Nak Bagi Cuti Pun Susah

Minggu ni agak lega sikit sebab baru habis selesai kemas rumah akibat banjir lumpur hari tu.. Sebenarnya waktu banjir tu aku kerja malam so terpaksa la balik kerja awal untuk kemas rumah. Disebabkan kali ni adalah banjir kilat yang paling teruk jadi proses membersih rumah jadi agak lambat. Selalu kalau banjir kita orang kemas rumah sehari je tapi kali ni makan masa hampir seminggu untuk selesai semuanya. Ini pun ada lagi barang-barang dalam stor yang masih kena lumpur banjir. Nanti-nantilah kemas sekarang ni masih penat dan malas tengok barang-barang rosak tu.. biar nanti dah reda-reda sikit baru tengok.

Waktu banjir tu aku ambik cuti 3 hari walaupun aku tahu pejabat aku kerja ni kasi cuti sehari je cuti peristiwa. So disebabkan dah cuti lebih dari sehari terpaksa la buat laporan Polis, at least boleh kuatkan lagi sebab mengapa aku ambil cuti. Minggu lepas aku dah submit semua borang cuti aku termasuk gambar banjir rumah aku. Tu pun macam diorang tak percaya je rumah aku banjir siap nak gambar aku posing kat banjir lagi. Semalam lain pulak ceritanya, diorang nak document tambahan dengan mendapatkan surat pengesahan kat balai polis lain pulak.

Adoiiaaii nak bagi cuti sehari pun banyak songeh lah diorang ni.. tapi apa boleh buat dah diorang nak juga terpaksa lah ikutkan juga. Nasib baiklah Polis kat Bt 14 Hulu Langat ni baik-baik sanggup layan aku datang balai polis kul 1 pagi haha..

 

Ini laporan polis awal yang aku buat sempena banjir ari tu.. rasanya kat laporan polis ni dah lengkap mengatakan rumah aku banjir.. tapi kenapa diorang nak surat lain pulak?

Ini contoh laporan polis yang ofis aku nak.. rasanya tak ada beza sangat pun kan.. so len kali kalau rumah aku banjir aku terus je lah ambil surat ni kat Balai Polis Bt 14 yang lebih kurang 10km dari rumah aku..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , . Bookmark the permalink.