INGIN MEMOHON SEMBURAN FOGGING

Kepada :-

Kementerian Kesihatan Malaysia
Majlis Perbandaran Kajang.

INGIN MEMOHON SEMBURAN FOGGING DI KAWASAN JALAN BALAM BT 9 1/2, JALAN CHERAS KAJANG.

Tuan/Puan

Saya Mohd Zaid Bin Othman ingin meminta kerjasama pihak tuan/puan untuk memohon adakan semburan Fogging. Untuk makluman, kawasan Jalan Balam Batu 9 1/2 Off Jalan Cheras, 43200 Kajang (Sepanjang Jalan Balam dan Berhampiran Sungai Sering) telah mengalami bencana banjir yang berlaku baru-baru ini. Kini terdapat banyak air bertakung dan nyamuk yang membiak dan mungkin akan merbahayakan kesihatan penduduk kampung disini. Sebelum terjadi apa-apa pekara yang tidak diingini saya ingin meminta kerjasama pihak Tuan/Puan untuk mengadakan semburan Fogging di kawasan ini bagi mencegah pembiakan nyamuk aedes.

Diharap aduan ini mendapat perhatian pihak Tuan/Puan

Terima Kasih

Yang Benar,

Mohd Zaid Othman

Berikutan selepas kejadian banjir kat kawasan rumah aku baru-baru ni. Banyak air bertakung dan saluran tersumbat dek kerana lumpur yang tebal. Sampah sarap pun banyak yang tersangkut kat pokok-pokok masa air sungai banjir tempoh hari. Memang susah nak bersihkan semuanya dalam masa yang singkat sebab kerja pembersihan dan mengemas dalam rumah pun tak selesai lagi. Sekarang ni lain pula isu yang terjadi kat sini, bila waktu petang dan malam je mula lah nyamuk dan serangga berterbangan masuk dalam rumah sehingga memaksa kami sekeluarga Tidur Pasang Kelambu Untuk Elak Nyamuk gigit.

Sebenarnya setiap kali lepas banjir memang banyak nyamuk membiak kat kawasan rumah aku ni. Tapi sejak 10 tahun aku tinggal kat kawasan ni belum pernah ada sesiapa atau mana-mana pihak berwajib yang datang untuk buat semburan fogging. Bukan nak meminta-minta diorang buat semburan tapi sebelum orang kampung aku atau ahli keluarga aku terkena demam Denggi lebih baik aku buat sesuatu untuk mencegah serangan nyamuk aedes di peringkat awal.

Pertama kawasan persekitaran rumah perlulah sentiasa bersih supaya tiada air yang boleh bertakung. Kalau ada sampah sarap, botol, tayar buruk, plastik cikedis mestilah dibuang dalam tong sampah. Tong sampah pun kena cek gak takut ada air bertakung dalamnya tu pun boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes. Pencegahan lain boleh gunakan kelambu bila nak tidur macam yang aku buat sekarang ni. Lain-lain boleh minta kat Kementerian Kesihatan ubat pencegahan jentik-jentik yang diletakkan dalam takungan dan bekas pasu.

Sebentar tadi aku baru je hantar satu email bertajuk INGIN MEMOHON SEMBURAN FOGGING kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Perbandaran Kajang. Harap mereka bacalah email sempoi aku tu dan reply dengan segera. Kita tengoklah mereka ni prihatin akan aduan masyarakat atau tak. Harap-harap lepas ni dapatlah diorang buat semburan fogging kat kawasan rumah aku ni.. Dapat sekali sembur pun jadilah sebab dah tak tahan malam-malam tidur kena gigit nyamuk. Sebelum terlambat lebih baik beringat.

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

9 Responses to INGIN MEMOHON SEMBURAN FOGGING

  1. mizzura says:

    lorrr…baru tau…fogging pun penduduk kena apply…ingat majlis bandaran…faham sendiri ler..

  2. Mohd Zaid says:

    mizzura > separuh tempat ada fogging berbayar.. kalau minta kementerian kesihatan or majlis perbandaran mungkin free rasanya..

  3. pihak pengurusan says:

    Saya kala arumugam beralamat di Lorong Teja 2, Taman Keladi, 08000 Sungai Petani, ingin meminta kerjasama pihak tuan/puan untuk memohon adakan semburan Fogging. Untuk makluman, kawasan rumah kami, Kini terdapat banyak air bertakung dan nyamuk yang membiak dan mungkin akan merbahayakan kesihatan penduduk kampung disini. Dimana mendapati setiap hari kami perlu menggunakan sebotol ubat nyamuk untuk menghalau nyamuk tersebut.Sebelum terjadi apa-apa pekara yang tidak diingini saya ingin meminta kerjasama pihak Tuan/Puan untuk mengadakan semburan Fogging di kawasan ini bagi mencegah pembiakan nyamuk aedes. untuk makluman pihak tuan dimana disini ada beberapa buah penduduk enggan memberi kerjasama untuk semburan ubat anda dan sanggub berkunci pintu mereka. Ini juga menjadi punca utama kami mengalami masalah ini setiap hari. Terima Kasih.

    Yang Benar,
    Kala

    Diharap aduan ini mendapat perhatian pihak Tuan/Puan

  4. Mohd Zaid says:

    pihak pengurusan > saya bukan pihak yang bertanggungjawab dalam urusan fogging ni.. baik en. emailkan kepada jabatan yang berkaitan di tempat encik.. 🙂

  5. syah says:

    saya syah beralamat di lorong bunga rampai 8 taman ria jaya sungai petani kedah , ingin memohon mengadakan semburan fogging di kawasan kami bagi mencegah pembiakan nyamuk aedes..n

  6. Anonymous says:

    Flat bdr baru sentul..pangsapuri 83..dipenuhi nyamuk..bdn penuh bintik2 merah..tlong dtg sembur..seluruh flat bdr baru..

  7. sumathi karthik says:

    Kebelakangan ini terdapat banyak nyamuk di kawasan skudai taman pulai utama jalan 42 johor. Tolang dtg sembur ubat nyamuk di seluruh taman..

  8. Amir (DAUN PEST CONTROL & HYGIENE SERVICES) says:

    Assalamualaikum wbt & selamat pagi semua.nUtk makluman & pengetahuan anda semua. Kebiasaan kerja2 kawalan nyamuk (KKM / PBT) hanya akan dilakukan jika ada terdapat kes sahaja. Anda semua perlu berkerjasama untuk mengawal pembiakkan nyamuk. Sebagai contoh, gotong royong membersihkan taman / kwsn rumah. Kerja2 semburan “fogging” hanya dapat mengurangkan aktiviti pembiakkan nyamuk tetapi tidak 100%. nSebarang pertanyaan & sebagainya, hubungi saya. Saya akan cuba membantu jika saya mampu.nSekian, terima kasih.n-amir-n016-3380960nblog : http://www.fumigation-malaysia.blogspot.com (DAUN PEST CONTROL & HYGIENE SERVICES.)nEmail : sales.daunservices@gmail.com

  9. Anitha says:

    saya Anitha Subramaniam Kebelakangan ini terdapat banyak nyamuk di kawasan rumah, Block D2 Jalan Perai Jaya ,pulau pinang ..nnhampir setiap hari kami sediakan ubat nyamuk untuk menghalau nyamuk tersebut.Sebelum terjadi apa-apa pekara yang tidak diingini saya ingin meminta kerjasama pihak Tuan/Puan untuk mengadakan semburan Fogging di kawasan ini bagi mencegah pembiakan nyamuk aedes.nnYang Benar,nAnithaa Subramaniam nnDiharap aduan ini mendapat perhatian pihak Tuan/Puan nn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *