Renew Passport Malaysia Online Lebih Mudah

 

Amatlah mengecewakan aku apabila 3 hari berturut-turut ke Jabatan Imigresen Malaysia cawangan Kajang yang terletak di Bangi. Dengan harapan supaya boleh renew pasport awal sebab nak ke luar negara 10 February 2012 nanti. Apalah nasib tiga hari datang ke sana tapi bila sampai je nombor giliran dah habis. Pelik pulak aku kenapalah minggu ni ramai sangat orang nak ke Jabatan Imigresen Malaysia nak kata cuti sekolah dah lepas. Selalunya kat sini tak lah ramai sangat orang dan selalunya juga tak pernah lagi aku pergi Jabatan Imigresen nombor boleh habis. Ini satu pekara yang patut dititik berat oleh pihak kerajaan supaya sentiasa memastikan perkhidmatan dan mutu piagam pelanggan sentiasa diamalkan supaya tak adalah orang komplain macam aku ni.

Kesian kan dari rumah aku kat Cheras ni ke Bangi lebih kurang 20km dengan minyak yang mahal sekarang ni aku ulang alik selama 3 hari tapi segalanya musnah. Agaknya sempat ke tidak ni, 10 Feb semakin hampir, munggu depan hari isnin dan selasa cuti umum pulak. Adoiiaaaiii… harap nak pergi hari rabu minggu depan tapi kalau nombor giliran still habis macam mana?… tak keluar negaralah aku jawabnya..

Sebenarnya passport lama aku akan tamat pada 31-May-2012 ni tapi kalau nak keluar negara kena valid 6 bulan sebelum tarikh luput. Aku baru je pakai 10 muka surat tu pun diorang cop selang-selang. Kalau nak diikutkan baru je pakai 5 mukasurat. Rasa macam membazir pulak kan 32 muka surat terbiar macam tu je.. haha kalau nak cop kenalah banyak melancong ke luar negara.. banyak pulak duit nak keluar cam tu kan..

25 June 2010 – 30 June 2010 (Hong Kong) Mukasurat 4 / 14 June 2011 (New Zealand) Mukasurat 5

Chinese Visa mukasurat 8 / Macau-China 29 June 2010 Mukasurat 9

24 May 2011 – 27 May 2011 (Phuket Thailand) mukasurat 10

 

Nasib baiklah pekerja Jabatan Imigresen Malaysia tu kesian kat aku, walaupun nombor giliran dah habis dia sanggup tolong dengan bagi cadangan supaya aku buat renew passport secara online. Lebih mudah, lebih pantas dan lebih jimat. Bagus juga idea ni tapi kenapalah last minit baru nak bagi tahukan.. tak pe tak pe.. at least dia bagi aku jalan supaya boleh renew passport sebelum 10 Feb ni.

Bagus juga bila pihak Jabatan Imigresen Malaysia menyediakan perkhidmatan online. So aku pergi ke website MyOnline Passport dan buat disana. Memang terbaiklah.. so korang nak tahu tak cam ne aku buat renew.. ok ni kau ajar sikit kat korang..

 

 

 

1. Mula-mula masuk website MyOnline Passport. Baca syarat-syatat dan tekan butang AGREE

2. Masukkan nombor passport dan nombor mykad. Tekan Cari..

3. Sistem akan mencari maklumat tentang diri korang.. mudah je.. so kat sini korang kena upload gambar baru dan pilih sama ada nak renew 2 tahun (RM100) atau 5 tahun (RM300).

4. Buat semakkan pada butiran mana tahu kalau ada salah ke kan.. isikan juga nombor telefon terbaru dan email.

5. Pilih pembayaran.. korang boleh gunakan MEPS atau Kad Kredit (VISA/MASTERCARD)

6. Setelah pembayaran berjaya cetak resit dan pergi ke carangan pengambilan yang korang pilih.. ingat kalau dah pilih kat Kajang kena ambik kat Kajang.. tak boleh pergi cawangan lain..

 

Senang je kan? so aku baru je lepas buat online ni.. tapi still kena ambik pada 8 Feb 2012 nanti sebab hari Isnin dan Selasa minggu depan kan cuti umum… tak apalah dari aku melepas nombor giliran habis at least aku dah renew passport tinggal nak pergi ambil je… Mudah kan.. :)

 

 

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.