Terima Kasih Kerajaan Negeri Selangor Di Bawah Pakatan Rakyat

Hari ini dalam sejarah hidup aku dapat duit bantuan banjir dari Kerajaan Negeri Selangor. Kalau sebelum ni aku memang tak layak terima sebab syarat dapat bantuan satu rumah hanya satu orang je (wakil keluarga) yang dapat duit. Tapi Kerajaan Selangor tak tamak sebab diorang bagi setiap orang dalam rumah aku ni duit untuk bantuan banjir. Buat masa susah macam sekarang ni memang kami perlukan banyak duit untuk membina hidup baru. Terima kasih tak terhinggalah kepada semua yang sudi membantu tak kiralah dari wang ringgit atau tenaga yang dicurahkan.

Majlis pemberian bantuan banjir dilakukan di Komplek Penghulu Mukim Cheras jam lebih kurang 8.30 pagi. Ramai juga mangsa banjir datang siang tadi sebab nak dapat duit bantuan. Pada majlis tu ada beberapa orang ketua kampung bahagian Batu 10 dan Batu 9 hadir sama-sama membantu. Yang bestnya YB Cikgu Lee Kim Sin (Adun Kajang) dan  YB Dr. Che Rosli Che Mat Ahli Parlimen Hulu Langat pun ada sama. Terima kasih ye YB sebab sudi bantu kami penduduk kampung Mukim Cheras ni. Sedikit sebanyak ianya membantu penduduk disini untuk membeli barang keperluan yang telah rosak akibat banjir.

 

YB Cikgu Lee Kim Sin memberikan kata-kata semangat kepada mangsa banjir dan berusaha untuk membantu sedaya yang mampu. Apa yang aku dengar Cikgu Lee ni cakap mereka bercadang untuk mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah banjir. Projek membina tebing batu di Saliran Sungai Langat dan Sungai Sering disini pun sedang berjalan. So at least air sungai boleh mengalir dengan tenang dan sampah sarap boleh bergerak supaya tak mengakibatkan banjir. Selain tu cadangan membina takungan air di tempat-tempat strategik akan dilakukan supaya air sungai / banjir dapat dikurangkan. Kalau sebelum ni air naik sampai paras bumbung mungkin dengan adanya takungan air boleh mengelakkan atau memperlahankan air banjir naik secara mendadak.

 

Baguslah setiap orang dapat duit.. semoga Kerajaan Negeri Selangor terus berbakti kepada rakyat dalam segala aspek. Moga-moga pada PRU akan datang mendapat yang terbaik untuk semua. :)

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.