Orang Kajang Memang Terbaik!

SM*SH Makan Malam Bersama Blogger Malaysia

dalam Macam-Macam oleh

dåliga dejtingsajter

dejting på nätet flashback Sebenarnya tajuk nak buat Blogger Malaysia makan malam bersama SM*SH. Tapi tak salah juga kalau letak SM*SH makan malam bersama Blogger Malaysia. Ehh! bukan senang tau sesebuah kumpulan (Boyband) berpeluang makan malam bersama blogger. Haha.. saja je bergurau.. apa yang penting dapat makan malam dengan kenyang semalam. Peluang bertemu dengan boy band SM*SH ni datangnya dari peraduan yang aku masuk dari laman web Nuffnang dengan kerjasama Warner Music Malaysia. Terima kasih kepada mereka kerana sudi menjemput aku untuk memeriahkan majlis.

incontri per adulti puglia  

success online dating

donna cerca uomo ad arezzo 5 orang blogger Nuffnang yang bertuah Aku, Ciklily, Nisa Kay, Nurul dan Pen Merah… aku sorang je kumbang kat sini hehe.. Sesi bertemu peminat ni dibuat semalam di Restoran Dareen (Sajian Timur Tengah) yang terletak di Solaris Mont Kiara. Memang sedap-sedap makanan kat sini dan dapatlah merasa nasi kambing sekali. Tapi aku tak makan sangat Nasi Kambing takut darah tinggi aku naik kang tak pasal-pasal aku merosakkan majlis.

 

Rasa terharu pulak bila dapat bertemu dengan lebih dekat kumpulan ala K-POP SM*SH ni. Nak kata aku kenal dan big fan kumpulan ni tak la sangat. Minat gitu-gitu je.. tu pun aku kenal melalui Youtube dengan lagu-lagu popular diorang. Sekarang ni selalu gak denganr kat radio EraFM yang suka putar lagu SM*SH. Di Indonesia boyband SM*SH tak asing lagi dikalangan peminat-peminatnya. Tapi di Malaysia mereka masih baru dan mencari peluang untuk menapak disini. Baguslah mereka datang ke Malaysia untuk berjumpa dengan peminat-peminat disini pulak at least diorang pun akan dapat hebahan melalui media dan juga blogger macam aku ni.

 

Mesti ada peminat SM*SH yang cemburu bila lihat gambar ni kan.. kan betul aku cakap SM*SH beria-ia nak jumpa kami.. haha sebenarnya bila SM*SH masuk je dalam dewan makan ni kita orang agak excited gile tengok mamat baju putih ni.. Orang perempuan sukalah bila tengok mamat hensem macam ni kan kan hehe.. Ok aku kenalkan nama dia Morgan Oey. Muka ala-ala model gitu.. ada yang cakap muka dia ni ada iras-iras Shahz Jaszle. Ada kot sikit.. tapi Morgan lagi hensem aku rasa dari Shahz Jaszle hihi.. kang marah pulak peminat Shahz Jaszle kat aku kang..

 

Perkenalkan ahli terbaru SM*SH – dari kiri Muhammad Ilham Fauzi, SEMaK (aku) dan Rafael hehe.. berangan jap nak jadi ahli kumpulan SM*SH. Diorang cakap kalau nak join diorang aku kena kuruskan badan dulu haha.. ok semangat aku nak kuruskan badan semakin berkobar-kobar.. lepas ni kalau aku dah kurus diorang tak panggil aku siaplah diorang haha..

 

Aku dan Reza SM*SH. Diorang ni memang pandai menari dan menyanyi.. jadi kalau ada yang cakap diorang ni tiru K-POP tu agak tak betul juga sebab diorang ni pun sebenarnya ada identiti sendiri. Kalau korang peminat SM*SH pasti korang tahu dimana kelebihan yang ada pada kumpulan ni betul tak?

 

Ini dia Rangga. Aku duduk semeja makan dengan dia. Memang peramah orangnya dan seronok berbual-bual dengan dia. Tak sangka dari perasaan aku yang suram-suram boleh terhibur dengan keletah diorang ni. Rangga ni lahir kat Belanda dan bila umur 6 tahun dia tinggal dan menetap kat Indonesia sampailah sekarang. Kepada Rangga semoga terus success ya.. Aku suka bangat rambut kamu.. Rangga ni cerita kat kami yang diorang ni sebenarnya tak berapa sihat. Maklumlah sekarang ni musim hujan, panas tak menentu jadi memang senanglah kena penyakit. Rangga cakap gak jadual diorang kat Malaysia agak bz so masa rehat pun agak terhad. Walaupun diorang ni agak capek tapi tetap melayan kami (blogger) dengan senyuman. Terima kasih SM*SH.

 

Kita orang sebenarnya tak sangka yang kumpulan SM*SH ni bawa 2 orang wartawan dari Indonesia untuk rancangan TV disana. Jadi kesempatan tu diorang temuramah semua blogger yang datang termasuk aku. Aduiiaaii jangan lah diorang tanya pasal SM*SH mau terbantut aku dibuatnya. Sampai giliran aku nasib baik soalan senang-senang je haha.. aku ni dah lah pemalu depan camera. So kawan-kawan aku yang berada di Indonesia kalau menonton siaran ni bagi tahu ye..

 

SO.. SWEEETTTT… thankslah kepada semua yang sudi invite sesi bertemu SM*SH ni.. sangat best dengar cerita diorang.. so kepada semua pembaca blog Mohdzaid.com ini ada suatu yang istimewa untuk anda dari SMASH! jom tengok video yang aku rakan ni..

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com

7 Comments

  1. Tahniah bro, hari ini kami tengok SM*SH ada kat tv indon liputan semasa kat Malaysia, tapi alahai kami tak jumpa korang kat tv bro hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*

Terbaru dari

Placeholder

Rejab dan Salah Faham.

Sebenarnya tidak terdapat dalil-dalil yang menentukan kelebihan bulan ini. Justeru, dapatlah diringkaskan
Kembali Ke Atas