Menginap Di Grand Plaza Hotel Hatyai

 

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Hatyai menaiki keretapi mengambil masa lebih kurang 14 jam. Pemandangan sawah padi di utara tanah air membuatkan sesiapa saja teruja apabila melihatnya. Memang cantik pemandangan sawah padi terbentang luas sambil gerabak keretapi meluncur laju menuju ke Hatyai. Itulah pengalaman yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila dan akan tersimpan dalam memori ini sebagai kenang-kenangan.

Sampai di Hatyai aku dan kawan-kawan yang lain terus mencari hotel. Kami tak buat perancangan awal pun nak menginap dimana sebab waktu kami pergi ni bukanlah waktu cuti sekolah di Malaysia. Untuk pengetahuan pembaca semua, di Hatyai ni memang ramai pelancong dari Malaysia boleh juga dikatakan setiap pelusuk kita boleh nampak rakyat Malaysia. Sebab tulah mejoriti pekedai-pekedai dan agent pelancongan disini fasih berbahasa Melayu. Lebih lagi Hatyai ni kan hanya bersempadan dengan negara Malaysia. Kalau nak pergi bercuti ke sini aku sarankan pergi bukan diwaktu cuti sekolah sebab bila sampai musim cuti sekolah harga hotel dan pengangkutan naik 2 kali ganda.

 

 

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja dari stesen keretapi Hatyai menuju ke Grand Plaza Hotel. Mulanya nak tinggal di hotel-hotel murah je tapi kebanyakannya sudah penuh dengan pelancong Malaysia. So jalan punya jalan kami singgah dulu di Lee Garden Plaza Hotel. Memang cantik hotel ni dan terletak betul-betul ditengah pekan Hatyai. Malangnya harga bilik pada waktu tu agak mahal lebih kurang RM130 untuk satu malam. Jadi kami mengambil keputusan untuk cari hotel lain yang berdekatan. Disebabkan ini projek redah jee.. jadi kami pun tak tahu hotel mana yang murah. So lepas keluar dari Lee Garden Plaza terus ke hotel bersebelahannya iaitu Grand Plaza Hotel.

Grand Plaza Hotel ni rasanya hotel 3 bintang kot sebab mempunyai kolam renang dan biliknya pun bersih. Harga untuk satu malam disini adalah RM80 untuk satu bilik dan mempunyai 2 katil. Hotel ni memang bersih cuma bagi aku layanan di frontdesknya agak kasar sikit dan tak mesra pelanggan. Tak kisahlah tentang service frontdesk nya bukan aku datang sini nak berborak-borak dengan diorang pun kan..

So far Grand Plaza Hotel ni memang lokasi terbaik untuk pelancong sebab ianya terletak betul-betul ditengah pekan Hatyai. Turun je hotel jalan kiri kanan boleh jumpa banyak kedai jual cenderahati. Bagi orang islam pula jangan lah risau, Hatyai penuh dengan kedai Muslim. Boleh dikatakan kiri kanan kita banyak je kedai islam dan macam-macam pilihan makanan ada…

Bilik hotel Grand Plaza Hotel Hatyai. Kemas dan bersih + boleh dikatakan murah jugak lah.. ye lah kat tengah-tengah pekan dapat RM80 semalam tu dah kira murah dah tuh..

Bilik ni menyediakan saluran TV. Aku rasa dekat 100 channel kat Thailand ni tapi sepatah haram aku tak tahu bahasa thai haha.. jangan risau.. kat sini aku dapat je tengok tv3 Malaysia.. so boleh la layan cerekarama :)

 

Hotel ni dilengkapi dengan bath tab dan tandas dudul yang mempunyai paip air untuk cebok.. selalunya kalau kat Thailand tandasnya tak ada paip so susah nak berak. Tapi kat hotel ni ada paip. Rasanya sebab ramai pelancong dari Malaysia yang duduk kat sini. Bila pergi melancong ke Hatyai tak perlulah nak bawa sabun, syampo dan tuala mandi bagai sebab kat sini dah ada disediakan.

Terdapat juga meja untuk letak laptop dan sebagainya serta cermin yang besar ni untuk orang perempuan makeup muka.. ngeeee.. besar ke cermin tu?..

 

Hotel ni juga menyediakan minuman percuma untuk tetamu. Chang Drinking Water.. tapi selalunya aku dengar Chang Beer .. ni baru first time aku tengok jenama Chang tapi bukan beer.. kalau nak minum air ni free je.. tapi kalau nak cikun botol kaca tu kena bayar RM2.50 hehe.. aku ni kan jakun sikit so aku cikun 1 botol :)

Walaupun layanan frontdesk dia agak macam gampang sikit tapi aku suka hotel ni sebab ada kolam renang. Kebetulan bilik yang kami dapat hanya bersebelahan je dengan kolam renang. Alangah heavennya waktu ni dapat berendam. Tapi hati-hati sebab kolam ni sangatlah dalam. Untuk kanak-kanak memang tak sesuai langsung.

Pintu hadapan Grand Plaza Hotel Hatyai.

Ni pulak lobby hotel. Kalau penat bershopping boleh singgah balik hotel sebab dekat je.. so sebelum sambung bershopping rehatlah dulu kat lobby ni.. tapi yang tak bestnya hotel ni ada WiFi tapi WiFi diorang macam gampang. Tak boleh connect langsung. Bila tanya diorang cakap WiFi diorang problem.. WTF ..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.