Teater Muzikal Gerimis Mengundang

Sobsobsob.. tingggg… tiba-tiba message kat Facebook aku berbunyi haha cam tu ke bunyinya.. korang mana dengar sebab bunyi tu keluar kat iPhone aku haha.. tiba-tiba seseorang menjemput atau lebih sedap didengar sebagai belanja aku untuk menonton Teater Muzikal Gerimis Mengundang. Ingatkan satu tiket rupa-rupanya dia belanja sekali 4 tiket. So sorry sebab tak jemput korang semua sebab bila dapat tahu dapat 4 tiket seluruh ahli keluarga aku dah booking awal-awal. Insyaallah lah kalau len kali dapat lagi aku jemput korang semua pula ye.

Actually aku ni taklah berapa ambil berat tentang industri hiburan tanahair tapi adalah terbaca surat khabar dan majalah tentang teater ni. Masa belum tengok aku tertanya-tanya juga adakah teater ini hanya mempersembahkan kisah cinta semata-mata. Alahai kalau cerita cinta je bagi aku ianya agak bosan. Tapi bila dah tengok sendiri aku rasa inilah karya terbaik yang aku pernah aku tonton di Istana Budaya. Tak percaya? pergilah tengok sendiri, jangan jadi macam aku belum tengok dah hakim cerita tu best atau tak.

 

 

Sebenarnya yang menjemput aku untuk menonton teater ni adalah rakan baik aku abang Azwan Anuar yang juga merupakan penulis skrip untuk teater ni. Wahh tak sangka juga aku setelah sekian lama aku kenal dia dalam industri muzik ni tak tahu pula aku yang dia berbakat dalam menulis skrip. Tahniahlah kepada abang Azwan Anuar sebab berjaya membawa kenangan dan orang menangis apabila menonton teater ni. Jangan nak tipulah masa aku tengok teater ni part yang last tu aku dengar sok-sek sok-sek orang menangis haha sebenarnya aku pun menangis gak biasalah haha..

 

Pelakon utama Teater Muzikal Gerimis Mengundang Kamal Adli (Zamani) dan Mikha Tambayong (Cinta). Siapa tak kenal mereka berduakan? dalam teater ni mereka cukup sepadan dan ada chemistry. Mikha Tambayong kalau sebelum ni kita kenal dengan lakonannya didalam sinetron Nada Cinta kini membawa watak Cinta dalam teater ni. Kisah cinta 3 segi seorang pilot dengan 2 orang gadis ni memang menarik untuk dirungkai lebih lagi ianya diselitkan dengan komedi dalam lakonan. Sebab itulah bagi aku teater ini hidup dan segar serta membuat penonton terpaku dengan aksi yang dipersembahkan. Dimanakah persimpangan kisah percintaan mereka dan siapakah orang ketiga dan konfliknya. Haaa tu korang kena tengok sendirilah. Teater ni dah bermula sejak dari 27 Mac hari tu dan akan berakhir pada 8 April. Jadi tinggal berapa hari je lagi. Harap korang tak lepaskan peluang untuk menonton dan aku berani cakap cerita ni 100% menghiburkan.

 

Lama aku tak dengar cerita Den Wahab ni rupa-rupanya beliau merupakan penerbit bersama untuk Teater Muzikal Gerimis Mengundang bersama dengan Ahmad Idham (Penerbit & Pengarah) dan juga Datuk Md. Afendi (Penerbit).

 

 

Trio Kumpulan Zero memang menarik perhatian aku dalam teater ni. Tak sangka mereka cukup berbakat dan berjaya melakonkan watak pembantu pilot kepada Zamani dengan baik sekali. Dengan muka lawak mereka dan lawak yang bersahaja membuat ramai penonton gelak terbahak-bahak termasuklah aku yang tak kering gerusi gelak dengan persembahan mereka. Tahniah dan terbaiklah Zero. Semoga terus maju jaya ya dalam industri hiburan tanahair.

 

 

Kenal tak Shenty Feliziana? atau nama pentasnya Elly Shenty? beliau merupakan anak kelahiran Singapura yang pernah berlakon dalam teater Impak Maksima The Musical di Esplanade Singapore pada tahun 2009 dan pernah berlakon dalam drama Prosa Cinta Embun dan Apa Celop. Tak lama lagi filem lakonan dia pun akan ditayangkan iaitu Mael Lambung dan Cintar Atas Tar di layar perak. Tak sangka lakonan beliau sangat best. Aku tak tipu serius dia ni memang best dan pandai berlakon.

 

 

Kenal tak?.. kenal tak?…. siapa tak kenal dia kan ala yang berlakon cerita Apa Celop kat TV tuh.. Apa Celop toookkkk…. haha aku suka sangat dengan Taiyuddin Bakar ni sebab lakonan dia memang bersahaja dan spontan. Tak payah masuk Raja Lawak tengok muka pun dah lawak. Cayalah bro.. thanks sebab sudi bergambar dan bercit-chat hari tu.. kenangan yang tak dapat dilupakan.

 

 

Inilah dia hero dalam teater ni, siapa tak kenal dengan Kamal Adli yang banyak berlakon drama dan filem tuh. Berbakat juga dia ni berlakon teater sebab dengar cerita beliau sukar untuk menari dan menyanyi. Tapi aku tengok ok je tarian dan suara dia.. kalah penari dan penyanyi kat luar sana. Jadi kepada mereka semua tu jangan terus menghentam sebaliknya bagikan sokongan kepada para artis kita. Mereka boleh buat sebenarnya cuma perlu banyak berlatih. Practice make perfect.

 

 

Comel tak Mikha Tambayon ni?.. comel kan?.. sama-sama comel dengan aku yang terlebih comel tuh hahaha.. Jangan jeles semua sebab aku dapat bergambar dengan Nada Cinta hehe.. kata Mikha dia nak ambik aku berlakon dengan dia untuk sinetron akan datang di Indonesia.. percaya tak?.. :)

 

 

Inilah dia Najua P.Ramlee (Mulan) anak kepada Nasir P.Ramlee dan cucu kepada seniman agong Tan Sri P.Ramlee. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan.. Najua melakonkan watak Mulan iaitu girlfriend kepada Jering. Kisah percintaan mereka sangat kelakar dan apakah kesudahannya? kena tengok sendirilah..

 

Ahmad Idham merupakan penerbit dan pengarah teater ni. Memang salut dengan dia. Masa kitaorang jumpa dia memang banyak cerita yang dia share bersama-sama. Memang tak kedekut ilmu abang Ahmad Idham ni dan sanggup luangkan masa yang lama bersama kitaorang semua sampai pagi buta berborak. Tahniah ya bang atas kejayaan teater ni. Harap sangat abang dapat terbit dan arahkan teater lagi dimasa akan datang.. sure aku datang tengok. :)

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com