Alahai Comelnya Yuna Zarai

Petang tadi saja membusykan diri pergi event kat Plaza Low Yat.  Sebenarnya nak jumpa Yuna Zarai sebab dah lama tak jumpa dia, last jumpa masa kat 7-Eleven Music Launching @ Berjaya Times Square Hotel dulu. Makin hari makin meletup Yuna ni kan suka sangat lagu-lagu dia yang menusuk kalbu jiwa dan raga. Usha punya usha ternampak juga kelibat Qi (Qushairi Razali). Maklumlah diorangkan tengah hangat bercinta?.. best dapat jumpa diorang ni.. Yuna memang sporting gile dan Qi pun peramah siap jumpa dan salam aku. Mungkin Qi tengok aku yang comel ni keseorangan sebab tu dia datang kat aku dan beramah mesra.

 

Rasa kesal sikit kat diri sendiri sebab aku datang lambat kat event ni. Aku sampai-sampai je Yuna dah selesai buat persembahan lagu Sparkle. Adoiiaaiii nyesal bangun lambat tadi.. tapi takpelah dapat jumpa Yuna pun dah happy sangat. So nak cerita sikit pasal event ni. Sebenarnya Yuna ni dah kira macam duta Samsung Galaxy Note kot. Dia sekarang ada projek yang diberi nama The Sparkle Project dimana Malaysia merupakan yang pertama produce video Yuna dengan menggunakan Samsung GALAXY Note untuk lagu Sparkle tu.

Amboi Yuna bertambah-tambah rezeki dia kan. Alhamdulillah dan tahniah kepada Yuna dalam setiap apa yang dicapai selama ni. Semoga Yuna terus maju jaya dalam industri Muzik dan terus kagumkan nama Malaysia di mata Dunia. Zaid dan seluruh rakyat Malaysia akan sentiasa menyokong kerjaya Yuna sampai bila-bila 🙂

 

Comelkan karikatur Yuna tuh..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *