Uniknya Hatyai

 

Banyak pekara pelik dan unik sebenarnya terdapat di Thailand ni, cuma aku sempat tak sempat je nak ambil gambar. Berikut adalah beberapa keping yang aku rasakan unik lah di Hatyai ni.. bagi korang mungkin dah biasa tengok kot?. Drug Store merata-rata kat Hatyai ni. Untuk pengetahuan Drug Store yang dimaksudkan bukanlah kedai menjual dadah tapi bermaksud mereka menjual ubat-ubatan. Seperti yang kita sedia maklum dalam ubatan pun sebenarnya mempunyai dadah dalam dos yang kecil.

 

Lagi kedai Drug Store .. rupanya kedai menjual ubat.. ermmm aku tak singgah pun.. tah-tah diorang ni memang betul jual dadah kot haha..

Ini adalah satu-satunya pub yang menjual Draught Guinness & Kilkenny di Hatyai.. Ye Ke? kalau boleh dapat kat tempat lain macam mana?

 

Di Thailand mereka gemar memakai motosikal jenama Fino ni.. sangat comel. Pembonceng wanita juga gemar duduk menyenget macam gambar kat atas tu. Sebenarnya bahaya tau duduk menyenget ni buatnya pemandu break mengejut mau melompat si pembonceng tu..

Di Thailand (Hatyai) ada teksi bermotosikal.. maksudnya kalau nak pergi mana-mana boleh sewa moto.. orang yang bawak motor tu pakai jeket.. ada jeket warna merah, hijau, kuning.. aku kurang pasti apa fungsi warna jeket tu..

Yang bestnya di Hatyai (Thailand) hanya pemandu motosikal sahaja wajib pakai topi keledar.. si pembonceng kalau tak nak pakai pun tak apa dan tak kena sama.. kalau nak naik motor pun boleh naik lebih dari 4 orang.. terbaiklah..

 

Sadis aku tengok pakcik tua ni.. tiap-tiap malam bini dia akan bawa pakcik ni pergi depan 7-Eleven berdekatan Grand Plaza Hotel untuk meminta sedekah. Dari pemerhatian aku rasanya pakcik ni berpenyakit kot.. badan dah tak ada isi tinggal tulang temulang je.. kesian aku tengok.. Yang aku bangga pakcik ni sanggup redah orang ramai yang dok sibok bershopping tanpa mengira sakit yang dipikul.

 

Terdapat juga ATM CIMB di Hatyai. So kalau nak keluar duit memang senang je kat sini.

Perbezaan kotak rokok Dunhill di Malaysia dan kotak rokok Dunhill di Hatyai Thailand.. mereka tak meletakkan gambar ngeri tapi cukup dengan perkataan SMOKING KILLS

Kebanyakkan papan tanda disini berbahasa Thai. Jadi kalau nak pandu kereta pastikan anda bawa sendiri alat GPS. Sebab kalau sesat pun boleh cari dalam GPS dari duk baca papan tanya yang berbelit-belit tulisannya ni.

 

Terakhir aku rasakan makcik penjaga tiket KTMB ni sangat unik.. sebabnya.. dialah yang cek tiket, dialah tempat kita orang tukar duit baht, dan bila nak balik dia jugalah yang sedang mengait baju untuk dijual.. 3 in 1 lah makcik ni.. 🙂

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Uniknya Hatyai

  1. Kak Siti says:

    Salam, Terima kasih atas cerita-cerita menarik lawatan ke Hat Yai. Terasa mcm nak ke sana setelah membaca pengalaman saudara.

  2. Mohd Zaid says:

    Kak Siti > Salam kak siti.. kalau boleh buat masa ni kalau nak ke Hatyai tengok dulu berita semasa.. sebab sebulan lepas zaid pegi situ ada kejadian bom .. takut gak lepas ni nak kesana.. apa-apa pun malang ada kat mana-mana.. jadi hati2 lah bile pegi sana nanti ye..

  3. Ramlee says:

    Salam blog owner. Boleh kasi details CIMB punya Atm kat area mane?nnTerima kasih.

  4. Hi there, always i used to check webpage posts here in the early hours in the daylight, as i love to gain knowledge of more and more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *