Bercuti Ke Hatyai Thailand Menaiki Keretapi

Sempadan Malaysia – Thailand di KTMB Padang Besar Perlis.

 

Minggu lepas aku pergi bercuti ke Hatyai Thailand dengan kawan-kawan pejabat. Asalnya nak pergi jalan-jalan dalam negeri je tapi tiba-tiba tercetusnya idea kengkawan yang nak pergi melancong ke Hatyai pula. Hatyai dan Malaysia taklah jauh mana pun sebab ianya terletak bersempadan dengan negara Malaysia. Percutian kali ni aku rasakan unik sikit sebab tiada sebarang perancangan awal atau pembelian hotel cuma kami nak rasa main redah je kat sana nanti.

 

Kami berlima ke Hatyai (Aku, Ecot, Kak Sal, Wan dan Kak Siti) dalam gambar ni kak sal tak ada sebab sedang ambil gambar πŸ™‚

 

Uniknya sebab percutian kali ni aku menaiki keretapi tanah melayu (KTMB) dari KL Sentral – Hatyai. Kita orang ambik gerabak yang ada katil. Sebab ambik yang ada katil kerana perjalanan mengambil masa yang agak lama. Dari KL ke sana mengambil masa lebih kurang 14 jam. Bayangkan kalau duduk kat kerusi mau naik kematu bontot nanti. Cadangan aku untuk sesiapa yang nak naik keretapi ke Hatyai boleh beli tiket KTMB yang ada katil. Harganya RM54 (katil atas) dan RM60 (katil bawah). Bagi aku kalau pergi dengan orang tua baik ambil katil bawah sebab susah mereka nak panjat tangga. Kalau pergi bujang-bujang ni tak kesah la duduk kat atas sebab selesa je mana-mana pun.

 

Kalau nak tukar duit jangan risau.. dalam keretapi yang menuju ke Hatyai dari Padang Besar ada sorang makcik yang menyediakan perkhidmatan ni. Tapi kat makcik ni macam mahal sikit.. baik tukar kat Hatyai je..

 

Perjalanan 14 jam menaiki keretapi taklah rasa bosan pun. Bayangkan dalam gerabak keretapi tu je aku dan kawan-kawan yang lain dapat 2 orang mak angkat. Maklumlah mulut kami ni peramah, nampak sesiapa saja kita orang tegur, dari tegur menegur terus duduk sekali dan berborak sampai ke pagi. Dalam perjalanan keretapi akan berhenti disetiap stesen untuk mengambil penumpang. Disebabkan itulah perjalanan agak memakan masa sikit. Kalau tak aku rasa dalam 7-8 jam dah boleh sampai Hatyai. Bila sampai kat Bukit Mertajam keretapi akan berhenti lama sikit sebab nak tukar laluan ke landasan yang menuju ke Padang Besar Perlis. Sampai kat Padang Besar pula keretapi akan berhenti selama lebih kurang 1 jam dan menukar kepala gerabak. Di Padang Besar semua penumpang akan turun untuk pemeriksaan immigration Malaysia dan cop passport di Immigration Thailand pula.

Agak terkejut gak aku kat Padang Besar ni. Sebabnya Immigration Malaysia dan Thailand langsung tak cek beg yang dibawa. Jangan kata cek beg manual, mesin pengimbas beg pun tak ada.. ermmm aku terfikir sejenak kalaulah ada penjenayah yang bawa masuk keluar pistol atau dadah senang-senang je boleh lepas. Tapi tu andaian aku lah.. aku tahu pihak polis dan immigration Malaysia dan Thailand lebih terlatih dalam situasi tu.

 

Sarapan pagi di Stesen KTMB Padang Besar

 

So lepas cop passport kat Padang Besar ni boleh lah singgah minum teh tarik ke makan kuih muih ke sebab keretapi menuju ke Hatyai lambat lagi.Β  Masa ni kita orang ambil peluang untuk cuba teh tarik kat kedai dalam gambar tu. Memang sedap gile teh tarik dia.. bila ditanya teh apa yang dia pakai, tuan kedai tu tak nak cakap.. sebab rahsia hehe.. kalau nak rasa teh tarik macam ni sila lah datang KTM Padang Besar selalu katanya.. ok ok kami faham.. πŸ™‚

 

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minitΒ  dari Padang Besar Perlis ke Hatyai. Hatyai merupakan stesen terakhir untuk KTMB tapi kalau sesiapa yang nak pergi ke tempat lain di Thailand boleh je naik keretapi diorang.. Tapi keretapi diorang agak old school sikit dan antik. Mungkin satu hari nanti aku nak cuba naik keretapi diorang pergi ke Bangkok pula..

 

Pintu keretapi Thailand yang menuju ke Bangkok.. saja bergambar kat pintu gerabak ni sebagai kenang-kenangan

Keretapi unik dan antik.. Nak naik satu hati nanti..

PS : Nantikan sambungan cerita bercuti ke Hatyai Thailand ni.. πŸ™‚

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

19 Responses to Bercuti Ke Hatyai Thailand Menaiki Keretapi

  1. yayass says:

    WAHHH memang dalam perancangan nak bercuti kat Thailand. post laaaa lagi gambar2 kat Thailand (:

  2. EIDA says:

    Yeahhh !! Ada jugak orang buat review g hatyai nak ketapi….. Update lagi ye… =)

  3. best kan naik train? dapat tgk segala pemandangan cantik waktu pagi kat north malaysia kan.. itu lah tak rugi naik train..

  4. Menarik gak idea naik keretapi nie….tapi kena ada gang la kan…. baru la happening

  5. Khai says:

    teringat trip aku naik keretapi DUDUK dari KL ke Bangkok disember tahun lepas. backpacking seminggu. hehe. hampir 32 jam. haha. nak jimat + adventure sikit katanya. hahaha.

    nice entri bro!

  6. Mohd Zaid says:

    Khai > wahhh mesti bestkan naik keretapi dari hatyai ke bangkok.. saya belum pernah rasa tu lagi.. mungkin satu hari nanti..

  7. yus says:

    menariksssss…tengah cari info nak naik keretapi ke Hatyai.. maklumlah seumur hidup ahkak nih tak pernah naik chu chu train huhuhuhu

  8. mangkuk says:

    ko ni btol2 mangkok campur banggang imigresen dgn kastam pun ko tak kenal..bab check beg tu tugas kastam bukan imigresen banggang!!!imigresen check pasport ja so sebelum nak kondem blaja dulu kenal pasti tugas imigresen dan kastam…bodoh

  9. siti hazreen says:

    wow! menarik sangat πŸ™‚

  10. Mohd Zaid says:

    yus > huhu better try kak.. best experience

  11. Mohd Zaid says:

    siti hazreen > thanks ye..

  12. nawal says:

    Sy nak tanya beberapa info ttg krabi la…nnti tolg emel sy…nwlsyafiq@yahoo.com.thanks

  13. Mohd Zaid says:

    nawal > maaf saya tak pernah sampai ke Krabi lagi.. insyaallah soon.. πŸ™‚

  14. aak says:

    bro…tiket ktmb klsentral – hatyai kna beli 2 way @ bleh bli 1 way? ingat nk pegi ujung bulan ni tapi x sure nak pegi brape ari…x tau nak lepak sana 2 ari @ 3 ari…

  15. dandysalleh says:

    Bro…wa pn nk travel ke hatyai ni from jb by train…blh bg tips x…dr segi cost dsb

  16. Zaid says:

    dandysalleh > boleh je.. tapi kalau dari JB tak pasti la berapa jam.. kalau dari KL dekat 14 jam perjalanan.. cost bawa rm500 sorang pun dah cukup.. sebab harga diorang kat sana murah2 je.. tengok juga pada perbelanjaan awak kat sana..

  17. Anonymous says:

    salam.sy tgh cari kawan tuk wat trip KL-Butterworth-Bangkok-Chiang Mai-KL.berminat tak?ape2 hal cll@msg sye Khairul 0173473181.n

  18. nanie says:

    Salam Zaid. beli tiket train tu on9 eh? saya nak ke hatnyai nov ni. tp bila pg ke web KTM tiket on9 tu, klik pada tarikh nak berangkat, macam tak setiaphari ada keretapi dr kl-hatnyai. mmg begitu ke? atau mungkin beli skg, awal sgt?n

  19. gee says:

    Salam. Kalau turun station ktm hatyai . Pakai border pass boleh x ? Ka kena pkai passport juga?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *