Sakitnya Ulser Mulut

 

Rasanya dah dekat seminggu sakit lidah dan lelangit bengkak. Nak kata sakit akibat terminum air banjir tak juga. Sebab aku kena sakit ni dah dekat 2 minggu. Sampai hari ni aku rasa sakit aku ni menjadi-jadi la pulak. Tak boleh tahan punya pasal terus aku pergi klinik panel office aku untuk buat rawatan. Bila doktor check aku mengidap Ulser mulut sebab tu lidah dan lelangit bengkak. Rasa seksa gak sakit ulser ni boleh buat tak selera makan dan minum. Kadang-kadang nak cakap pun jadi malas sebab nak menahan sakit.

Rasanya ini kali pertama aku kena penyakit Ulser mulut ni. Ada pendapat yang cakap Ulser Mulut ni terjadi disebabkan adanya bakteria dan ada jangkitan virus dalam mulut. Ada pulak mengatakan kurangnya pengambilan zat besi, asid folik dan vitamin B 12.  Sebenarnya ada banyak faktor yang boleh terjadinya Ulser mulut ni tapi kena tanya doktorlah..

 

Simptom-simptom ulser mulut

Tompokan warna putih dan terasa sakit apabila bersentuhan dengan makanan. Tompokan ini boleh berlarutan 7 hingga 14 hari. Ulser mulut menyebabkan anda hilang selera untuk makan dan minum kerana sakit mulut. Kadangkala anda berasa malas untuk bertutur. – Sumber Google.

 

Petang tadi pergi klinik, doktor bagi ubat kumuh (Thymol Mouthwash), ubat Ulser (KENO Oral Paste) dan vaseline untuk elak bibir kering. Tengoklah 3-4 hari lagi macam mana Ulser aku ni bertambah baik atau buruk.. kalau tak ok lepas ni kena pergi hospital la kot sebab makin hari rasa makin sakit.

Korang pernah tak kena ulser mulut?.. aku ni kena agak pelik sikit sebab kena kat lidah dan lelangit.. kalau korang ada petua atau cara untuk menyembuhkan ulser boleh share tak kat aku? terima kasih 🙂

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

26 Responses to Sakitnya Ulser Mulut

  1. Alice says:

    Zaid ko letak garam.. Mmg sakit tp cepat sembuh.. Betul ni .. X tipu..

  2. myvitrd says:

    ulser ni memang sakit bro.. aku kalau kena ulser aku cuma amalkan kerap mandi dalam sehari sebab punca ulser adalah panas dalam badan.. cubalah amalkan ye.. banyakkan basahkan kepala..

    Time2 kena ulser ni lah orang buat sambal sedap2kan.. hehehe

  3. budakserius says:

    Urgh.Sakit tu.Mmg payah nk mkn la ni.Sabar2 ye bro.

  4. cik wani says:

    wani pun ada ulser kat lidah sekarang. seksa sungguh nak makan. wani bubuh bonjela dekat ulser tu. cepat la juga hilang 🙂

    ubat gigi safi kayu sugi tu pun berkesan nak mencegah ulser.

  5. Mohd Zaid says:

    Alice > Terima kasih atas tips tu.. insyaallah aku akan mencubanya..

  6. Mohd Zaid says:

    cik wani > hari tu zaid pi klinik ingat doktor nak bagi bonjela tapi dia bagi ubat lain pulak.. tapi alhamdulillah sekarang dah ok sikit.. dari hari tu nak makan pun susah..

  7. Mohd Zaid says:

    myvitrd > betul tu bro.. time ni la ada orang nak masak sedap2.. ada tu siap nak belanja lagi haha..

  8. Mohd Zaid says:

    budakserius > bro pernah kena ulser mulut?

  9. kroll says:

    Bro…ko dah ok ke? wife aku bengkak kat lelangit..ada nanah ckit..tadi dah sedut kat klinik tapi malam ni naik lagi..itu ulser jugak ke bro??? klu ada petua tlg share bro..ksian aku engok dah 5 ari x mkn…doc bg ubat pn x jln gak..

  10. Mohd Zaid says:

    kroll > kalau bengkak dan ada nanah tu takut ada jankitan kuman lain bro.. dah try pergi klinik ke?

  11. syila says:

    saye da nk 4hari x baek2..starting mase mkn coklet..coklet m&m yg mcm2 kaler tuew..ha lidah menari2 lgik kn kt lelangit niew..gyle tamak mkn smpai 3bungkos..smpai laaar niew x baek2..mkn pown x nikmat..nk tanak esk nk kene g klinik niew..hurm

  12. Mohd Zaid says:

    syila > baik awak pergi klinik dan dapatkan rawatan. takut nanti lain pula kuman yang berjangkit nanti jadi lagi terus.. so awak dah pergi ke klinik? apa saranan doktor?

  13. karipapsayur says:

    Ye sama. Ini hari ke5 menanggung derita ulser kat lidah. Lidah ni degil paling degil. Cucuh garam x jalan. Asam keping tak jalan. Muco-aid lagi la x jalan. Smlm baru amik homeopati utk ulser.

    Kdg2 terdetik dalam hati; Ya Allah dosa kecik aku yg mana satu ni Kau cuba hapuskan? 5 hari Kau duga aku. Semoga 5 hari ni btol2 terhapus dosa kecil dan x bertambah pulak dosa kecil yang lain (tengah ulser ni kan asik nak badmood aje!) hahaha

  14. Mohd Zaid says:

    karipapsayur > memang pun kalau tengah ulser ni mood pun jadi kureng.. so cam ne ambil homeopati? cer share sikit..

  15. karipapsayur says:

    Doc bagi Arnica 6 (ya ampun sedap manisnya kemam!) dan Cale Flour 6x. Mungkin sebab dah 5 hari sakit, makan homeopati ni x sakit dah esoknya (mungkin dh time utk surut). So hari ke 9 saya stop makan.

    Tapi ni semalam naik pulak 2 biji ulser pd lidah! Ya ampunn.. Stress sgt kot nih!! Sambung blk mkn balance ubat =)

  16. Mohd Zaid says:

    Karipapsarur > ohh mesti sakitkan. Harap awak bersabarlah dengan ujian Allah. Banyakkan minum air suam ye. Semoga cepat sembuh 🙂

  17. emylia says:

    mmg sakit. now kene 2 ulser. satu kat ats bbir lagi satu kat bawah bbir.

  18. Mohd Zaid says:

    emylia > ada try makan ubat klinik tak? baik makan ubat sebelum melarat kat tempat lain

  19. rusilawati says:

    salam…dok lama mencari bab bab ulcer ni br jumpa kwn2 yg sama sakit..sy dh skt ni 16 thn. kdg2 lawak pn, bla jumpa dr, diaorg asik nk bik gambr jer..apataknyer ulcer ku pumya sgt bsr!! duit 20 sen, jd tepi lidah, ada 5 6 bj plak
    tu,mcm2 saiz,,
    dh on streoid dkt 15 thn dh..prednisolone dh penah mkn 15 bj max!! nk bg krg sskit guna
    xylocaine gel, kebaslh skit, bleh la mkn..kluar msk hosp prtksra biasa.. dr2 pkr pn
    dh kenal..lbh lanjut cuba cr”” apthous ulcer n behcets deseas””…

  20. Mohd Zaid says:

    rusilawati > semoga awak cepat sembuh.

  21. mai says:

    sori menyampuk…tp mmg btl kata smue sakit btl kene ulser…first time kene tuh,kat gusi first time,slme nie kat bibir aje..tsgtla skit…dh boh bonjela,ubat gigi,kumur air garam…xjalan gakk…tp ltak garam kat ulser tu bt mulut jd kebas! HUMM

  22. Mohd Zaid says:

    mai > memang susah nak baik kalau kena ulser ni.. berdoa je lah

  23. mahsuri82 says:

    saya pun dh 4 hari,tp mkin hari mkin sakit,kena kat gusi pulak tu,sampai muka dah bengkak sebelah.nak minta petua nak kurangkan bengkak kat muka,nak kuar rumah pn segan.

  24. syerry says:

    saya x tau lha yg sya kena ni ulser mulut ke x? skt kt lidah blh kiri-ada biji2 putih. skt kt lelangit lak. luka ke apa sya pon x tawu. rse mcm ary2 nk mkn bubur je, x adalah skt nk mengunyah.

  25. mas says:

    anak sy umur 2 thn pn kena ulser lidah..ada apa2 cdgn ubat atau cara x..ksian tgk die,dok mgadu sakit je.mkn pn xde slera.susu pn kdg2 je blh abis kan..tlglah sesiapa ada apa2 cdgnn

  26. pearl says:

    Hi, so ubat apa u dapat share2 la 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *