Orang Kajang Memang Terbaik!

Google Tak Kejam

dalam Blog oleh

siti di incontri pomezia

 

Lega sikit dari semalam memikirkan apa yang dah terjadi kat blog Mohdzaid.com ni, aku ingatkan Google Dah Tak Sayang Aku tapi sangkaan aku salah sama sekali. Sebaliknya aku berterima kasih kepada Google kerana memberi banyak info dan banyak yang aku belajar.

Dua hari lepas kalau korang perasan hampir 50% link blog aku ni lesap di carian Google.com dan Google.com.my. Apakah sebabnya aku sampai hari ni tak pasti tapi aku ada andaian sendiri selepas buat kajian dan mencuba sedaya upaya untuk memastikan blog ni dapat di index kembali oleh Googlebot.

Beberapa hari lepas aku ada menerima beberapa komen dari rakan yang cakap diorang tak boleh akses blog ni, ada yang cakap keluar error #505 dan ada yang cakap kena block dengan Malware. Ok kajian pertama yang aku buat adalah semak semula WordPress aku ni. Mungkin ada plugin atau fungsi yang telah rosak atau mungkin ada yang telah terdisable dengan tidak sengaja. Sebab dalam minggu lepas aku banyak install plugin baru dan disable plugin lama. Plugin telah aku semak dan semuanya tak ada masalah, so aku cuba delete mana-mana plugin lama yang aku tak pakai at least boleh jimat sikit ruang hosting aku ni.

Kedua aku cuba re-install balik WordPress. Walaupun WP yang aku pakai ni adalah versi terkini dame søker mann i Namsos WordPress 3.3.1 tapi aku tetap nak re-install balik. Mungkin ada mana-mana page atau DB yang dah rosak. Ni cuma andaian aku je.. mungkin mereka yang profesional lebih tahu kot cara nak mengatasi masalah ni.

Cara ketiga, aku cuba masuk dalam Cpanel dan geledah segala file dalam hosting yang aku pakai ni. Manalah tahu kalau-kalau hosting ni kena serang virus atau ada hacker yang tinggalkan apa-apa (manalah tahukan) yang ni pun aku sekadar mencuba je..

Keempat, aku install bra nettdating profil WordPress W3 total cache, dan delete semua cache yang ada dan tersimpan, dari Page Cache, Database Cache, Object cache, browser cache semua aku bersihkan. Mungkin juga file-file yang tersiman dalam cache tu ada masalah. So bila lepas refresh baru rasa ringan sikit.

Kelima, aku cuba masuk pada WordPress – Privacy Settings dan semak samaada aku pilih Allow search engines to index this site atau Ask search engines not to index this site. Kat sini pun tak ada masalah dan aku pilih untuk benarkan kesemua enjin carian masuk ke blog untuk index. Lepas tu aku cuba masuk balik kat Cpanel dan cek file Robots.txt manalah tahu takut tiba-tiba ter disallow User-agent yang penting.

Keenam, yang ni paling best dan mencabar bagi aku.. aku gunakan par søger kvinde I Aars Google Webmaster Tools (GWT). Sebenarnya aku tak berapa pandai pun nak guna Webmaster Tools ni. Tapi apakan daya kerna terpaksa aku cuba juga masuk dan belajar sikit-sikit. At least dari tak tau apa aku boleh belajar benda baru gak. Kalau korang semua nak tahu kat Google Webmaster Tools ni banyak info yang kita boleh tahu pasal domain kita. Tapi sebelum nak gunakannya kenalah daftar dulu dan perkhidmatan yang disediakan Google ini adalah percuma. Lepas login GWT korang boleh tengok dalam dashboard ni kat mana error yang terdapat dalam blog korang.

 

 

Dari pemerhatian aku GWT ni dapat mengesan terdapat beberapa ralat pada Sitemap dan RSS blog aku ni. Ada pendapat yang mengatakan Googlebot akan menghentikan proses index kalau blog kita terdapat banyak Malware atau Crawl errors. Disini bila aku cek blog aku bersih dari Malware tetapi pada Crawl terdapat hampir 5 ribu lebih ralat. Bila masuk dalam sikit rupanya pada 27 Jan 2012 hari tu Googlebot tak dapat nak baca blog aku sebab banyak sangat 500 error.

Kat situ mungkin Google ingat blog aku dah tutup tu yang dia dah malas nak sedut dan datang blog aku lagi.. haha ni andaian je.. Baru aku paham 500 error tu sebenarnya hari tu blog aku problem, tak boleh nak akses. Puncanya aku letak hampir 5 blog dalam hosting yang sama. Exabytes sebenarnya dah lama sound aku suh aku ubah ambik VPS atau Cloud diorang tapi aku tak mampu. Nak tak nak terpaksalah share kelima-lima blog tu dalam hosting yang sama.

Ok pasal 500 error tu tak boleh nak cakap apalah.. sebab aku tak mampu nak beli hosting mahal tu yang blog aku asik down dek kerana Memory Usage dan CPU Usage berlebihan. Buat masa sekarang ni aku cuba optimize kan blog-blog yang lain tu.. mungkin boleh cuba gzip apa yang patut..

Terakhir aku cuba install plugin netherlands dating BWP Google XML Sitemaps, dan generate balik sitemap yang baru. Lepas generate aku submit balik kat Google Webmaster Tools untuk Googlebot crawl balik. Alhamdulillah lepas 3 jam aku buat semua ni blog aku kembali aktif dan dalam Google.com dan Google.com.my dah terindex balik.

Ini semua cara aku buat untuk puaskan hati. So far Alhamdulillah lah bagi aku rasanya dah ok sikit. Tapi banyak lagi aku kena belajar manalah tahu cara-cara aku buat ni semuanya salahkan.. So kalau korang rasa apa yang aku buat ni salah atau ada part-part yang tak betul harap dapat membantu ye.. mungkin ada yang nak menambah juga dialu-alukan..

 

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*

Terbaru dari

Jejak Stormtroopers

#Stormtroopers were the elite soldiers of the Galactic Empire. Sebelah tu nak
Kembali Ke Atas