Cubaan Menggunakan CloudFlare Di Blog Mohdzaid.com

 

Seronok sebenarnya belajar tentang website ni. Aku sejak dari sekolah menengah suka godek-godek segala apa yang ada dalam internet. Sekadar menambah ilmu pengetahuan dan mencubanya sendiri memanglah sangat seronok lebih-lebih lagi segala yang dipelajari berjaya dan nampak hasilnya. Ilmu pengetahuan tu sebenarnya banyak di Internet cuma rajin dan tak rajin je kita nak cari. Kalau pandai mungkin korang boleh belajar benda baru dan buat aplikasi sendiri tanpa perlu pergi belajar kat Universiti pun kan..

Sebenarnya dah lama tergerak hari nak gunakan CloudFlare kat blog Mohdzaid.com ni cuba aku belum bersedia je nak menggodek sebab takut terjadi sebarang masalah nanti kena ambil masa yang lama untuk memperbaikinya. Lagipun aku tak ada apa-apa basic dan ilmu pengetahuan berkenaan CloudFlare ni. Jadi dengan masa yang agak singkat aku pun terus pergi ke website https://www.cloudflare.com/ dan belajar apa sebenarnya CloudFlare ni. Pada pengetahuan aku, fungsi Cloudflare ni adalah satu jarigan maya yang menghubungkan server yang berhampiran dengan lokasi kita. Ianya merupakan CDN (Content Delivery Network) yang terletak diseluruh dunia bertujuan memberikan kelajuan dan kelancaran apabila mengakses website atau blog.

CloudFlare merupakan sebuah jaringan yang mempercepatkan laman web. Setelah website atau blog dihubungkan dengan CloudFlare, trafik website akan disalurkan melalui rangkaian global dan seterusnya sistem CloudFlare secara automatik akan mengoptimumkan pengaksesan dan sekaligus melancarkan loading supaya pengunjung blog atau website tidak mengalami sebarang gangguan. Selain itu CloudFlare mempunyai aplikasi tersedia yang membantu menyekat segala ancaman dari pihak penggodam, serangan spam dan menghadkan bot serta crawels yang masuk secara berlebihan yang mengakibatkan server menjadi lambat.

 

Perbezaan laman blog/website yang menggunakan CloudFlare dan tidak menggunakan CloudFlare.

Kini CloudFlare’s global CDN mempunyai 14 data center diseluruh dunia dan yang paling dekat dengan kita (Malaysia) adalah di Hong Kong dan Singapura. Jadi bila orang akses Mohdzaid.com, sistem Cloudflare akan menarik data yang telah disedut dan melepaskan caches kepada orang ramai melalui data center yang terdekat.  Yang bestnya CloudFlare ni tak perlu nak install apa-apa hardware dan software pun dah boleh guna. Cuma kalau yang guna WordPress macam aku ni boleh try install plugin Cloudflare untuk masukkan API Key supaya database boleh berkolaborasi bersama-sama.

Alhamdulillah cubaan pertama dah berjaya dan sekarang blog Mohdzaid.com dalam proses pertengahan DNS propagation. So kalau ada sebarang masalah dan sebarang ralat yang korang jumpa harap sangat boleh salurkan maklumat kat aku ye.. Dan kepada sesiapa yang baru nak cuba CloudFlare ni aku sarankan sangat-sangat supaya blog korang selamat dari anasir jahat dan sentiasa loading laju.

Ini cubaan pertama aku menggunakan CloudFlare.. so kalau aku tak puas hati nanti aku akan offkan dan update lagi kenapa ianya tak ok ye.. 🙂

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Tips and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

10 Responses to Cubaan Menggunakan CloudFlare Di Blog Mohdzaid.com

  1. NIce.. terbaik ada cloudflare.. laju kot loading..

  2. Mohd Zaid says:

    Ahmad Fikrizaman > baru try bro.. tengok macam mana nanti kalau tak ok tukar balik pada setting asal 🙂

  3. mommy nana says:

    Ooh ini rupenye Cloudfare. Seems nice to blog. Nak try juga, one day kene sit down properly. Thanks for the info! 🙂

  4. Mohd Zaid says:

    mommy nana > kena cuba ni, dan baru beberapa hari saya pakai ianya menunjukkan kesan yang sangat bagus..

  5. kimmie says:

    dapat menambah info tentang cloudflare ni, sebelum ni tahu sikit2 je

  6. Mohd Zaid says:

    Kimmie > Sama-sama berkongsi ilmu yang ada

  7. Aya says:

    Aya pun sekarang tengah nak study tentang Cloudflare ni.. Anyway thanks for the info.. keep study ing.. 🙂

    P/s: Bulatnya mata kat header tu.. Comel..hehehe

  8. Mohd Zaid says:

    Aya > thanks aya sebab sudi baca blog zaid.. kalau ada apa-apa masalah tanya la insyaallah kalau boleh zaid tolong zaid tolong.. hehe pasal mata tu saja je buat terbeliak hihi

  9. amir says:

    erm CLOUDFLARE niy free or kena bayar setiap kali on9??

  10. Mohd Zaid says:

    amir > Cloudflare ni ada service bayar dan percuma.. saya pakai yang percuma je..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *