SARA – Skim Amanah Rakyat 1Malaysia

 

Hari rasa tergerak hati nak menyimpan duit. Bayangkan sejak dari tahun 2002 aku bekerja satu sen pun aku tak menyimpan. Bayangkan juga kalau dari dulu aku masuk Amanah Saham tentu sekarang ni dah hidup senang. Tak apa masih belum terlambat lagi rasanya untuk aku simpan duit. Kekadang ada orang cakap kenapa nak simpan duit sebab duit bukan boleh bawa sampai ke mati pun. Ada juga yang cakap kau simpan duit banyak-banyak nanti anak cucu kau yang hidup senang.

Baguslah atas nasihat dan pendapat mereka tu ada betulnya jugakan lebih baik aku enjoy dengan duit gaji yang aku dapat tiap-tiap bulan dari menyimpan. Tapi terfikirkah diorang kalau tiba-tiba kita jatuh sakit ke, tiba-tiba datang musibah dan perlukan duit yang banyak ke? takkan nak meminjam dari orang lain pulak. Kalau keluarga sendiri tu ok la juga meminjam tapi keluarga pun tak semestinya senang sebab mereka pun nak pakai duit. Nak pinjam dengan kawan-kawan pula mereka pun sama cam kita kadang-kandang ada duit kadang-kadang pun memerlukan duit.

Jadi apa saranan kita sebagai manusia?.. takkan hidup asik nak meminjam kan? lebih-lebih mereka yang dah bekerluarga. Kekadang anak sampai 4-5 orang tapi hidup masih nak meminjam dan serba kekurangan. Adoi sebab tulah aku takut nak kawin, sekarang ni umur dah meningkat tua. Tak lama lagi dah boleh masuk team “Bujang Telajak” dah tapi kenapalah duit sentiasa tak mencukupi. Itulah kalau keinginan lebih dari keperluan.

Nasib baiklah ada skim simpanan terbaharu dari kerajaan ni at least boleh juga menyimpan untuk hari tua. Tahniah kepada pihak kerajaan yang sentiasa membantu rakyat yang berpendapatan sederhana dan miskin ni. Nampak macam tak terpinggirlah kami ni kan. Kami ni pun bukan orang kaya raya, makan pun cukup-cukup je tu pun kekadang berhutang.

Kepada mereka yang berminat menyimpan tu apa kata aku cadangkan korang ambil SARA – Skim Amanah Rakyat 1Malaysia . Banyak juga benefit yang boleh diperolehi dari skim simpanan ni sebenarnya. Sekarang dah dibuka jadi jom semua aku sarankan korang meng-apply sebelum terlambat.

SARA – GAPO DIA?



MAKLUMAT UMUM – SKIM AMANAH RAKYAT 1 MALAYSIA

 
 
 

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) merupakan suatu Skim khas yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur di samping untuk membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup semasa.

Skim ini dikendalikan dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) serta institusi-institusi kewangan terlibat.

Melalui Skim ini, rakyat Malaysia yang berkelayakan akan berpeluang untuk memohon pinjaman berjumlah RM5,000 daripada institusi kewangan terlibat untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)*, dan akan menerima bayaran insentif yang menarik ke atas tabungan dan pelaburan yang dibuat.

 

KELAYAKAN

 

  1. Permohonan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun
  2. Pemohon mesti mempunyai pendapatan kasar isi rumah antara RM500 hingga RM3,000
  3. Pemohon tidak muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman
  4. Syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh bank
  5. Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB:
    • Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT);
    • ASB Sejahtera; dan
    • ASW 2020 Bandar
  6. Pemohon dan /atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000
  7. Status akaun unit amanah ASNB tidak bermasalah
  8. Permohonan adalah tertakluk kepada agihan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)Isepertimana yang telah ditetapkan dan sekiranya masih ada:
    • Bumiputera – 50%;
    • Cina – 30%;
    • India – 15%; dan
    • Lain-lain – 5%
  9. Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman
  10. Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja

DEFINISI ISI RUMAH
Isi rumah yang layak memohon adalah individu dengan jumlah pendapatan kasar bulanan antara RM500-RM3,000 yang merangkumi kategori berikut:

  • Berkahwin – kombinasi pendapatan kasar suami dan isteri; dan
  • Ibu atau bapa tunggal – pendapatan kasar individu.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

 

Dokumen Utama

  • Borang Permohonan Penyertaan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (BPPSARA1M)
  • Borang Pembiayaan dari Institusi Kewangan terlibat
  • Borang Pendaftaran Unit Amanah Akaun Dewasa ASNB P1
  • Borang Pelaburan Tambahan ASNB 21
  • Borang Jualan Balik ASNB 31
  • Borang Pembaharuan Buku Pelaburan BS3
  • Penyata Pendedahan Risiko/ Risk Disclosure Statement (RDS)

Dokumen Sokongan

  • Kad Pengenalan asal pemohon dan 2 salinan
  • Kad Pengenalan asal pasangan (jika berkenaan), dan 1 salinan
  • Dokumen Pengesahan Pendapatan
    • Bagi Pemohon dan/atau pasangan bekerja, sertakan Penyata Gaji 3 bulan terkini ATAU Penyata Bank 3 bulan terkini asal dan salinan.
    • Bagi pemohon yang tidak memiliki Penyata Gaji atau Penyata Bank, perakuan dan perisytiharan yang dinyatakan dalam BPPSARA1M Bahagian C akan diguna pakai.

    * BPPSARA1M MESTI ditandatangani di hadapan seorang SAKSI – sama ada Majikan/Penghulu/Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli/Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional/Ahli Dewan Undangan Negeri/Ahli Parlimen

 

DOWNLOAD BORANG SARA 1MALAYSIA

 

PS : Sebarang makmumat lanjut boleh terus ke website http://www.sara1malaysia.com.my, hoho sah-sah aku tak layak nak apply.. ermmm tak pelah suh mak aku jelah yang apply 🙂

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

3 Responses to SARA – Skim Amanah Rakyat 1Malaysia

  1. mizzura says:

    minat menyimpan harus ditanam dari kecik sepatutnya oleh ibu bapa..sungguhpun ni peluang baik, seolah-olah semuanya nak disuap oleh gomen, sedangkan byk lagi skim-skim bukan gomen ada kat luar yg dioffer oleh unit trust/insurans etc..anyway..lebih baik mulakan dari terlambat..keep it up!

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Jemput baca,
    PHUKET : Pentingnya AIR ASIA INSURE TRAVEL PROTECTION
    atau
    PHUKET : All Seasons Naiharn Beach Hotel

  2. Audra36 says:

    I really amazed with the thoughts of Skim Amanah Rakyat , Believe or not i do agree with his thoughts.

  3. Ynna says:

    I have learned a lot from this post…Thank you.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *