SHARE

 

Sekalung TAHNIAH kepada ibukuĀ Zara Aluwi atas kelahiran novel terbaru Miss James Bond yang kini telah berada dipasaran. Bangga seh anakmu ini dengan hasil karya ibunya sendiri. Kalau korang semua nak tahu mak saya adalah rakan dan ibu yang paling baik di dunia. Siapa yang tak sayang mak kan.. Mak orang sentiasa menyokong mak tak kiralah susah atau senang. Semoga novel mak yang terbaru ni hangat dipasaran.

Untuk pengetahuan semua ini adalah novel ke empat selepas Belahan Jiwa, Tidakkah Ada Rindu dan Janji Athirah. Miss James Bond ni merupakan novel kanak-kanak kedua yang telah diterbitkan. Alhamdulillah sambutan novel terbaru ni sanggat menggalakkan sebab jalan ceritanya sangat menarik dan membuat minda anak-anak terbuka luas. Sebenarnya novel kanak-kanak ni banyak pengisian dan pengajaran dalamnya tak semestinya pasal cinta je. Novel kanak-kanak pun boleh dibaca oleh orang dewasa dan sekali-sekala baca novel kanak-kanak buat kita berimaginasi masuk ke alam yang dicipta oleh penulis.

 

PS : Kengkawan semua jangan lupa dapatkan Novel ibuku ini iaitu Miss James Bond dari (Zara Aluwi) terbitan Fajar Pakeer. Kepada sesiapa yang nak beli boleh pergi ke MPH berdekatan sebab stock dah ada disana atau dimana-mana kedai buku berhampiran. Korang boleh juga beli secara online disini… – Fajar Pakeer.

 

 

 

Miss James Bond

(Zara Aluwi)

ISBN 978-967-365-103-0
Sem. Malaysia RM 12.00
Sabah / Sarawak RM 14.00

Ada sesuatu yang menarik perhatiannya.Dia mengerutkan dahi pelik! ini macam trofi yang lama. saya tahu, sebab ada sompek sikit kat bahagian bawah kayu ni. ya. ini trofi yang lama. cuma dikilatkan saja. argh! ! ! Ini mesti kerja denial. oh! Baru saya ingat. siti Nur Aisyah mengherotkan bibirnya.

Siti Nur Aisyah adalah ketua darjah bagi kelas 4 cemerlang. Dia seorang yang bertanggungjawab dan sanggup berkorban demi persahabatan. Yang penting baginya, dia dapat menabur bakti kepada yang memerlukan bantuannya.

Kehilangan duit rakan-rakan sekelasnya serta trofi juara kebersihan membuatkan Siti Nur Aisyah ingin membongkar dan menyiasatnya. Tidak Sia-Sia Noor Diana menggelarkan dirinya Miss James Bond. Tapi kali ini, dia ingin Daniel Rahman, Pembantunya melibatkan diri menyelesaikan masalah yang berlaku di dalam kelas mereka.

5 COMMENTS

  1. Assalamualaikum, buku ni saye pernah bace dan buku ini ade name Sekolah saye… Name Cikgu saye Pon ade.. Saye Ucap Tahniah kepade akak Zara Aluwi..

  2. Terima kasih Nur Farah Sabrina atas sokongan anda. Seronokkan apabila ada disebut di dalan novel… nama sekolah beserta dengan gurunya sekali. Nanti nak pinjam nama Nur Farah Sabrina pulak hehe boleh tak?

  3. Terima kasih Nur Farah Sabrina atas sokongan anda. Seronokkan apabila ada disebut di dalan novel… nama sekolah beserta dengan gurunya sekali. Nanti nak pinjam nama Nur Farah Sabrina pulak hehe boleh tak?

LEAVE A REPLY