Pekerja Pakir Motor Plaza Berjaya Penipu

Kalau korang yang bekerja di kawasan Plaza Berjaya mesti korang selalu parking motor kat dalam bangunan ni kan?. Aku dah kerja kat sini hampir 8 tahun. Dulu kalau parking motor free je kat sini. Tapi sejak 3 tahun lepas setiap motor yang masuk kena bayar RM1.00 sekali masuk. Rasanya bayaran RM1.00 tu murah je bagi penunggang motorsikal. Sebab kawasan ni ada CCTV dan kalau apa-apa hal boleh buat laporan.Yang tak bestnya sejak dua menjak ni ada staff mereka yang menipu dan songlap duit kutipan. Rasanya pihak management tak tahu kot aktiviti dia orang ni.

20120321-165318.jpg

Apa yang aku perasan. Setiap hari masa parking motor akan ada seorang staff datang dan minta duit seringgit. Setiap duit yang dikeluarkan akan diberikan satu resit. Selalunya ramai orang yang lepas bayar duit tu pergi tinggalkan resit ni dalam bakul motor. Aku pulak selalu perhatikan staff ni pergi kutip balik resit yang dikeluarkan lepas tu bagi kat orang lain (penunggang lain).

Jadi duit yang orang lain bayar tu akan terus masuk dalam poket staff berkenaan. Cuba kira kalau sehari dalam 200 motorsikal yang parking kat sini. Dan dalam sehari staff tu mungkin boleh kumpul duit poket dalam RM50-80 sehari. Tu belum masuk lagi gaji halal dia.

Aku bukan tak puas hati tapi rasa terkilan juga tengok ada orang sikap pentingkan diri sendiri ni. Aku nasihatkan kepada semua penunggang motorsikal yang parking kat kawasan Plaza Berjaya Kuala Lumpur dapat simpan resit yang korang dapat tu. Tolong jangan tinggalkan dalam bakul motor.

Sama-sama kita tangani gejala buruk staff ni. Hari ni dia boleh lepas la esok kalau boss diorang nampak kena buang kerja jangan salahkan aku pulak.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *