Percutian Singkat Ke Teluk Kemang

 

Semalam adalah percutian singkat aku bersama keluarga di Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Kalau nak diikutkan ini adalah percutian ke 1000 kali kot ke PD ntah la rasanya dah tak terkira pergi PD ni sebab sejak dari kecik lagi kalau tak ke PD memang tak sah tiap-tiap tahun. Biasalah kalau duduk kat KL dan nak merasa mandi pantai rasanya kat PD nilah tempat paling dekat untuk beriadah bersama keluarga tercintakan?..

 

 

Keputusan nak mandi manda kat PD ni dibuat sebulat suara dengan ahli keluarga Othman yang lain. Disebabkan ada beberapa ahli keluarga aku yang dah dapat duit Bantuan Rakyat 1 Malaysia ( BR1M ) dari kerajaan tempoh hari jadi diorang pun dengan bangganya nak habiskan duit tu bersama keluarga. Baguslah habiskan dengan keluarga dari habis buat benda tak elok kan hehe.. Aku pulak tak layak untuk terima duit BR1M ni jadi aku nak keluar duit pun aku sendiri tak berduit. Nasib baiklah aku ada voucher minyak RM300 yang belum digunakan lagi jadi aku sumbangkan duit minyak je lah tu pun dah kira ok juga kan..

 

 

Bergerak dari rumah seawal jam 5 pagi dengan melalui jalan lama dari Kajang-Semenyih-Nilai-Seremban-Port Dickson-Teluk Kemang. So kat situ dah jimat duit tol cuma bila sampai kat tol Mambau kena bayar RM3.20 untuk sampai terus ke PD. Saja je pergi awal sebab cadang nak mandi manda kat PD pastu dalam tengah hari nak pergi jenjalan Melaka pulak. Sampai kat PD dalam pukul 7 pagi masa tu orang tak ramai lagi biasalah hari bekerja mana ada orang mandi laut. Tapi tak juga sekarang ni kan musim cuti sekolah tepat je jam 8 pagi punyalah berduyun masyarakat datang sini. Nasib baiklah kita orang terawal datang so boleh duduk kat pondok wakaf yang disediakan. Kalau nak duduk kat khemah kena bayar mahal pulak. Bukan nak santai lama pun kat sini..

 

 

Pandangan pertama tahun 2012 bila aku sampai ke Portdickson ni amatlah mengecewakan. Sampah sarap seperti bekas minuman, sisa makanan tidak dibersihkan. Siapa nak dipersalahkan kat sini?.. ok pertama sekali aku nak salahkan para pelancong tak kiralah dalam dan luar negara yang berkunjung disini. Bukankah kita seharusnya menjaga alam sekitar kita dengan membuang sampah dalam tong sampah? kenapa sampai nak biarkan sisa makanan dan sampah sarap dibuang merata tempat?.. kedua aku nak salahkan pihak pengurusan pantai Teluk Kemang ni. Mana perginya pekerja sapu sampah? kenapa mereka pun bercuti ke sempena Tahun Baru Cina? kalau ia pun bercuti kenapa tak ada orang nak overtime tolong kemaskan sampah?.. selain tu dari pandangan aku kawasan pantai di Teluk Kemang ni kekurangan tong sampah. Mungkin sebab tu para pelancong buntu nak buang sampah jadi mereka tinggalkan sahaja sampah yang telah dibuat bersepah merata tempat.

Tandas! – Ermmm susah nak cakap aku rasakan inilah pertama kali aku masuk tandas terkotor di dunia. Aku pernah pergi Hong Kong, China, Macau, New Zealand, Phuket dan Thailand tak pernah aku tengok tandas terkotor macam di Teluk Kemang PD. Sorry to say lah bayaran RM1.00 untuk mandi memang tak berbaloi kalau service dan kebersihan tandas tidak dititikberatkan. Dahlah nak mandi tak ada bilik, nak tukar baju kena tukar dalam jamban. WTF! funny kan? mandi beramai-ramai dalam satu tempat. Habis aku terpandang aurat-aurat orang lain haha..

 

 

Harap lepas ni pihak bertanggungjawab boleh mengambil tindakkan sewajarnya untuk menjaga persisiran pantai Teluk Kemang. Apalah yang akan disampaikan pelancong luar ke negara mereka nanti bila tengok Malaysia antara kawasan pelancongan yang terkotor di dunia. Orang ramai pun perlu mengambil berat terhadap alam sekitar kita jadi janganlah buang sampah merata tempat ye.

Ok sambung balik cerita percutian singkat ni, tepat jam 9 pagi aku dan ahli keluarga aku berkubang dalam pantai. Memang bestlah sebab dah lama tak mandi laut. Tapi aku mandi sekejap je sebab pagi-pagi air laut tak berapa sejuk tapi bila dah naik atas darat mulalah badan menggelatuk sejuk tak hengat. Aku pun tiba-tiba rasa tak berapa sihat lepas je mandi badan aku mula sakit-sakit. Tak taulah apa pasal. Jadi dalam kul 11 pagi cam tu ingat nak singgah Melaka. Terus cancel nak pergi Melaka sebab badan aku tiba-tiba sakit dan pening kepala.

Bila dah sakit-sakit cam ni terus tak ada mood nak pergi berjalankan. Sampai je rumah dalam kul 1 petang aku terus rehat dan baring kat rumah. Tapi kepala aku tetap sakit tak hengat. Rasa macam kritikal la pulak jadi ambil keputusan untuk pergi klinik berdekatan rumah. Bila pergi klinik doktor check tengok darah tinggi aku naik mendadak BP 160/100. Adoiiaaaii tinggi gile tuh sampai doktor sound dan marah sebab aku liat nak pergi klinik kerajaan untuk buat full checkup. Yelah doktor saya akan pergi nanti cuma masa je tak ada sekarang ni. Insyaallah lah minggu depan aku cuti panjang aku nak pergi klinik kerajaan untuk buat checkup.

So itulah ceritanya percutian singkat kau kat PD semalam. Tak apalah voucher minyak ada banyak lagi nanti kita pergi jenjalan lagi ye wahai keluarga Othman. 🙂

 

 

Dalam duk bersantai di pondok wakaf tu tiba-tiba jatuh 2 ekor anak burung yang baru keluar dari sarangnya. Mungkin anak burung ni baru nak belajar terbang kot so terbabas dan jatuh atas barang kami. Aku nak bawa balik 2 ekor anak burung ni tapi mak aku tak bagi sebab melihat burung ni masih kecil dan pastinya ibu burung ni tercari-cari anaknya untuk disuapkan makanan. Comelnya kan.. tapi tuan yang baju hitam tu lagi comel.. 🙂

 

 

Saja try test tengok video yang aku buat guna iMovie dari iMac ..

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *