Tips : Live Blog Menggunakan Tumblr Dan Sub Domain Sendiri

 

Salam Maulidur Rasul buat semua pembaca blog Mohdzaid.com. Alhamdulillah blog ni sudah di index semua oleh En.Google puaslah aku cari masalah kenapa Google membuang segala link dalam cariannya tapi sampai hari ni tak jumpa jalan penyelesaian. Tak apalah lupakan pasal Google sebab hari ni aku nak cakap yang aku dah buat satu live blog terbaru (tumblr.mohdzaid.com). Kalau sebelum ni ada yang dah tahu aku buat live blog kat live.mohdzaid.com tapi sudah 2 bulan aku tak update apa-apa. Bukan tak nak update tapi masalah untuk connect dari iPhone ke Plugin WordPress dan API Twitter yang bermasalah.

Puas juga aku cari jalan penyelesaian tapi sampai hari ni buntu tak tau nak buat apa haha.. aku ni bukannya pandai pun nak setting API Twitter bagai semua tu, ada gak cuba tapi tak berjaya. Tak apalah mungkin aku belum sampai tahap PRO untuk buat semua tu. Hari ni aku dapat idea untuk buat live blog yang lain tapi kali ni menggunakan Tumblr.com.

Rasanya ramai je yang pakai Tumblr kan? haha cuma aku je agak kelambatan untuk menggunakannya. Tumblr ni sama juga macam blog korang boleh share cerita, gambar, video, link, chat dan macam-macam lagi boleh buat kat sana. Tapi untuk aku cukuplah Mohdzaid.com sebagai blog dan kali ni nak gunakan Tumblr sebagai live blog untuk aku share gambar dan video semasa dan terkini yang sedang aku buat.

So hari ni aku nak share sikit tips macam mana nak gunakan Tumblr ni sebagai live blog dengan menggunakan nama domain sendiri. So bagi yang tak ada domain sendiri korang jangan risau sebab kat Tumblr korang boleh pilih nama domain yang menggunakan nama.tumblr.com tapi hari ni aku nak ajar macam mana nak pointkan domain korang ke tumblr dan sekaligus menggunakan nama domain korang sebagai live blog.

Mula-mula pergi ke Tumblr.com dan register akaun korang. Bagi yang dah ada akaun boleh terus login.

Masuk https://www.tumblr.com/register dan register akaun korang..

Klik buttum tambah tu dan create live blog korang..

Lepas create blog, pergi bahagian SETTING untuk tukarkan domain percuma dari Tumblr kepada nama domain korang sendiri..

Pada bahagian URL klik kotak Use a Custom Domain Name dan masukkan nama domain yang korang nak pakai. Aku cadangkan korang guna subdomain seperti live.namadomainkorang.com dan klik butang Test Your Domain. Sistem akan memaparkan CNAME untuk subdomain korang tu.. jadi copy CNAME yang diberikan tu..

Kemudian login Cpanel dari domain korang dan pergi kebahagian Simple DNS Zone Editor. So kat sini korang boleh masukkan CNAME yang Tumblr bagi tu untuk point terus ke server Tumblr.

Bila dah masuk ke bahagian Simple DNS Zone Editor pergi ke bahagian Add a CNAME Record dan masukkan subdomain yang korang nak pakai untuk live blog. Kemudian paste domains.tumblr.com kat bahagian CNAME dan klik butang ADD CNAME RECORD. Tadddaaaaa… tu je.. so lepas tu korang boleh akses tumblr korang menggunakan domain korang sendiri. Amat mudahkan sebenarnya. Ok kalau ada apa-apa masalah boleh tulis kat komen bawah ni, insyaallah kalau mampu aku akan ajar korang lagi 🙂 thanks sebab membaca

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Tips and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

7 Responses to Tips : Live Blog Menggunakan Tumblr Dan Sub Domain Sendiri

  1. lAl says:

    Yang ni punya ajaran aku paling suka!!! kebetulan tngah dok carik..ahahahaha

  2. sesungguhnya LIVE BLOGGING memang cool bro….

  3. Mohd Zaid says:

    haha thanks @Lal sebab sudi baca tips ni 🙂

  4. @helgaindra says:

    hey zaid, tapi bagaimana caranye kalo kita nak bikin dengan domainnya langsung?
    ada tips?

  5. Mohd Zaid says:

    @helgaindra

    maksud kamu mau domain dan hosting sendiri Tumblr ke?.. rasanya kalau hosting sendiri tak boleh kot.. cuma boleh point domain name pada server tumblr saja.. 🙂

    PS : Kamu apa khabar?… bila mau ke Malaysia lagi..

  6. helgaindra says:

    Haha iya, jadi macam helgaindra.com dipointing langsung ke tumblr bisa tak?
    alhamdulillah baik. nanti september saye ke KL

    zaid sihat? sudah tak kena banjir lagi?

  7. Mohd Zaid says:

    Helgindra > boleh saja.. 🙂 kamu cuma perlu edit di cpanel bahagian Simple DNS Zone Editor dan point CNAME domain kamu ke ip/link yang tumblr berikan.

    kamu juga boleh minta tolong sama hosting/domain provider yang kamu beli untuk setting CNAME tersebut 🙂

    PS: nanti ke Malaysia roger2 ya.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *