Kan Best Kalau Boleh Tukar Ke Blogspot

Lihat Resource Usage Details kat atas tu.. asik-asik warna merah. Mengikut pemahaman aku tentang server hosting ni.. kalau ia warna merah itu menandakan blog/website dalam hosting kita mengalami pemprosesan maklumat yang sudah melebihi capaian yang dibenarkan. Sejak beberapa bulan ni blog Mohdzaid.com asik down je kekadang bila nak loading memang lambat gile. Sampai satu tahap aku dah malas nak update blog sebab lambat loading.

Pernah aku ajukan masalah ni kepada pihak hosting dan mereka memberi cadangan supaya aku kurangkan penggunaan plugin dalam blog dan sentiasa mengoptimasikan data-data yang ada dalam blog. Ok semua yang diorang cakap tu aku dah buat, sampai sekarang ni aku cuma pakai 3-4 plugin je tu pun buat blog aku lambat loading.

Pernah juga pihak hosting suruh aku upgrade pakej yang aku ambil sekarang ni.. dari Shared hosting Business Gold Class kepada Cloud hosting .. jangan nak buat lawak lah sebab aku tak mampu nak pakai Cloud atau VPS server dan seangkatan dengannya. Blog aku ni taklah ramai visitor pun takkan aku nak ambil pekej yang mahal dan diluar kemampuan aku tuh..

Sedihkan masalah blog aku ni.. rasa nak je transfer ke blogspot balik tapi… tapi… bukan semudah yang disangkakan.. boleh je nak transfer ke blogspot tapi aku perlukan masa yang banyak untuk buat proses pemindahan. Tengoklah macam mana nanti.. sekarang tengah mencari hosting yang nak sponsor VPS server ke Cloud ke.. kalau ada baguslah kalau tak ada aku terpaksalah transfer blog ni ke blogger.com.

Nak tanyalah kepada korang semua yang pakar? tahu tak macam mana nak convert database wordpress sebanyak 300mb ke format xml blogspot? aku try guna http://wordpress2blogger.appspot.com/ tapi data yang dibenarkan untuk convert cuma 1mb je.. takkan nak aku buat convert date by date.. gile banyak tuh.. lagi satu kalau ada sifu-sifu yang tahu macam mana nak export gambar/attachment dari wordpress ke blogspot?.. tahu tak?.. malas la nak buat manual.. sebab blog aku ni ada lebih kurang 1000 entry tuh.. gile sebulan dibuatnya nanti.. 🙁

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Blog and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Kan Best Kalau Boleh Tukar Ke Blogspot

  1. Fadli Idris says:

    Hi Zaid,

    Sudah cuba pakai xml splitter tool kah? like this one (http://sourceforge.net/projects/splitthatxml/). Apa masalah dengan server? CPU resource ke atau Quota limit?

  2. sha says:

    mesti ada jln penyelesaiannya. tukar ke blogspot mungkin the last resort. all the best ye.

  3. Mohd Zaid says:

    Kak Sha > sekarang zaid cuba CloudFlare.. tngok macam mana server boleh tahan atau tak 🙂

  4. Mohd Zaid says:

    Fadli Idris > wahhh terima kasih ya.. nanti saya saya cuba tool yang awak bagi tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *