SHARE

Berikut adalah laporan terkini yang telah dikeluarkan oleh twittercounter berkenaan pengikut (followers) paling ramai di Twitter. Huhu kajian tu diorang buat untuk 100 akaun twitter tapi kat sini aku letak 10 orang jelah dah cukupkan.. malas aku nak printscreen banyak-banyak nanti lambat pulak server blog ni nak loading hehe.. Mengikut laporan yang dikeluarkan aku tak nampak pun sorang daripada senarai ni datangnya dari orang Malaysia. Yelah apalah sangat dengan followers twitter ni kan.. dah sah-sahlah orang popular dari amerika tu yang mendominasi carta. Carta ni aku ambil pada 6 Mac 2012 jam 00.20 AM. So mungkin sekarang ni pengikut mereka ada yang bertambah dan ada yang kurang.. Saja suka-suka share dengan korang :)

 

Tempat pertama Stefani Joanne Angelina Germanotta (@ladygaga) dengan followernya seramai 20,102,270 juta orang. Perhhh ramai giler pengikut dia diseluruh duniakan?.. dengan follower seramai tu Lady Gaga cuma menulis tweet sebanyak 1,294 kali saja. Itu pun belum tentu dia yang tuliskan yelah orang popular macam dia mana heran nak main tweet ni sebenarnya.

Pemilik tempat kedua pula adalah milik @justinbieber dengan pengikut seramai 18,105,539 juta orang. Justin Bieber yang baru berusia 18 tahun ni merupakan kanak-kanak remaja paling ramai pengikut diseluruh dunia. Sah-sahlah ramai peminat perempuan yang follow dia kan? peliklah apa hebat sangatlah si Justin Bieber ni sampai berjuta orang follow dia?..

Katy Perry (@katyperry) popular dengan lagu Hot N Cold dan terbaru Last Friday Night menduduki carta ketiga. Seramai 15,743,407 juta peminat yang mengikuti perkembangannya di Twitter. Katy Perry pernah membuat persembahan di Malaysia dalam konsert MTV World Stage Live In Malaysia pada tahun 2010. Melalui pergolakan rumah tangganya Katy Perry tetap terkenal malah melonjakkan lagi pengikutnya di Twitter yang nak mengetahui perkembangan terbaru artis ini.

Shakira Isabel Mebarak Ripoll atau nama pentasnya Shakira (@shakira) lahir pada 2 Febuari 1977 (35 tahun) popular dengan lagu berentak rock and roll, latin dan arabic. Beliau telah lama dalam industri muzik dunia dan kini memiliki seramai 14,549,260 juta pengikut di Twitter. Dalam berjuta-juta followers tu Shakira cuma mengikut 42 orang saja. Siapakah mereka? entahlah mungkin sahabat handai dan ahli keluarga dia kot.

Rihanna (@rihanna) pernah membatalkan konsert jelajahnya ke Malaysia pada tahun 2009 akibat dari insiden Chris Brown membelasah Rihanna suatu masa dulu. Kini Rihanna bangkit dengan album terbarunya Talk That Talk yang dilahirkan pada 21 November 2011. We Found Love merupakan lagu hit Rihanna pada waktu ini di Youtube dengan jumlah 141,876,918 penonton. Rihanna menduduki carta kelima pengikut twitter paling ramai dengan jumlah 14,476,059 juta orang. Wah wah wah.. Makin lama aku tengok Rihanna ni makin meletopz.. hehe aku suka lagu-lagu dia.. ngeeee..

 

Siapa Kim Kardashian (@KimKardashian)? Kimberly Noel atau nama pentasnya Kim Kardashian lahir pada 21 Oktober 1980. Beliau merupakan seorang personaliti televisyen, model, pelakon dan ahli perniagaan. Popular dengan program realiti Keeping Up with the Kardashians menaikkan lagi nama beliau dimata dunia. Kini beliau memiliki seramai 13,627,097 juta orang followers di Twitter. Cukuplah kot info pasal Kim Kardashian ni sebab aku bukan minatnya dia pun.. jangan kata minat kenal pun tak haha..

Siapa tak kenal Britney Spears (@britneyspears) tak tahulah nak cakap apa.. haha aku ingat lagi masa aku sekolah menengah lagu Britney ni mainan mulut aku asik nak nyanyi lagu dia je.. Tapi sekarang ni dia penuh dengan kontroversi dari masalah rumah tangga, keluarga sampai video clip pun jadi isu. Itulah dia Britney Spears kini walaupun namanya suam-suam kuku dan dah jarang nampak dalam siaran tv tapi namanya tetap menjadi ikutan di Twitter. Britney Spears kini memiliki 13,606,327 juta orang peminat yang mengikutinya di Twitter.

Fuhhh penat gak menulis tentang top followers twitter dunia ni kan?.. ahaha bukan apa aku tengah boring sekarang ni tak tahu nak tulis apa tu yang aku sembang-sembang pasal pengikut twitter paling ramai. Ok dalam 7 orang yang aku dah tulis kat atas tu boleh dikatakan kesemuanya artis dan popular dengan lagu-lagunya diserata dunia. Kini tibalah giliran Barack Obama (@BarackObama) yang bukan seorang penyanyi tetapi siapakah beliau? Barack Obama atau nama sebenarnya Barack Hussein Obama II dilahirkan pada 4 Ogos 1961 dan merupakan Presiden Amerika Syarikat yang ke-44 dan terkini. Beliau merupakan orang Amerika Afrika pertama dipilih menjadi Presiden Amerika Syarikat. Tapi pelikkan dengan populasi US seramai 313 million orang, Barack Obama cuma ada 12,836,211 pengikut di Twitter. Ala apa kesah sangatlah dengan follower twitter ni kan?..

Tempat ke sembilan dimiliki oleh seorang gadis cantik bernama Taylor Alison Swift (@taylorswift13). Beliau merupakan seorang Penyanyi-penulis lagu, pemuzik, penerbit rakaman dan seorang pelakon. Aku suka sangat dengan lagu Back to December dalam album terbarunya Speak Now. Taylor Swift memang cantik giler pada mata aku, suka sangat suara dia yang merdu tu.. Kalau korang nak tahu beliau mempunyai peminat seramai 11,462,051 juta orang di Twitter. Jadi kalau ada sesiapa yang nak berkenalan dengan girlpreen aku ni sila-silalah follow dia ye.. hehe

 

Kecik-kecik dah buat maksiaaaaaatttt….

 

Selena Gomez (@selenagomez) menduduki carta terakhir iaitu ditempat ke sepuluh. Beliau kini popular dengan lagu Love You Like a Love Song memiliki pengikut seramai 10,722,187 juta orang di Twitter. Baru berumur 20 tahun dan kini sedang hangat bercinta dengan pemilik carta di tangga ke dua tu siapa lagi kalau bukan @justinbieber. Dia ni bagi aku taklah lawa mana pun tapi ada sikit-sikit kecomelan lah.. mungkin sebab dia couple dengan JB kot buat aku jadi menyampah dengan dia ni, hehe jangan marah ye peminat JB dan SG.

PS : So cukuplah info TOP 10 – Followers Twitter Paling Ramai Di Dunia. Dari korang nak follow diorang ni lebih baik korang follow twitter @UstazAzharIdrus walaupun akaun tu tidak diuruskan oleh Ustaz Azhar Idrus tapi melalui twitter tu boleh gak kita dapat info dengan ayat-ayat terpilih dari Ustaz.