Panggung Berprestij Istana Budaya Banyak Nyamuk

Gambar Sumber : Google.com.my

 

Pertama sekali aku nak minta maaf jika tulisan aku ini ada membuat mana-mana pihak berasa kecil hati, sakit hati atau makan hati. Tapi sebagai seorang manusia biasa dan seorang blogger, aku kena jujur dengan apa yang aku alami dan rasakan. Mungkin ini bukan saluran yang betul untuk meluahkan perasaan tapi bagi aku tak salah juga kalau semua orang tahu dan mungkin pihak berwajib dapat mengambil perhartian sewajarnya selepas membaca hebahan aduan ini.

Aku ni nak kata selalu tengok teater tu tak lah, dalam hidup aku rasanya baru 3 kali je kot tengok teater dan 2 kali itu aku tengok kat Istana Budaya. Semalam aku dan keluarga pergi menonton teater Gerimis Mengundang dan bagi aku teater tu memang terbaik dan menghiburkan. Cuma sedikit pekara yang tak menyenangkan aku dan mungkin orang lain adalah dengan kehadiran Nyamuk di dalam dan di luar kawasan Istana Budaya. Adakah nyamuk tu prop atau rekaan set yang sengaja dibiarkan berterbangan merayap dan mengigit penonton dalam panggung.

Aku tak rasa nyamuk tu adalah prop sebab selalunya prop teater tak akan sampai atau kena pada penonton. Rasanya pihak Istana Budaya perlu mengambil berat tentang masalah ni. Lebih-lebih lagi Istana Budaya merupakan sebuah Panggung berprestij dan bertaraf antarabangsa. Ramai penonton dalam dan luar negara yang datang ke sini dan Istana Budaya juga merupakan salah satu tarikan pelancong luar untuk datang ke Malaysia untuk menyaksikan persembahan hebat dengan teknologi canggih yang ada di Istana Budaya.

Nyamuk di luar kawasan Istana Budaya memang banyak, selepas dari persembahan teater tersebut aku dan blogger lain berpeluang untuk bertemu dengan para pelakon di luar panggung. Alangkah terkejutnya aku bila hampir berpuluh-puluh ekor nyamuk yang hinggap di atas kepala para pelakon dan blogger lain. Aku nak ambil gambar mereka pun rasa terbantut sebab nyamuk pun sama nak ikut enterprem dalam gambar.

Cadangan aku supaya pihak Istana Budaya kalau membaca luahan aduan ni dapat buat Fogging di dalam dan sekitar kawasan Istana Budaya dengan lebih kerap. Pekara ini juga perlu kerana harapan penonton yang mengeluarkan duit dengan banyak untuk menyaksikan persembahan teater kegemaran mereka menjadi terbantut dengan kehadiran nyamuk. Jangan mengundang nyamuk dalam gerimis.

 

PS : Sekali lagi saya minta maaf kalau ada pihak terasa dengan aduan saya ni.. demi menambah baik mutu Istana Budaya diharap pihak berwajib dapat mengambil perhatian sewajarnya dengan segera. Terima Kasih.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.