini sebab takut sebarang kejadian buruk tak diingini berlaku. Bila tanya kat pakcik guard kat bawah bangunan diorang pun tak tahu sebab apa dan mungkin gegaran datang dari kerja-kerja baik pulih bangunan yang mereka tengah buat.

Aku macam tak puas hati sikit apa efeknya dengan kerja-kerja baik pulih tu dengan gegaran dalam bangunan sampai kerusi bergoyang kan. Disebabkan hari ni cuti am bangunan ni agak sunyi sikit yang kerja pun kami je sebab ofis ni operasi 24 jam sehari. Akibat perasaan takut dan panik kami terus lepak kat bawah bangunan hampir 1 jam. Nasib baiklah ada Facebook, Twitter dari situ dapatlah info yang sebenarnya ada Gempa Bumi di Aceh Indonesia lebih kurang jam 4.50 Petang. Gegaran lebih kurang 8.9 Skala Richter yang melanda wilayah Aceh barat daya. Rupanya gegaran ni turut dirasai di kawasan Lembah Klang, Petaling Jaya, Shah Alam, Pulau Pinang, Perlis dan Perak.

Mengucap panjang sebenarnya sebab ini pertama kali aku rasa pengalaman gegaran gempa bumi dalam bangunan. Kalau nak dikira sebenarnya gegaran yang aku rasa ni cuma hujung-hujung je tu pun dah panik. Macam manalah mereka yang berada di Aceh tu kan? Syukurlah aku di lahirkan di Malaysia sebuah negara yang aman damai.

Kepada rakan-rakan yang berada di Aceh Indonesia dan sekitar Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Perlis. Harap korang semua berhati-hati ya disana sebab amaran Tsunami telah dikeluarkan. Semoga korang semua selamat dari segala musibah yang melanda. Kalau yang berada di sekitar pantai tu di nasihatkan supaya jaui dari kawasan tersebut, sebarang kemungkinan akan berlaku kita tak tahu. Jadi beringat sebelum terlambat.

 

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Cuak Sekejap Bila Bangunan Bergoyang Akibat Gempa Bumi Di Aceh

  1. Fadzmie says:

    Sama-sama kita berdoa untuk saudara kita di sana. Amin.

  2. Mohd Zaid says:

    Fadzmie > amin ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *