Tidur Pasang Kelambu Elak Nyamuk

Teringat masa kecik-kecik dulu tinggal kat rumah lama kita orang tidur satu keluarga dalam kelambu. Sejak kecil lagi aku dibesarkan dalam keluarga sederhana, dulu sebelum abah meninggal dunia kita orang tidur kat rumah kedai. Depan kedai belakang rumah. Rumah kecil je bukan rumah banglo pun tapi sampai sekarang aku merindui suasana tidur dalam kelambu macam dulu.

Sejak berpindah ke Batu 9 ni kita orang tak pernah lagi menggunakan kelambu kecuali bermula hari ini. Kerana lepas banjir hari tu kawasan rumah aku ni seperti menjadi sarang pembiakan nyamuk pula. Biasalah 2-3 bulan lepas banjir mesti banyak nyamuk sebab banyak air bertakung dan sampah sarap kat luar kawasan rumah. Ada juga aku dan keluarga buat kerja gotong royong membersihkan kawasan rumah tapi nyamuk tetap ada gak. Ridsect jangan cakaplah dah berbotol-botol spray tapi nyamuk sekarang ni bijak sikit.. kita spray depan rumah nyamuk tu pergi belakang.. spray belakang dia pergi depan.

Alia anak buah aku dah berbintat-bintat muka dia akibat kena gigit nyamuk dan serangga lain. Kesian pula aku tengok anak buah aku tu. Nak jaga 24jam pun diri sendiri pun kena gigit nyamuk. Hari ini terlintas idea dari keluarga aku untuk beli kelambu. Niat asal nak hindari nyamuk ketika tidur. Tapi dalam masa yang sama ianya menggamit balik kenangan lampau yang pernah aku lalui suatu ketika dulu.

So apa kata kalau rumah korang yang banyak nyamuk tu cuba-cuba lah merasa pakai kelambu pulak. Tak mahal pun cari kat kedai kelambu dalam 6 kaki harganya antara RM30-40 ringgit. Kelambu ni ada jenis nilon dan jenis kain harganya berlainan. Cubalah cari kat kedai mungkin boleh tawar menawar.

 

Harap lepas ni nyamuk-nyamuk yang degil tu tak berjayalah menggigit pipi aku yang comel ni. Nyah kau nyamuk dari rumah aku.. Gunakan kelambu untuk elak pelbagai serangan serangga dan elak Denggi ..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Tidur Pasang Kelambu Elak Nyamuk

  1. akuzle ayu says:

    mmg nostalgik eh.. cian Alia…

  2. Mohd Zaid says:

    akuzle ayu > salam kak.. memang nostalgik kak.. 🙂 rasa macam kat kampong pulak hehe..

  3. ana says:

    akak dari kecil hinggalah dah umur 35 tahun ni, masih guna kelambu. kalau tak, tak boleh tidur. banyak kelebihan guna kelambu ni. kalau boleh nak jahit sendiri kelambu tidur tu. nak buat saiz lagi besar.

  4. Mohd Zaid says:

    ana > kak ana.. zaid dulu kecik-kecik pakai kelambu kat rumah lama sebab banyak sangat nyamuk.. skrg ni la baru nak pakai balik.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *