DG Smart Plan and my Android Phone

 

Kadang-kadang bila duduk melepak kat mamak dengan kawan-kawan ramai yang nak menunjuk-nunjuk handphone dan smartphone masing-masing.  Tapi bila aku tanya pada mereka apa kelebihan yang ada pada smartphone tu ramai yang jawab boleh berFacebook, Twitter, Youtube, surf internet dan macam-macam lagi. Bila aku tanya kenapa mereka jarang kemaskini status FB korang melalui mobile semuanya terdiam. Alasannya pekej internet yang mereka pakai tak bagus dan kadang-kadang menyebabkan kelancaran internet terganggu akibat rangkaian yang kurang baik. Apa lah diorang ni pakai je smartphone mahal-mahal tapi tak gunakan sepenuhnya kemudahan yang ada.

Aku sebagai seorang rakan yang baik terus cadangkan DG Smart Plan kepada mereka semua. Pada mulanya mereka tak percaya tetapi apabila melihat aku dengan ghairahnya mengemaskini status Facebook, Twitter dan melayari blog tanpa sebarang gangguan terus mereka terpikat. Akhirnya kesemua rakan aku sekarang sudah pakai rangkaian DiGi untuk Smartphone mereka dan kini kami sentiasa berhubung kerana DiGi  satu-satunya pekej dan pelan yang paling murah di Malaysia.

 

 

Kini aku nak mengorak selangkah lagi dan IMPIAN aku untuk memiliki sebuah SAMSUNG GALAXY NEXUS mungkin akan tercapai suatu hari nanti. Kenapa Samsung Galaxy Nexus menjadi pilihan aku? ada lah.. haha.. ok ni nak cerita sebab sekarang aku tergila-gilakan smartphone ni. Pertamanya kerana aku nak beli di http://shop.digi.com.my/ alasannya sebab ianya sangatlah muraaaaaahhhhhhh gilllleeeeeeee…. ya memang selama ni pun aku pakai DiGi memang muraaaaaahhhhhhh gilllleeeeeeee… dari beli Smartphone, Internet hinggalah panggilan telefon..

Kalau beli diluar harganya RM2,099 (RRP) tapi kalau beli dari DiGi kita dapat diskaun RM100 jadi harganya cuma RM1999 sahaja, dan dapat juga Monthly Bill Rebates sebanyak RM720* (RM30x24 bulan) sekiranya buat auto billing. Jadi keseluruhan penjimatan yang kita dapat sebanyak RM820. Berbaloikan?.. ni bukan berbaloi-baloi lagi.. ni dah kira Jimat Gile Berbaloi-baloi kebabooomm!!… kalau beli online dari DiGi penghantaran adalah percuma dan mengambil masa 3 hari sahaja.

 

Keduanya Plan yang ditawarkan sangat murah. Lihat perbezaan DG Smart Plan dengan plan dari telco yang lain. Hanya DG Smart Plan yang memberikan penjimatan berganda. Paling best kalau korang nak tahu, aku tak pernah bayar lebih setiap bulan apabila dapat penyata kerana kalau penggunaan aku melebihi RM200 DiGi akan bagi diskaun untuk bil bulanan atau 25% diskaun sekiranya bil aku lebih dari RM100. Kalau buat auto billing pun dapat rebate RM5 setiap bulan. Internet dari DG Smart Plan memang lancar sebab aku tak pernah lagi hadapi apa-apa masalah untuk melayari internet dan tengok video kat Youtube pun tak pernah ada buffering. Buat apa nak risau sebab dapat 3GB Data dan pakai sebulan pun tak habis. Kalau melebihi quota pun kelajuan internet tetap maintain.. tak caya?.. meh la try .. tak cuba tak cinta..

 

 

SOOooooOOoo…  tak terliur korang tengok Samsung Galaxy Nexus ni?.. apa lagi cepat dapatkan di Shop DiGi.  Samsung Galaxy Nexus ianya ringan cuma 135g je dan saiz skrinnya 4.65′ (1290 x 720 dengan 361ppi pixel). Menggunakan CPU jenis Dual-Core 1.2GHz Cortex-A9 dan platform OS Android™ v4.0 Ice Cream Sandwich. Ya Samsung Galaxy Nexus ni menggunakan OS terbaru Android™ v4.0 Ice Cream Sandwich apakah yang hebatnya os ni ye?.. ermmm nasib baik ada DiGi Fandroid Day kat sini nanti kerjasama antara DiGi dan NuffnangMY. Disini mereka akan menerangkan apakah fungsi utama Android™ v4.0 Ice Cream Sandwich terbaru ni dengar kata ianya sangat multitasking. Harap-harap aku pun dapatlah undangan ke event ni nanti sebab aku nak sangat tahu kelebihan OS ni sebelum memiliki Samsung Galaxy Nexus nanti.

 

PS : ENTRY VIDEO AKAN DIKEMASKINI DALAM MASA TERDEKAT NI.. :) SAYA NAK MENANG JUGAK Samsung GALAXY SII

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com