SHARE

Dok belek-belek baca Facebook petang tadi terbaca ramai yang post status pasal 1st Anniversary PHD (Pizza Hut Delivery). Dengan setiap pembelian 2 regular atau 2 large pizza boleh beli satu lagi pizza dengan harga RM1.00 je. Kita orang pun apa lagi dok bincang ramai-ramai tong-tong beli dan makan ramai-ramai. Huhu kira murah jugalah kalau tong-tong, 3 biji pizza ni seorang cuma bayar RM6.20 je. Makan sampai kenyang.. huhu memang seronok bila dapat makan sama-sama kawan office. Sebab kita orang ni susah nak keluar sekali ramai-ramai sebab kerja shift ni kena makan ikut giliran.

 

Kenyang tahap gaban dah ni.. sekarang ada 2-3 keping lebih.. siapa nak?

Yaya Wink Wink dan Alice – Jemput makan meh..

Ada belon.. ntah sapa punya tah aku jumpa dalam ofis.. pinjam jap ye nak ambik gambar.. ngeee

Inilah dia budak-budak ofis yang terlibat… aku sorang je bunga yang kembang.. hahahah..