Google Dah Tak Sayang Aku

 

Tensionnya aku hari ni, satu hari dok godek apa sebenarnya yang berlaku kat blog Mohdzaid.com ni. Sejak dari pagi semalam aku cuba buat carian Google, blog aku Mohdzaid.com dah tak di indexkan lagi kat situ. Apa kes sampai G hilangkan hampir suku/separuh link blog aku dalam enjin carian mereka. Apa sebenarnya yang dah terjadi ni adoiaaii tak siapa ke yang boleh tolong aku.

Traffic blog ni pun makin menjunam orang dah tak masuk melalui search engine. Tapi nasib baiklah ada kawan-kawan rapat yang selalu baca blog aku ni..  Puas aku Google hari ni cari apa masalahnya.. ada yang cakap kena Google Sandbox (apa kebende tu), ada suh aku cek kat Robots.txt mungkin ada yang tak kena, ada yang suruh aku clean cache dan macam-macam lagi. Sampai aku tak tahan aku pergi contact orang Exabytes mintak tolong diorang cek kot-kot ada masalah kat server diorang. Exabytes cakap kat tempat diorang ok je tak de apa pun masalah.

Takkan lah blog aku ni kena hack atau ada malware sampai kene block ngan pakcik G, nak kata aku buat spamming kat komen blog orang lain tak pula, nak kata aku ada langgar polisi Google tak juga.. adoiaaiii peninglah.. sampai sekarang aku masih cari jalan nak atasi benda ni. Bila dah dapat jalan nanti aku share kat korang ye.. or mungkin korang yang ada pengalaman cam aku ni boleh tak share kat aku cam ne nak buat..

PS : Pelik tengok PR Google hari ni.., link Mohdzaid.com hilang dari Google tapi PR naik dari 3 ke 4 … ermmmmm apasal…

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com