Banjir Oh Banjir Rumah Aku Masuk Air Oh..

Senyum tak perlu kata apa-apa.. tapi.. dalam hati siapa tahu?..

Huh! baru hari ni aku dapat update blog. Maaflah kepada semua pembaca blog Mohdzaid.com sebab tak dapat info terkini tentang diri aku ni.. haha ada ke orang yang ternanti-nanti update dari blog aku ni ye?.. kalau ada Alhamdulillah kalau tak ada pun aku tetap bersyukur sebab Allah beri aku peluang untuk kemaskini blog ini walaupun dah agak bersawang. Sebenarnya bukan tak nak update blog tapi seperti yang kawan-kawan semua maklum, minggu lepas rumah aku banjir teruk. Boleh dikatakan sejak aku tinggal di Batu 10 Cheras ni, inilah yang paling teruk sekali. Dah 9 tahun aku tinggal kat sini memang kawasan rumah aku ni kawasan banjir tapi selama ni banjir biasa je paras betis. Tapi pada 8 Mac 2012 hari tu rumah aku dan sekitar Hulu Langat banjir teruk ada rumah sampai tinggi bumbung air melimpah. Ada orang-orang tua kat sini cakap, banjir kali ni sama macam banjir 41 tahun yang lepas dimana seluruh kawasan Hulu Langat dan Cheras banjir teruk dan mengakibatkan banyak kematian.

Nak buat macam mana dah rezeki kami tinggal ditepi sungai dan rumah pun rumah kampung bukan rumah teres atau condo. Aku percaya tuhan lakukan semua ini ada hikmah disebaliknya. Rezeki, ajal maut semuanya kerja tuhan kita sebagai hambanya hanya mampu merancang dan buat yang terbaik selebihnya berserah kepadaNya untuk menentukan yang mana baik dan buruk. Kenapa tinggal rumah tepi sungai?.. Arrhhh jangan la ada yang tanya soalan ni.. tapi kalau ada yang nak tahu pun tak apa.. sebenarnya di Jalan Balam, Batu 10 Cheras ni kebanyakkannya sedara mara aku juga yang menetap kat sini. Nenek moyang kami punyai tanah kat sini jadi bila diorang semua dah tak ada diorang bagi kat anak-anak mereka. Kes aku pulak, rumah yang aku tinggal ni adalah tanah yang Arwah abah aku beli dari sedara mara. Jadi lepas abah aku meninggal kami sekeluarga berpindah disini (kampung) dengan tujuan lebih dekat dengan nenek dan sanak saudara yang lain. Masa tu mak aku nak beli rumah condo ke rumah flat ke tapi kami tak mampu masa tu. Nasib baiklah abah aku ada tinggalkan harta.. jadi dari duduk merempat lebih baiklah buat rumah kat kampung. Nama je kampung tapi dekat je dengan kota metropolitan Kuala Lumpur hehe..

 

Gambar kat atas tu rumah jiran-jiran aku.. bayangkan kalau air sungai dah naik sampai nak tenggamkan bumbung apalah nasib isi dalam rumah itu pulakan?.. sah-sah semua perkakasan dan barang keperluan dalam rumah tu ranap dan rosak dek air banjir. Mak aku cakap air banjir ni jangan dicabar.. buatlah apa sekali pun air tetap akan masuk dalam rumah. Memang sedih bila mengenangkan nasib semua orang kat kawasan perumahan aku ni. Tak boleh nak cakap apa dah.. hati semua dah pudar dan punah bila tengok rumah macam ni. Tapi apa boleh buat dah ini nasib kami disini. Orang cakap kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai.. tapi kalau rumah ditepi sungai, banjirlah habuannya..

Gambar kat atas ni pulak masa air sungai baru nak naik dan baru masuk dalam rumah aku.. kalau sebelum ni banjir hanya paras macam dalam gambar ni.. tapi kali ni air banjir yang masuk hampir paras dada.. nampak tak microwave atas meja tu?.. itulah microwave yang aku menang masa Blogger Masterchef Buzz dulu.. masih belum buka dari kotak lagi.. belum pakai lagi.. tapi.. hehe nanti korang tengok apa yang terjadi pada microwave tu.. teruskan membaca..

Kesian kat kucing-kucing peliharaan aku.. aku tak sempat nak selamatkan diorang.. pandai-pandailah selamatkan diri.. nasib baik kucing-kucing aku ni pandai dan sempat selamatkan diri dengan panjat atap rumah aku.. kalau tak dah selamat dihanyutkan banjir..

Dah tak boleh buat apa.. hanya merenung dan menanti saat disuruh berpindah keluar. Masa ni air tak naik mendadak lagi.. tepat jam 3 pagi kami semua diarah berpindah keluar dari rumah sebab air sungai mertambah meningkat. Bimbang akan keselamatan kami akur dan terus pergi kat kawasan tinggi untuk selamatkan diri. Kesian kat Alia (anak buah) aku kat dalam buaian tu terpaksa tidur atas banjir lumpur.

Jam 3.30 pagi.. kami keluar dari rumah.. bawa apa yang patut.. tapi apa benda yang kami boleh bawa dengan tangan.. cuma dokumen penting (sijil) dan laptop tu je yang mamu aku bawa lari.. baju seluar semua dah basah dan hanyut dek banjir.. Dah lah masa ni hujan dan kawasan rumah gelap gelita. Nak tak nak terpaksa jugalah harungi banjir untuk selamatkan diri.

Ini jambatan yang menuju ke rumah aku.. lihat gambar tu sungai dan jambatan dah sama paras.. Motor aku, Motor adik dan motor sedara mara terpaksa letak atas jambatan.. nasib baiklah adik aku sempat alihkan motor aku .. kalau tak jahanam terus.. nak claim insuran pun tak dilayan..

Kereta pakcik dan sepupu aku habis rosak.. nak buat macam mana.. diorang tak sempat nak alihkan kenderaan air sungai dah naik mendadak.. tak ada rezekilah.. nak buat macam mana lagi kan.. terpaksa redha je lah..

Polis, Bomba dan penyelamat turut datang kat sini.. terima kasihlah kepada semua yang terlibat atas bantuan kemanusiaan yang diberikan.. kalau tak ada mereka ni tak tahulah apa nak jadi.. pihak polis terpaksa menggunakan bot untuk membantu mangsa banjir menyelamatkan diri.. terima kasih ye abang polis

Ingat tak gambar Microwave tadi?… inilah hasilnya bila dah terendam air banjir selama 10 jam. Memang sedih gile tengok ye lah aku penat-penat usaha dalam peraduan Blogger Masterchef dulu sampai tak nak guna.. ingat nak gunalah microwave ni bila kawin nanti tapi ajal dia tak kesampaian.. mungkin tak ada rezekilah .. tak pe lah.. redha.. mungkin lain kali boleh menang lagi kan..

Inilah ruang tamu rumah aku. Dah macam kapal karam. Semua sofa habis jahanam. Semua dah kembang.. terpaksa buang sudah.. lihat dinding rumah aku tu nampak tak line air lumpur.. hampir paras pinggang.

Ni pulak bilik adik aku (Uzairothman.com) aku kesian kat adik aku habis semua buku-buku pelajaran dia rosak.. dah la buku-buku belajar kat Universiti ni mahal-mahal.. tak apa la adik.. nanti kalau aku ada duit lebih aku tolong mana yang patut.. tilam semua bilik masuk air dan terpaksa buang semua tilam.. sekarang ni kami sekeluarga tidur atas tikar je.. tak selera dah nak tidur kat tilam yang kena banjir lumpur ni.. tak larat nak bau ..

Mesin basuh musnah sudah.. tunggang terbaik… dapur pun habis ranap.. lepas ni basuh baju pakai tangan je lah.. aku bukan apa kesian kat mak aku.. sebab dia yang basuh baju aku tiap-tiap hari..

Peti sejuk pun nak rosak.. hutang pun belum abis bayar lagi.. errmmmm sedihnya.. lepas ni makan kat luar jelah jawabnya.. tapi kena jimat-jimat.

Ni pulak kat bilik aku.. katil, baju, sejadah, seluar semua dah kena banjir lumpur.. huhu tilam tu dah selamat aku buang.. tak rela nak pakai lagi..

Nasib baik ada bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.. diorang bagi tikar, toto, sejadah dan sehelai baju.. tapi satu keluarga dapat satu je.. jadi keluarga aku ada 5 orang so tidurlah impit-impit kat toto dan tikar kecik tu.. apa-apa pun terima kasih la kepada yang sudi beri bantuan..

Kami juga dapat bantuan alatan pembersihan dari Ahli Parlimen Hulu Langat.. Terima kasih ye YB.. walaupun agak sedikit lambat dapat tapi sekurang-kurangnya YB prihatin kepada masyarakat setempat.

 

Itu jelah yang mampu aku tulis pasal banjir kali ni.. sebenarnya banyak lagi nak tulis tapi sampai part ni aku rasa pilu sangat sebab rumah aku sekarang dah musnah. Sabar… dan sabar.. mungkin ada hikmahnya.. itulah yang aku pegang sekarang.. aku percaya rezeki tu ada dimana-mana.. mungkin tuhan nak bagi aku susah sekarang.. mana tahu Insyaallah satu hari nanti aku mampu beli condo dan tinggal tempat yang tinggi dari kena banjir.. Insyaallah..

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

43 Responses to Banjir Oh Banjir Rumah Aku Masuk Air Oh..

  1. harap2 family kau semua ok bro. biarla barang rosak, asalkan semua org ok.

    banyak bersabar ngan situation ni bro.

  2. Mohd Zaid says:

    Teh Tarik Drinker > thanks Mr.P πŸ™‚

  3. JMR says:

    teruk banjir kali ni ek bro..dugaan sumer ni. pasti ada hikmah di sebalik banjir ni kan:-)

  4. DJP says:

    byk bersabar bro.

  5. daydeck86 says:

    sabar jer lah bro dengan ketentuan ilahi
    anyway mak cik aku dapat 2 tong gas memasak yang masih berisi singgah kat rumah dia hanyut dek banjir aritu

  6. budakserius says:

    Huhu.teruk jugak banjir .sabar k bro.

  7. lAl says:

    Subahanallah.. truknya…. ni mesti xabes ngemas umah lgi…huhuhuhuuh

  8. nik says:

    sabar ye zaid dengan dugaan ni.insyaallah ade hikmah disebalik semua ni:)

  9. Mohd Zaid says:

    JMR > thanks ye bro coz ambil berat πŸ™‚

  10. Mohd Zaid says:

    DJP > terima kasih DJP ..

  11. Mohd Zaid says:

    daydeck86 > thanks bro daydeck86.. untung makcik bro tu dapat tong gas free hehe.. nak beli pun mahal gak tuh..

  12. Mohd Zaid says:

    budakserius > bro budakserius kali ni paling teruk dalam sejarah..

  13. Mohd Zaid says:

    Lal > memang teruk kali ni lal.. nanti kalau banjir lagi ko datang tolong kemas ye hehe

  14. Mohd Zaid says:

    nik > salam nik.. terima kasih atas keprihatinan awak.. πŸ™‚

  15. Salam bro Zaid,
    Disebalik senyuman, hati di dalam siapa yg tahu.. Moga bro dan sekeluarga baik2 saja.

  16. MamaYatie says:

    semoga tabah menerima ketentuanNYa..Insyaallah pasti ada hikmah disebalik setiap yg berlaku..

  17. madammondoq says:

    pasti ada hikmahnya di sebalik dugaan yg kita terima.. banyak bersabar ye.. kami akan cuba tolong apa yg termampu.. πŸ˜‰

  18. Isaac Tan says:

    so sorry to hear this about you bro πŸ™ .. need any help bro? probably in terms of $ i can’t help much, but if tenaga don’t hesitate to contact me ok? isaac.tan@gmail.com

  19. rozuan says:

    Ya Allah, sedih. bila baca.tak dapat bayangkan kalau wan sendiri yang alami benda nih.tak sanggup nak harungi =(

  20. Pingback: Kesiannya.. Rakan Blogger Perlukan Bantuan | madammondoq

  21. shilazizi says:

    memang ni banjir paling teruk selepas 17 tahun lalu. rumah saya pun dinaiki air kat taman sri nanding tu. sampai paras peha pulak tu. semua tidur alas tikar n atas lantai je. sejuknya jangan cakap la kan…nasib kita serupa la abg zaid

  22. fasz says:

    moga zaid tabah dgn apa yg terjadi….setiap yg terjadi ada hikmah k…moga Allah permudahkan urusan zaid selepas ni. amin.

  23. Joel Leslie says:

    wahh kuat bro ni. rasanya kalau saya, dah tak rela lagi nak hidup :’) Stay strong ye bro. Saya percaya ada hikmah atas segala perkara yg berlaku. Saya bersyukur sbb tak pernah lgi alami bencana ni. Harap-harap tidak akan le kan? Dekat kampung pernah tapi paras kaki je. Huhuhu. Stay strong! Chaiyokkk! πŸ™‚

  24. Pingback: Terima Kasih Kepada Semua Yang Sudi Membantu « Diriku « Blog « Aku Zaid

  25. Pingback: Jom kita BANTU rakan blogger MOHDZAID.COM |

  26. ainhany says:

    salam ziarah dan takziah en zaid,

    berat memndang..berat lagi apa yg en Zaid dan keluarga alami..InsyaALLAH segalanya kembali pulih dan semuga terus tabah dalm ujian ini…

    InsyaALLAH ujian buat kami yang melihat dan memaksa kami untuk mmbantu seadanya bagi meringankan beban…Terima kasih dan harap sabar…sekurang2nya semuanya selamat. Syukur

  27. Moga tabah ye Zaid.Akak cuma mampu doakan je.

  28. hamzah says:

    harap bro zaid bersabar. berat aku tengok, berat lagi hang pikul..

  29. Cik Norfa says:

    Smoga Allah kurniakan kesabaran yang tinggi buat abg zaid sekeluarga…sedihnya tengok keadaan rumah. Tak dpt nk bygkan kalau jd kat diri sendiri… πŸ™

    Mudah-mudahan Allah murahkan rezeki abg zaid supaya dapat replace blk benda2 yg dah musnah…takziah..

  30. Mohd Zaid says:

    shahroll photo > terima kasih bro..

  31. Mohd Zaid says:

    MamaYatie > terima kasih mamayatie.. pasti ada hikmah disebaliknya kan..

  32. Mohd Zaid says:

    madammondoq > terima kasih banyak-banyak πŸ™‚

  33. Mohd Zaid says:

    Isaac Tan > sudah kemas semua bro.. hehe ok nanti kalau banjir lagi u datang tolong ye.. memang susah tau bro mau kemas air banjir yang ada lumpur

  34. Mohd Zaid says:

    rozuan > terima kasih atas bantuan ye..

  35. Mohd Zaid says:

    Cik Norfa > insyaallah.. mudahan ada rezeki disebalik kejadian banjir ni… terima kasih ye atas bantuan..

  36. Mohd Zaid says:

    hamzah > thanks bro atas bantuan.. nanti kalau banjir lagi ko tolong datang ye kemas hehe.. penat oo banjir lumpur..

  37. Mohd Zaid says:

    Scarlett O’hara > terima kasih kak.. saya sangat menghargainya.

  38. Mohd Zaid says:

    ainhany > terima kasih ainhany

  39. Mohd Zaid says:

    shilazizi > saya pun turut bersimpati kat awak.. rasanya kat sri nanding tu lagi teruk kan?.. bersabarlah… so macam mana. rumah dah abis kemas ke?

  40. Mohd Zaid says:

    Fasz > terima kasih..

  41. Mohd Zaid says:

    Joel Leslie > thanks Joel

  42. shilazizi says:

    Belum habis kemas lagi. Ada lagi sikit2.penatnya jangan cakap la kan

  43. Mohd Zaid says:

    Banyak tak barang musnah? Kesian juga kat awak.. Sy nak tolong pun tak tau mcm mana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *