Pakngah! Alia Nak Main Angry Birds

 

Alahai comelnya anak buah pakngah ni. Dah makin membesar dah si Alia ni kan. Dalam senyap dari lahir tak cukup bulan dulu kecil halus je badan dia. Sekarang ni ambik kau dah bertambah bersemangat dan sihat. Alhamdulillah Semakin hari semakin pandai anak buah pakngah ni. Harap Alia cepat-cepat belajar merangkak dan cepat-cepat belajar berjalan.

Nak cakap sebenarnya Alia ni dia manja dengan pakngah dan nenek dia. Pantang nampak aku mesti nak minta dokong haha Alia ni suka berdiri atas perut pakngah dia yang comel ni. Mana tak suka susah tau nak landing atas perut empuk lagi nyenyak ni. Hanya Alia sorang je dapat merasa tau haha..

Aku kalau malas nak update blog aku mesti online via ipad. So kalau online guna ipad bolehlah baca-baca blog kawan-kawan atau reply komen ke. Tapi hari tu si Alia ni tidur dengan aku kejap sebab mak dia nak memasak lauk tengah hari. Lepas nyenyak tidur dan terjaga dia nampak pulak aku tengah main ipad terus dia menangis nak ipad ni. Adoooiiaaaii.. bukan taknak bagi tapi kang takut dia terhantuk kepala kat ipad tu je.. tapi disebabkan mak dia tak nampak aku pun bagi jugaklah Alia pegang ipad ni.

Korang jangan terkejut, anak buah aku memang pandai guna ipad. Bagi je kat dia terus tau dah nak buka game Angry Birds Rio. Rasanya bila dia dah pandai cakap nanti mesti hari-hari dia akan cakap Pakngah! Alia Nak Main Angry Birds. Haha! budak-budak zaman sekarang ni kecik-kecik lagi dah pandai teknologi. Zaman aku dulu menatang ipad ke ipod ke iphone ke tak pernah nak merasa.

Baguslah kalau anak buah aku ni suka teknologi. At least dari dia kecil lagi nilah nak bentuk yang mana baik dan mana yang buruk. Teknologi semakin hari semakin maju jadi tak salah sekiranya budak-budak kecik ni belajar sesuatu yang baru. Tengoklah nanti kalau dia dah besar sikit aku nak ajar dia buat blog pulak. Boleh jadi blogger termuda di Malaysia satu hari nanti kan..

 

Pakngah! Alia Nak Main Angry Birds

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Pakngah! Alia Nak Main Angry Birds

  1. Mona Taslim says:

    Hi. Nice blog. Sudi x kita btukar2 blog? Kalu sudi bgtau nyer nnt kita add blog awk sama http://monataslim.blogspot.com/

  2. Mohd Zaid says:

    Mona Taslim > Salam Mona.. terima kasih ye sudi masuk blog zaid.. mona boleh share blog mona kat blogroll zaid disini http://www.mohdzaid.com/blogroll

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *