Apple Magic Mouse – Battery Life Cepat Sangat Habis

 

Apple Magic Mouse memang best. Bagi pengguna MacBook Pro memang tak sah kalau tak pakai Apple Magic Mouse sekali sebab banyak fungsi yang menarik ada pada tetikus ni. Harganya pun boleh tahan mahal gak, aku beli tetikus ni masa beli Macbook Pro dulu harganya dalam RM229.00. Tapi apa yang tak bestnya Apple Magic Mouse ni batterynya cepat sangat habis. Sejak aku beli tetikus ni aku pakai battery AA biasa je tapi tak larat dah guna 2-3 minggu kena tukar battery baru.

 

Canggih memang canggih dah tapi tu lah ada je yang tak bestnyakan.. Petang semalam aku pergi Plaza Low Yat kat kedai Sri Computers nak cari battery charger yang murah-murah. Alhamdulillah nasib baik ada yang murah, harga dalam RM37.00 jenama Uniross. Haha tah apa-apa jenama tah aku main beli je janji murah kan..

 

 

Tips aku kalau nak jimat battery life korang bila dah tak pakai Apple Magic Mouse ni silalah tutup. Jangan biarkan tetikus ni on sepanjang masa mau tak abis battery dengan cepat. So kalau nak pakai tetikus ni pakai sekali dengan battery charge jangan pakai battery AA yang biasa dan murah tu..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com