April Fool

Teringat kisah 10 tahun lepas apa bila aku di bodohkan dengan satu panggilan misteri dari orang yang tak bertanggungjawab. Sampai hari ni aku kesal dengan tindakan bodoh pemanggil tu sampai aku hampir nak putus nyawa. Sebenarnya kelakar juga kisah ni tapi atas sebab peribadi aku jadi benci pada 1 April sebab ramai orang yang suka permaiankan dan terbawa-bawa konsep APRIL FOOL ni. Dari segi sejarah aku sebenarnya malas nak ambil tahu bagaimana kewujudan April Fool ni tapi apa yang aku baca menerusi internet ianya merupakan tarikh kejatuhan kerajaan Islam yang bertapak berkurun lamanya di Granada, Sepanyol. Mungkin kisah April Fool ni benar tapi aku malas nak mengulas lanjut sebab ingin menjaga sensitivity orang lain.

Berbalik cerita 10 tahun lepas. Masa tu aku baru berumur 18 tahun dan baru nak berjinak-jinak untuk mencari kerja. Kerja pertama aku selepas menamatkan SPM adalah di KFC. Biasalah bila tiba zaman remaja darah dan hati muda ni memberontak nak cari pengalaman kerja sendiri. Bila dapat gaji bukan nak menyimpan tapi habis dengan beli barang-barang gadget handphone dan komputer. Aku pulak memang minat dengan gadget komputer sejak dari dulu lagi. Boleh dikatakan setiap bulan gaji habis kat situ je.

Nak dijadikan cerita satu hari selepas balik kerja aku balik rumah macam biasa. Masa tu sebelum balik rumah singah Cyber Cafe jap citcat cari kawan baru. Motif aku pergi cyber cafe mesti nak bawa disket sebab nak save gambar-gambar dan maklumat yang aku dapat dari internet untuk dibaca semula di rumah. Masa nak ambik disket dalam beg aku terjumpa satu bungkusan plastik berisi serbuk putih. Adalah dalam 100 gram kot serbuk putih tu dalam plastik kecik. Aku pun pelik gak macam mana boleh ada plastik berisi serpuk putih ni dalam beg aku. Masa tu taklah cuak sangat sebab aku fikir mungkin ada budak-budak perempuan terletak bedak dalam beg aku.

Masa balik rumah tepat jam 8 malam aku dapat satu panggilan telefon. Nombor pulak aku tak kenal sebab aku tak save nombor tu dalam handphone aku. Aku angkat lepas tu satu suara garau dengan nada marah herdik aku kawkaw. Cuak gak tiba-tiba nak marah apahal setahu aku, aku tak pernah buat pekara tak baik dan melanggar undang-undang negara. Pastu pemanggil tu perkenalkan diri dia yang dia Polis dari Bukit Aman dan syak aku mengedar dadah kat budak-budak. Masa tu aku memang betul-betul cuak giler sebab aku tahu kesalahan mengedar dadah memang sadis. Pemanggil tu siap cakap diorang dah review CCTV kat cyber cafe dan nampak aku pegang dadah. Tanpa cakap sepatah aku terus matikan panggilan banggang tu. Masa tu tuhan je yang tahu perasaan aku ni. Dalam hati dah fikir dah sampai situ jelah hayat aku kat dunia ni.. terfikir macam mana aku nak sara keluarga aku nanti kalau aku kena hukuman gantung sampai mati.

Lepas 30 minit pemanggil tu call lagi dan cakap diorang dalam perjalanan ke rumah aku dan nak tangkap aku masuk jail. Aku pulak dah terketar-ketar ye lah pertama kali kena tuduh mengedar dadah mana tak cuak. Sampai menangis-nangis la aku dibuatnya tergamam dengan tuduhan tak berasas ni. Masa tu juga aku bagi tahu mak aku tentang panggilan dari pihak polis tu. Mak aku pun pelik gak tengok bungkusan tu macam mana boleh ada dalam beg aku. Sebelum polis tu nak sampai rumah aku mak aku siap marah aku lagi sebab tak jaga beg baik-baik sampai orang aniaya aku macam ni. Mak aku tak puas hati  terus call balik nombor tu. Bila dia angkat rupa-rupanya diorang tu semua member aku yang nak menyakat aku untuk hari April Fool. Mak aku siap marah budak-budak tu semua sebab melampau sangat nak menyakat orang dan kawan-kawan aku tu semua minta maaf dengan cara baik.

Bila dapat tahu yang aku telah di April Fool terus darah tinggi aku naik dan pergi maki hamun diorang semua. Ambik kau kena serangan leter mulut aku pulak haha.. Kalau nak diingatkan balik memang sakit hati bila dituduh macam tu. Yelah dadah bukan bahan mainan salah masuk perangkap boleh kena humban dalam penjara dan kena tali gantung. Siapa tak sayang nyawakan. Tu dah kira hidup dan mati je dalam fikiran. Selang sehari masa aku pergi kerja budak-budak tu semua dengan muka malu pergi minta maaf dan diorang semua belanja aku makan malam. Itulah siapa suruh ikut sangat gejala April Fool ni tak pasal-pasal kena belanja aku makan pulak haha..

 

PS : Nak tanya seronok ke kenakan orang time April Fool ni?.. bagi pendapat aku kalau boleh janganlah nak kenakan orang sebab kalau salah langkah nanti diri sendiri balik yang terkena… :)

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.