DiGi WWWOW Awards 2012

DiGi WWWOW Awards 2012 kini kembali lagi pada tahun ini dan pastinya kali ini lebih banyak pencalonan baru dan lama akan berentap untuk memenangi pelbagai kategori yang telah disediakan. Seperti yang semua sedia maklum sebelum ini pihak DiGi telah mengadakan DiGi WWWOW Awards buat kali pertama pada tahun lepas di KLPAC dan sambutan amatlah menggalakkan. Harapan pada tahun ini setiap pencalonan dapat bersaing dengan cara yang lebih sihat dan teratur.

Sabtu lepas bertempat di D’House DiGi HQ berlangsungnya satu majlis DiGi WWWOW Awards Reunion & Launching. Aku berpeluang untuk mengikuti majlis ini walaupun jadual aku agak padat pada minggu ni. Memang rugilah kalau tak join DiGi WWWOW Awards pada tahun ni sebab semasa pelancaran tersebut, pihak DiGi memberitahu bahawa hadiah yang ditawarkan sejumlah hampir RM200 ribu ringgit dan bakal meningkat atas sumbangan penaja. Pada tahun ni terdapat penaja baru dan kategori baru yang dipertandingkan. Jadi kepada semua bloggers, photographers dan lain-lain memang rugilah kalau tak join.

 

Best sangat dapat join event launching dan workshop DiGi WWWOW Awards ni sebab dapat jumpa kawan-kawan lama dan kawan baru. Terima kasihlah kepada Nuffnang dan DiGi yang sudi menjemput. Kalau korang nak tahu Nuffnang merupakan penaja untuk kategori Bloggers Of The Year pada kali ini. Pastinya ramai yang tertanya-tanyakan kalau menang kategori ni dapat hadiah apa?.. haha jangan terkejut okey sebab hadiah yang ditawarkan memang lumayan. Untuk kategori Nuffnang Blogger Of The Year, pemenang akan menerima :- Lihat Senarai hadiah DiGi WWWOW Awards 2012

Gambar Ikhsan : https://www.facebook.com/Nuffnang

  • A sponsored getaway for two (2) pax to Krabi Island for 3 Days, 2 Nights (inclusive of flight and accommodation) worth RM5,000
  • One (1) return ticket to Sydney via AirAsia X
  • One (1) Samsung Galaxy W with
    DGSmart Plan™
  • One (1) Simple MasterCard preloaded with RM1,000 prepaid
  • RM1000 Cash Prize courtesy of Chartis Insurance

 

Memang berbaloi kalau join. Aku dah daftar untuk cuba nasib. Manalah tahu kalau-kalau boleh menang kategori ni. Kalau ada rezeki tak kemana kan?..

 

Taklimat dan penerangan DiGi WWWOW Awards dibuat bersama media pada majlis tersebut.

Barisan penaja dan bloggers yang hadir pada majlis tersebut.

Yang bestnya pada majlis ni kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Pada Workshop bersama TwitterJayaTV. Kami diminta untuk merosakkan lagu (parody).

Lagu dari Bruno Mars – Grenade telah di Parodykan sebagai IM Malay.. haha lirik sangat spontan..

Perasaan malu hilang bila tengok orang ramai suka dengan Parody kitaorang. Walaupun tak menang apa-apa hadiah tapi rasa seronok sangat kat event DiGi WWWOW Awards 2012 Workshop ni..

Geng TwitterJaya TV sangat best dan banyak benda yang aku belajar kat Workshop ni. At least lepas ni aku mungkin rasa kurang sikit malu kalau nak buat video blog atau parody sesuatu benda.

Workshop kedua bersama produksi JinnyboyTV. Kat sini kami belajar dan mendengar pengalaman mereka membuat video temuramah dengan artis dan macam-macam lagi.

dan Workshop terakhir bersama Maria Elena. Memang sempoi dia ni kekadang aku kelakar tengok gelagat selamber si Maria Elena ni. Apa-apa pun video Youtube dia memang layan.

Sooooooo…. apa ditunggu lagi.. kalau nak menang hadiah menarik jom calonkan diri dalam pelbagai kategori di DiGi WWWOW Awards 2012 disini : http://www.wwwow.my/ siapa tahu mungkin tahun ni rezeki anda pula kan.?..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com