SMASH Hangatkan Peminat Malaysia

Akhirnya saat penantian peminat-peminat SMASH di Malaysia tercapai jua dengan menyaksikan persembahan live yang bertenaga dari anak-anak SMASH di pentas Ruang Legar Plaza Sungei Wang. Rata-rata semua peminat SMASH berpuas hati dengan persembahan yang disajikan dan mereka menantikan persembahan penuh (konsert) SMASH pada masa akan datang. Satu peluang yang tak dapat lupakan apabila diberi kesempatan dan peluang keemasan oleh Nuffnang selaku Social Media Rasmi dan Warner Music Malaysia menjemput beberapa orang blogger (MEDIA) untuk makan malam bersama SMASH tempoh hari dan berhibur di Live Showcase.

SMASH singkatan dari nama asalnya (Seven Man As Seven Heroes) dianggotai oleh Morgan Oey, Rangga Dewamoela S, Rafael Tan, Dicky M Prasetya, Reza Anugrah, Muhammad Ilham Fauzi dan Bisma Karisma merupakan 7 orang anak muda dari Indonesia yang memperjuangkan lagu bercorak pop dance. Kalau di Malaysia ianya lebih dikenali dengan ala K-POP tapi menurut Rangga (SMASH) jika di Indonesia mereka lebih senang dengan panggilan Boyband.

Album terbaru SMASH kini telah terjual hampir 1 juta unit dalam tempoh 6 bulan dan telah memenangi anugerah “1 Million Award” bersempena dengan pencapaian itu. SMASH begitu popular di Indonesia dan kini menempah nama di Malaysia dalam siri jelajah bertemu media dan Showcase di Sg. Wang. Tidak usah ditanya siapa SMASH kerana mereka sudah mempunyai peminatnya tersendiri disini. Mereka bukan saja mempunyai rupa paras yang “Jambu” bahkan pandai menari dan mempunyai aura nyanyian yang mempersonakan.

Melalui penglibatan SMASH dalam industri muzik mereka telah memenangi beberapa anugerah di Inbox Awards 2011 iaitu Pendatang Baru Paling Inbox, Boyband Paling Inbox, Penampilan Paling Inbox dan Lagu Paling Inbox (I Heart You). Mereka juga turut memenangi nominasi Duo/Group/Band Terfavorit pada Indonesia Kids’ Choice Awards 2011 dan juga 2 anugerah lagi pada Indigo Digital Music Awards 2011 sebagai artis Baru Terbaik dan Duo/Group Terbaik.

Apa-apa pun SMASH sememangnya berbakat besar dan bakal mewarnai lagi industri muzik serumpun. Semoga dengan penampilan SMASH di Malaysia akan lebih mengakrabkan lagi sahabat-sahabat di Indonesia dan Malaysia hendaknya.. Okey jom kita tengok gambar-gambar semasa Showcase SMASH di Sg. Wang. Ada video juga tapi tunggu pada post yang akan datang ya..

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Konsert and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to SMASH Hangatkan Peminat Malaysia

  1. SB says:

    OMG SMASH!!
    WE are SMASHBLAST MALAYSIA HEART YOU <3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *