Nikon Coolpix Ini Sudah Jahanam

Apa perasaan korang kalau kamera yang baru korang beli dah jahanam. Tapi bukan korang yang jahanamkan sebaliknya orang yang meminjamnya?.. mesti sakit hati dan kecewakan? itulah yang terjadi kat aku sekarang ni. Aku kecewa sebab akulah peminjam yang tidak bertanggungjawab tu. Kamera Nikon Coolpix S2600 ni baru saja kawan aku beli masa promosi kat Lowyat bulan lepas dan sekarang ni dah tak boleh on langsung sebab terendam masa banjir kat rumah aku baru-baru ni.

Baru 2 minggu dia beli pastu aku pergi pinjam sebab masa tu ada 2 event yang perlu aku hadir. Event lagi satu tu aku suh adik aku pergi dan dia guna kamera Nikon D80 aku tu.. yang event lagi satu ni aku pinjam kamera kawan aku yang comel ni. Dua tiga hari lepas event tu rumah aku banjir pulak. Masa banjir tak teringat langsung kat kamera dia ni sampailah air banjir surut baru aku perasan yang segalanya telah musnah.

Nasib baiklah kawan aku sorang ni jenis memahami dan akur dengan segala ketentuan yang telah terjadi. Sebenarnya nak buat macam mana masa banjir hari tu hampir 80% barang-barang rumah aku rosak dan tak dapat diperbaiki lagi. Insyaallah nanti kalau aku dapat bonus ke dapat duit terpijak ke aku akan ganti balik kamera kesayangan dia ni. Bukan murah-murah nak ganti tau.. terima kasih la kat kawan aku tu sebab sudi menghalalkan kameranya yang rosak tu. Aku tak akan lupa jasa baiknya sampai bila-bila.

Moral of the story lepas ni kalau aku dah pinjam barang orang aku akan segera pulangkan pada tuan asalnya. Sebarang kemungkinan yang berlaku kita tak tahukan. Kalau dah rosak macam ni semua orang susah. :) Ada tak sesiapa tahu boleh ke repair kamera yang dah rosak masuk air banjir ni?.. boleh ke nak repair lagi? atau kos repair sama ke dengan harga asal kamera? kalau sama harga lebih baik aku ganti kamera baru je kan.. tul tak?

 

PS : Agak-agaknya bila lah nak dapat advertorial atau review produk kamera pulak.. dah lama tak dapat kamera free ni hahahaha..

 

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com