What is Nuffnang Malaysia? (Malay Video)

Petang semalam aku jumpa 2-3 orang kawan sekolah dulu. Lama betul tak jumpa diorang ni tapi sekali jumpa macam-macam cerita kita orang gosipkan. Tengok diorang semua meriah sakan dengan anak masing-masing. Aku juga yang tak kawin-kawin sampai sekarangkan. Huhu tak pe aku happy je tengok semua kawan-kawan sekolah aku bahagia sama keluarga diorang. Dalam duduk berborak tu adalah yang tanya aku macam mana nak buat blog. Kalau nak buat blog tu taklah susah mana pun pergi je Blogger.com dan daftar blog kat situ. Semudah 1-2-3 je dah boleh buat satu blog. Sorang lagi kawan ni tanya pulak macam mana aku dapat duit dari blogging. Senang je aku jawab.. Aku dapat duit blog dari Nuffnang.

Sebenarnya masih ramai yang tak tahu apa itu Nuffnang. Selalunya soalan apa itu Nuffnang sering ditanya pada aku oleh mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia blog ni. Ramai juga yang baca blog aku dan nak tahu macam mana aku cari pendapatan sampingan melalui dari penulisan blog. Baguslah pada mereka yang bertanya, kat situ kita boleh lihat dimana ramai orang yang ingin mencari duit lebih tapi tak tahu cara yang betul melalui blog.

Jadi kepada mereka yang masih tertanya-tanya apa itu Nuffnang!  jangan risau. Rasanya video kat bawah ni boleh jelaskan dengan lebih terperinci dengan gaya persembahan yang sangat unik. Kalau dah faham (Apa itu Nuffnang) jom lah ramai-ramai daftar di http://www.nuffnang.com.my/

 


 Jom Subscribe Youtube : http://www.youtube.com/NuffnangMY

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com