Selamat Hari Jadi Mak

Happy Birthday Mummy. Kek coklat pisang ni walaupun kecil dan murah rasanya sangat sedap. Lebih-lebih lagi bila makan bersama keluarga tercinta lagi menggamit perasaan dan sanubari.

Mak dan cucunya (Alia Comel) tengah bersedia nak tiup lilin…

Along, Alia, Mak dan aku.. bergambar kenangan party kecilan hari jadi mak..

Azeze, Alia, Mak dan Uzair

 

1 Mac kembali lagi merupakan hari lahir buat ibuku yang tercinta Pn. Zaharah (Zaraaluwi.com). Selamat hari jadi mak semoga mak mendapat kesihatan yang baik dan sentiasa dimurahkan rezeki. Teruskan usaha menulis novel sebab anak-anak mak sentiasa menyokong apa yang mak buat dan harap novel terbaru akan datang terus mendapat sambutan hangat dipasaran.

Semalam sempat gak kami satu keluarga sambut hari jadi mak yang ke 57 tahun. Alhamdulillah dengan usia mak sekarang mak masih lagi sihat dan terus menghasilkan karya novel yang terbaru. Kami sebagai anak memang bangga dengan mak sebab mak terlalu istimewa buat kami. Party ulangtahun kelahiran mak kami buat kecil-kecil saja cukup lah itu pun banyak berlebihan. Walaupun secara kecil-kecilan tapi kami sekeluarga tetap gembira sebab masih dapat meraikan bersama-sama.

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.