Orang Kajang Memang Terbaik!

Rasai Urutan Enak Di Hatyai

dalam Percutian oleh

statistik om nätdejting

where can i find chat rooms online Apabila berkunjung ke Hatyai atau pun mana-mana negeri di Thailand pastinya tak akan lepaskan peluang untuk mencuba urutan mereka. Pelbagai jenis urutan yang disediakan disini dari kaki hinggalah keseluruh badan. Apabila berjalan di Hatyai tempoh hari kaki memanglah sentiasa sakit yelah macam mana tak sakit dari pagi sampailah kemalam asik shopping sampai tak hengat nak berehat. Di Hatyai melambak kedai urut kaki disini dan perkhidmatan yang disediakan memanglah TERBAIK!. Harga dari 200 Baht (RM20) hingga 300 Baht (RM30) dan kalau pandai tawar menawar boleh dapat murah lagi.

datingsite alleen voor mooie mensen Malam tu kami berempat pergi buat urut, sorang lagi si Wan tak nak urut sebab katanya kaki dia terseliuh dan takut untuk berurut. Nanti salah urat nyaya pula tak boleh berjalan. Kalau di KL selalunya aku urut kaki je harga dalam RM40 untuk 30 minit tapi kat sini murah gile RM20 untuk tempoh 1 jam. Urutan disini termasuk Full Body Massage tapi jangan salah sangka, full body yang dimaksudkan tak perlu untuk berbogel atau memilih tukang urut yang seksi-seksa. Maksud full body disini adalah urutan dari kaki hinggalah ke kepala TANPA membuka baju haha..

online dating site reviews 2017 Kebetulan masa kami urut kaki disini ada pelancong dari Malaysia pun sedang berurut kaki. Makcik-makcik kesemuanya. Memang lawaklah makcik-makcik tu kesakitan apabila diurut sampai meraung-raung.. masa ni aku dah mula cuak dah takut urutan diorang ni menyakitkan.

men seeking women  

Mula-mula seperti biasa sebelum diurut dan mengurut kaki perlulah dibersihkan dengan sabun. Kalau kaki bau tungkik tu paham-paham je lah ye.. dah berjalan seharian letih siud kaki.. kat sini korang tak perlu buat apa pun sebab tukang urut ni semuanya terlatih dan pandai selok belok urat kita.

Relex je kat sini dan ikut irama tukang urut tu mengurut kaki. Aku dapat tukang urut abang yang baju hijau tu. Dia punya urutan perhhhhh sakit gile.. tangan ketul-ketul lah katakan.. sakit-sakit pun tapi bila lepas urut rasa kaki ringan dan selesa je nak berjalan. Masa dia urut kat betis aku tu rasa sakit sangat mungkin urat kat betis tu banyak angin so bila dia picit rasa macam nak menjerit pun ada gak..

 

 

Kalau korang perasan, tukang urut selalu urut kaki kanan sekejap je.. dan kaki kiri diorang urut lama.. aku rasalah kan sebab kan jantung kita dok kat belah kiri dan urat-urat kat tapak kaki kiri kan berkomunikasi kat seluruh tubuh kita. Tu yang diorang lebihkan kat kaki kiri. Hoho aku ni jenis penggeli sikit so masa dia urut rasa sakit ada, rasa nak tergelak ada, rasa nak penyepak tukang urut tu pun ada haha.. Terpaksa memegang bantal kuning tu kerana tekanan sakit apabila dia urut tang betis..

 

Kalau mereka yang betul-betul tak tahan sakit aku rasa baik tak payah buat urut badan ni. Sebab sakit dia lain macam.. rasa nak patah tulang pun ada gak.. tapi bagi mereka yang dah mencuba urutan thai ni pasti nak cuba lagi.. sakit memang sakit tapi sedap.. Haha hati-hati tangan pengurut tu akan sampai ke tahap kemaluan korang… tapi diorang ni bukan nak ambik kesempatan pun.. cuma nak mengurut je.. kalau rasa tak selesa korang boleh cakap ngan dia tak nak urut tang tu..

 

 

Ambik kau.. bila dah sampai tahap tunggang terbalik ni aku rasa cuak gile.. haha 1st time aku dan kengkawan kena urut macam ni.. tapi percayalah.. sakit hanya sekejap je.. lepas tu legaya memang best..

 

 

Lepas buat urutan kaki dan peha.. tibalah masa buat urutan dari pergelangan tangan, bahu sampailah ke kepala.. waktu ni memang syok gile.. abis semua angin dalam badan aku keluar. Tang dia tepuk-tepuk kat kepala, pastu belit-belit tangan kita memang syok.. so sesiapa yang datang ke Hatyai jangan lupa ye buat Full Body Massage ni.. memang berbaloi.. 🙂

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*

Terbaru dari

Kembali Ke Atas