Sebenarnya sejak dari semalam aku dapat banayak email dari orang yang tak dikenali. Tapi email dari [email protected] ni lah yang paling banyak. Tak tahulah apa niat dia sebenarnya dan macam mana dia boleh dapat email aku ni. Dan yang peliknya apa kaitan aku dengan Bai ‘ah’ pilihanray
Datuk Mustafa Ali berkata, bai’ah tersebut digunapakai di setiap negeri selewat-lewatnya sejak pilihan raya umum 1974 lagi apabila beliau kali pertama bertanding mewakili PAS.
Menurut Mustafa, lafaz bai’ah tersebut berbunyi:
“Wallahi, wabillahi, watallahi, bahawa saya (nama calon) yang diamanahkan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk bertanding bagi (nama pilihan raya dan kerusi) bersumpah dengan nama Allah, sama ada saya menang atau saya kalah dalam pilihan raya ini, saya tidak akan mengkhianati parti dan perjuangan parti ini.
“Jika saya mengkhianati parti dan perjuangan parti ini, maka saya akan dilaknati Allah, para malaikat dan sekalian para pelaknat.”
Huhu peliklah, sampai nak sumpah-sumpah ni.. takut nanti kena makan sumpah siapa yang susahkan. Nanti makan diri sendiri dengan sumpah yang telah dilafazkan. Apa-apa pun kepada semua ahli politik diluar sana. Sama-samalah kita menjaga keamanan negara, bangsa dan agama. Jangan terlalu taksub dengan pangkat yang diperolehi sampai lupa amal kebajikan dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.
Apakah yang dimaksudkan dengan lakaran kartun yang orang ni email aku yek?…

