Shopping, Makan Dan Santai Di Hatyai

 

Terus terang aku pergi Hatyai ni main redah je, duit dalam poket pun cuma bawa RM300 je untuk makan, shopping dan santai-santai. Nasib baiklah kadar pertukaran wang disini sama je nilainya. Cuba pergi New Zealand dulu gila aku dibuatnya bawak RM1k pun tak cukup. Rasanya kalau pergi bujang-bujang ke Hatay ni RM300 dah kira cukup sangat dah. Apa sangatlah yang hendak dibeli kat sini.. aku pun just shopping fridge magnet dan t-shirt je.. yang bestnya kat sini baju t sangatlah murah.. RM10 sehelai.. murah ke? ala cincailah kira murah juga la kan.. kalau pandai tawar menawar atau beli banyak mungkin boleh dapat lagi murah. Beginilah pemandangan malam di Hatyai. Aman, damai dan tenteram jiwa cuma jalan raya agak sesak sekitar 7 malam- 9 malam mungkin ramai yang baru nak balik kerja. Bagi yang nak melancong ke Hatyai ingat pesanan aku ni .. datang hari Sabtu dan Ahad je sebab waktu ni lah ramai peniaga yang menjual barang.. kalau datang hari lain macam suram je..

 

 

Pink Lady Complex merupakan sebuah tempat yang menjual pelbagai jenis cenderamata untuk dibeli. Kat sini aku perhatikan harganya agak mahal sikit berbanding pekedai yang jual ditepi jalan. So kalau nak bershopping korang roundlah dulu 3-4 kali tengok kedai mana harga murah. Jangan nanti bila dah beli awal-awal menyesal pulak tengok kedai depan harga lebih murah.

 

 

Berhadapan Pink Lady Complex pula terdapat banyak gerai makanan muslim. Jadi kalau kesini jangan cakap susah nak cari makanan islam sebab melambak ada. Yang menarik disini terdapat sebuah gerai kakak purdah ni yang menjual cendol, pulut mangga dan pulut durian. Rasanya sangat enak dan harga sepinggan 50B (RM5). Memang berbaloi sebab mangga dan durian yang dihidangkan sangat fresh sampai meleleh air liur.

Terdapat juga gerai yang menjual makanan  bergoreng seperti Ketam goreng, udang goreng, burung puyuh goreng, kepak ayam dan macam-macam lagi.. harga udang dari RM50-20 mengikut saiz dan lain-lain dari RM20-10. Memang layan dowh makan udang goreng kakak ni..

 

Rasanya kat sini ada 2 atau 3 kedai goreng macam ni.. tapi kena pandai-pandai lah pilih kedai sebab sesetengah kedai aku tengok udang dia dah tak fresh tapi berkilat dek kerana lampu yang menyala dan disapu dengan minyak. So sebelum beli sila cek dulu..

 

Tu dia Durian pulut dimakan bersama santan. Memang layan rasa durian siam ni.. tapi aku boleh makan sikit je sebab makan pulut boleh naik darah tinggi aku nanti..

 

Mangga pulut dimakan bersama santan. Harganya RM5.o0 sepinggan.

Sup kaki ayam. Sebenarnya kedai ni tak jual pun sup kaki ayam.. tapi dah kawan aku sorang ni memang penggila kaki ayam. Sedap gak rasanya. Cuma orang thai macam terkejut bila kami order sup kaki ayam.. mungkin diorang tak pernah makan kot kaki ayam ni.. ahaha

 

Kuehtiau Sup ayam bersama fish ball. Harganya RM5.00

 

Memang santai makan kat depan Pink Lady Complex ni.. penuh dengan orang Malaysia je sebenarnya..

Jangan terkejut lah kalau berjalan-jalan di Hatyai kerana disini mereka berleluasa menjual VCD dan DVD lucah. Cakap je nak jenis macam mana semua ada. Huh kalau bawa anak-anak kecil sila perhatikan anak anda ye.. jangan anda pula yang lebih-lebih sudah haha..

IDEA Market – terletak didalam bangunan Lee Garden Plaza. Market ni hanya dibuka pada Sabtu dan Ahad jam 11 pagi – 9 Malam.. disini mereka menjual barangan kraftangan dan cenderahati yang dibuat sendiri menggunakan tangan. Harga disini agak mahal sikit mungkin disebabkan mereka menyewa didalam komplex Lee Garden Plaza dan mungkin juga harganya mahal disebabkan barangan home made.

Peniaga di IDEA Market ni hanya duduk atas bangku kecil dan ada yang duduk bersila. Memang unik mereka ni..

Kasut yang dilukis. Comel kan kasut ni.. korang boleh pilih saiz kasut korang kemudian boleh suruh diorang lukis kat atas kasut ni.. harga aku tak pasti pula berapa..

Malam menjelma teringat pula kat Malaysia. Jangan risau.. kat hadapan Lee Garden Plaza ada sebuah kedai muslim yang menjual teh tarik dan nasi lemak. Teh tariknya RM2.00 uniknya diorang buat jadi 3 layer. Rasanya kat Malaysia pun ada jual kan teh tarik macam ni?.. sedapnya kerana mereka menggunakan susu cair dan sedikit gula merah.

 

Nasi lemak di Hatyai.. ermmmm bagi aku nasi lemak di Malaysia lagi sedap.. jujur cakap..

 

Bergambar dulu sebelum makan…

Apalah nasib kena bekerja pula kat sini.. haha tak lah bukan kena kerja pun, kita orang ni saja menggatal nak buat teh tarik sendiri. Nasib baik pemilik gerai ni baik dan benarkan kami masuk dapurnya buat teh tarik sendiri. Terbaiklah..

Terakhir kalau mai ke Hatyai memang tak sah untuk membeli buah-buahan seperti mangga, jambu dll kat sini.. tau tak kesemua mangga dalam gambar tu cuma RM20 je.. murah ke mahal yek?,..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

17 Responses to Shopping, Makan Dan Santai Di Hatyai

  1. MM says:

    Bestnya….teringin nk pegi…bab vcd tu plg best…hahaha

  2. eyriqazz says:

    wahh,bestnya bro jalan2 selalu….syok2… trip company ke ni bro?

  3. Han!h says:

    Wow! Serious nampak menarik!

    Tambah2 gambaq udang2 besaq & ketam2 tu…

    Saya dok Kedah, kat Changlun, tapi sekali pun tak pernah p Hatyai…

  4. rohaya says:

    Mr..i nak tanya nih..selamat ker pegi hatyai tu..ingat nak p naik kete jer…

  5. Mohd Zaid says:

    @rohaya Salam kak rohaya.. hatyai ni selamat.. tak ada apa-apa pun pergaduhan.. orang dia pun baik-baik.. boleh je bawa kereta jalan raya dia pun selamat..

  6. norie says:

    teringin nk pi sana…nk pi ngan family ,ada hotel budget ke…and transpot mcmana pulak??

  7. Mohd Zaid says:

    Norie > budget hotel memang melambak kat sana.. transport pulak kat sana banyak Tut Tut..

  8. MAT KEDAH says:

    Terbaek.. plan nak pi ke Bangkok guna keretapi…. insyaAllah bulan 8 lepas raya posa..

  9. Mohd Zaid says:

    MAT KEDAH > memang terbaek naik keretapi.. lagipun selamat..

  10. ku alif says:

    bro aku kalau nk gi hatyai ni apa yg best kat sna ,kalu lu rkeman hotel mna ya,brapa hrga satu mlm tmpt yg menarik apa ya,tahap keselamatan mcm mana ya akau nk gi bini berdua je,aku ckp org putih bkn panadi bro,mcm ok ke

  11. Mohd Zaid says:

    ku alif > kalau nak gi hatyai tak yah pandai speaking london pun tak pe.. diorang saya lebih kurang cam kita je.. ramai cakap melayu je.. keselamatan skrg ni tak pasti la.. kan baru2 ni ada bom kat sana.. tapi kalau nak tahu pasal hotel n tempat menarik sila-sila lah rajin godek blog saya ni.. saya ada tulis.. 🙂

  12. Ck says:

    Salam,

    Thanks for the info. Xsabar nak gi hujung bulan ni.

  13. Mohd Zaid says:

    Ck > sama-sama.. nanti lepas awak pergi share la juga cerita ye. 🙂

  14. rhosynita says:

    tidur di hotel mana murah tak makcik nak bawa satu famili (7) sila respond dlm facebook

  15. Mohd Zaid says:

    rhosynita > salam kak, banyak hotel yang murah kat sana.. rm30 semalam pun ada.. kena pandai cari lah..

  16. lye says:

    magnet peti yg murah beli kat kwsan mana yek di hatyai

  17. Terbaik tengah merancang nak ke sana juga nanti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *