Apabila Tayar Motor Pancit

20120320-194852.jpg

Lepas satu masalah selesai macam-macam masalah lain pulak timbul. Sabar ye Zaid, Allah sedang menguji kesabaranmu. Ya ya sekarang ni musim serba tak kena dengan hidup aku. Dari masalah banjir ke masalah peribadi dan kini masalah gelombang kedua melanda hidup ini.

Malas nak cerita masalah-masalah lain biarlah aku settelkan sendiri. Cuma hari ni aku nak cerita pasal moto aku. Baru kejap ni semasa aku balik dari tempat kerja aku rasa lain macam je dengan motor ni. Selalu bawak rasa ok je tapi hari ni dia nak buat hal pulak.

Minggu lepas cover lampu motor aku kena curi kat office. Sekarang ni letak motor kat mana-mana pun dah tak selamat. Kat office ada je pasang CCTV tapi ada je kes kecurian. Side mirror moto jangan cakap lah dah beratus kali kot aku ganti yang baru akibat dicuri.

Ok sambung balik pasal tak sedap hati dengan motor ni. Masa balik kerja tadi dalam perjalanan ada penunggang motor lain hon aku. Aku ingat beg laptop aku terbuka ke apa. So aku pun susur ke tepi jalan untuk cek. Takut juga kalau beg terbuka takut melayang laptop MACbook Pro aku tu haha. Lepas berhenti aku cek tengok tak ada apa-apa masalah. So bila teruskan perjalanan terus tayar pancit kawkaw. Maybe penunggang moto tadi tu nak bagi tahu aku kot yang tayar motor tu dah pancit cuma aku je yang tak perasan.

Betul cakap adik aku. Kalau tayar motor pancit jangan berhenti dulu sebaliknya teruskan perjalanan perlahan-lahan sampai kedai motor. Sebab kalau dah berhenti angin dalam tayar tu akan segera cepat keluar. Jadi nak buat macam mana sebab aku dah teberhenti moto tadi. Alamatnya aku kena menolak moto ni hampir 2km ke kedai motor berhampiran.

Dah la n time orang ramai balik kerja. Semua orang pandang aku menolak motor tadi haha. Rasa glamor pun ada gak. Mungkin diorang jeles tengok mamat hensem tolak motor kot haha. Apa yang tak bestnya sikap masyarakat Malaysia tak ada seorang pun nak berhenti tanya or tolong aku.

Tak boleh juga cakap sikap Malaysian macam tu. Sebab aku sendiri pun kalau tengok orang menolak motor belum tentu aku akan pergi tolong dia. So lepas dari hari ni, Insyaallah kalau ada aku nampak orang dalam kesusahan dan menolak motor aku akan cuba bantu yang terdaya.

Ok chow dulu.. Ni pun live update dari kedai mamak sementara motor diperbaiki 🙂

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

8 Responses to Apabila Tayar Motor Pancit

  1. lAl says:

    Pakai TUBELESS la bro..huhuhu… kesian plak…huhu

  2. fazrol says:

    pakai tubeless laa..
    Aku pun pernah jadi camni.. tapi tak tolak.. aku naik gak..

  3. Mohd Zaid says:

    Lal > Dalam cadangan nak pakai tubeless.. tapi nanti dulu.. nak simpan duit nak urukan rumah dulu 🙂

  4. Mohd Zaid says:

    Fazrol > insyaallah bro.. dalam cadangan nak tukar tubeless 🙂 huhu takut nak tolak takut rim rosak 🙁

  5. lAl says:

    Huhuhu.. sorry zaid… lupa plak kes umah hg tu..huhuhuhuh….

  6. Mohd Zaid says:

    Lal > tahniah ye sebab terpilih onair astro. Akhirnya cita2 kau jadi kenyataan. Ingat lagi cerita kau masa interview af dulu 🙂

  7. Mohd Zaid says:

    testing comment via twitter jap..

  8. Way cool! Some extremely valid points! I appreciate you writing this article and
    also the rest of the website is also very good.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *